Monday, March 7, 2011

Elite Tower....

Lebih kurang dua bulan la jugak kene stay kat apartment Elite Tower ni. Tapi best la jugak sebab ada orang nak tolong kemas everyday...hahahaha. Dan yang paling best sekali sebab office papa kat bawah jer. (office sementara sebelum pindah banggunan baru).

Pengamalan yang paling menyedihkan selepas seminggu sampai sini ialah papa demam dan kena stay hospital for 2 days. Alamak, dah la baru pindah, kereta pun takde lagi. Duduk hotel plak tu. Aira n Aisya dah mengamuk dalam bilik ni sebab tertiba je semua org takde. Aira asyik tanya..mana Nenek?Atok?Opah?Tokwan? Makngah? Soalan yang paling best sekali.."Mama tak pergi kerje ke? Aira nak pergi umah makcik ina (pengasuh di Malaysia)".


Papa demam teruk. Tekak bengkak tak surut2. Badan pulak masih belum sesuai dengan ubat kat Bahrain. kesian dia...


Tempat favourite Aira dan Aisya. Aisya suka sungguh masuk bawah meja tu. Aira pulak saje berebut.

No comments:

Post a Comment