About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Wednesday, September 24, 2014

Mesin Jahit baru!!!...Innov-is 950

Alhamdulillah, mesin jahit baru saya sudah selamat sampai!!!

Mesin jahit lama kesayangan saya telah rosak (ceritanya boleh klik DI SINI) dan saya tak dapat nak baiki lagi. Kena tunggu sehingga saya balik Malaysia.  Saya harap akan dapat cari tukang yang bolh baiki mesin jahit saya.

Saya juga pernah cuba mencari pengganti mesin jahit lama saya di sini (Dakar, Senegal) tetapi tak berjaya. (ceritanya boleh klik DI SINI).

Untuk menyelesaikan masalah mesin jahit saya, saya telah meminta emak saya di Kuala Lumpur untuk tolong belikan mesin jahit untuk saya di Kuala Lumpur dan diposkan ke Dakar.

Setelah mencari mesin yang sesuai daripada Encik Google dan juga nasihat daripada rakan-rakan, akhirnya saya memilih model Brother Innov-is 950.

Mesin jahit ini adalah mesin jahit bersama dengan mesin embroidery (sulam) 2 in 1.


Setakat ini, saya masih belum habis explore lagi mesin jahit ini... sesi suaikenal dengan mesin baru ini agak perlahan sedikit kerana selalu mendapat gangguan daripada si kecik Alya... : )



Insya allah jika ada masa saya akan cuba untuk explore dengan lebih lagi cara-cara menggunakan mesin Innov-is 950 ini.

Pada kawan-kawan yang ada tips nak menggunakan mesin jahit ini bolehlah share bersama-sama...: )



Sunday, September 21, 2014

Bersantai di sebuah Farmhouse.....Amboise, France


Semasa cuti sekolah musim panas yang lepas, kami sekeluarga bercuti di luar Senegal. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti keEropah. Kami ke France dan juga UK. Semasa di France, kami sempat mengambil peluang untuk berehat dan menginap di sebuah farmhouse yang terletak di Amboise, France.






Amboise terletak di daerah Centre, France.


Amboise adalah sebuah pekan kecil.
Kami mengambil masa selama 3 jam perjalanan menggunakan kereta sewa dari kota Paris. Alhamdulillah anak-anak pun tak meragam sepanjang perjalanan. Semuanya tidur dengan selesa di dalam car seat masing-masing.


Encik Suami telah menempah rumah ini melalui internet dengan menggunakan websit Airbnb. Oleh sebab itu, sebelum sampai ke rumah yang kami sewa ini, saya agak bimbang juga. Saya takut ia sekadar indah khabar dari rupa. Saya takut hanya gambar yang kami lihat di dalam internet tidak mencerminkan rumah sebenar.

Namun demikian, apabila sampai sahaja di hadapan rumah tersebut, saya tersenyum sendiri  Rupanya sama dengan gambar yang kami lihat!


Rumah yang dibina pada kurun ke 17 ini dipenuhi dengan bunga sekeliling rumah. Cantik sangat! Rumah yang kami sewa ini terletak di hujung jalan mati. Memang tak ada langsung gangguan bunyi kereta, sesuai untuk berehat menenangkan fikiran.


Tuan rumah ini,  Debbie Peter, merupakan tuan rumah yang sungguh hospitable. Rumah ini lengkap dengan segala keperluan rumah. Apa yang perlu kita bawa hanyalah pakaian dan juga makanan untuk dimasak. Selain itu, jiran Debbie juga datang menjenguk kami sekeluarga untuk memastikan kami tidak menghadapi sebarang masalah dengan rumah berkenaan.






Ini adalah ruang dapur. Dari dapur sambil memasak, kita boleh nampak anak-anak bermain di tepi kawasan rumah. Kelengkapan dapur juga lengkap. Lengkap dengan microwave, dishwasher, coffee maker, cerek air dan peti sejuk. 

Semua yang ada di dalam kabinet dapur juga boleh digunakan termasuk tepung, minyak, dan beberapa makanan dalam tin. 


Farmhouse ini mempunyai 5 buah bilik tidur yang selesa. Rumah ini bukan sahaja cantik dari segi dekorasinya, malah ia juga bersih.


 Bilik di tingkat satu menghadap ke kolam renang dan tempat jemuran.


Bilik ini digunakan oleh Aira dan Aisya. Ini adalah bilik tidur anak kepada tuan rumah.


Bilik tidur utama, besar dan luas.



Tuan rumah juga menyediakan baby cot untuk Alya. Alhamdulillah, tak lah saya risau Alya jatuh katil bila tidur. Alya ni tidur lasak, suka pusing-pusing!

Selain itu, rumah ini juga penuh dengan koleksi buku tuan rumah. Selain daripada ruang di bawah tangga ini, terdapat juga buku-buku di dalam bilik tidur.


Untuk keperluan anak-anak juga lengkap. Anak-anak tak akan bosan sepanjang tinggal di dalam rumah ini. Tuan rumah menyediakan mainan yang lengkap beserta LEGO. Card game pun ada seperti UNO.


Aira dan Aisya suka sangat dapat main doll house yang comel ni.


Selain mainan, terdapat juga koleksi buku untuk anak-anak.


Alya juga seronok dapat bergerak bebas selepas 3 hari asyik berdukung di Disneyland.

Selain buku-buku, rumah ini juga dilengkapi dengan televisyen dengan rangkaian channel satelit. Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyediakan koleksi DVD.


Ada ruang kosong ditepi rumah untuk anak-anak bermain beserta buaian dan tempat memanjat di pokok.

Rumah ini juga terdapat kolam renang "heated pool". Walaupun cuaca sejuk, kami masih lagi boleh bermain di dalam kolam renang kerana air kolam suam dan tidak sejuk.



Terdapat juga basikal yang boleh digunakan untuk beriadah di sekeliling pekan. Adik ipar saya, Yuyui juga seronok sepanjang 3 hari kami menginap di sini.

Rumah ini lengkap dengan internet serta WIFI di dalam rumah. Coverage internetnya juga sangat bagus.

Saya akan berkongsi lagi dalam entry yang lain, terlalu banyak gambar dan cerita yang hendak saya kongsikan sepanjang kami berada di Amboise.

Jika anda berkesempatan untuk ke Amboise dan berminat untuk menginap di farmhouse ini, anda boleh menempah melalui Airbnb di https://www.airbnb.com/rooms/586952.


Rumah no. 38.....

Thank you for the AMAZING experience!

Have you been to a Farmhouse? If so, what was your experience...?

Monday, September 15, 2014

Colours make me HAPPY! : Crochet Bookmark

Bonjour!! Selamat Pagi dari Dakar, Senegal.

Lama dah saya tak update tentang projek crochet saya di blog. Selalunya, saya hanya akan upload dalam akaun Instagram sahaja.

Saya buat penanda buku!! yeay!! Anak-anak mula menunjukkan minat untuk membaca buku, untuk memastikan saya menyokong aktiviti sihat mereka ini dan berharap budaya sihat ini dapat berpanjangan, saya buatkan penanda buku comel buat mereka.

Crochet Cupcake's Bookmark!!

Pattern ini saya dapat dari Pinterest. Ini adalah pattern applique sahaja. Saya tukarkan applique ini kepada penanda buku dengan menambah tali (chain).




Comel kan? 


Pattern ini sangat mudah, sesuai untuk beginner crocheters. Boleh juga menggunakan butang-butang comel untuk menghias penanda buku ini.


Semoga anak dara saya suka dengan penanda buku ini dan menarik minat mereka untuk membaca buku...Insya Allah.

Selain daipada itu, saya juga sedang dalam proses menyiapkan cushion cover. Kali ini untuk cushion cover terbaru saya gunakan pattern African Flower Square

Untuk bahagian belakangnya saya akan gunakan fabrik (kain).


Colours make me HAPPY!!

Alhamdulillah...: )

Friday, September 12, 2014

It's going be a party of six!!!

Assalamualaikum semua. Selamat Pagi!!!

Rasanya lama sungguh saya tak berkongsi cerita tentang Alya Nur. Alhamdulillah, bulan October ini Alya berumur satu tahun...yeay!!!


Alya sudah mula berjalan beberapa langkah tanpa bantuan. Tapi dia masih belum biasa menggunakan kasut. Bila sahaja pakai kasut, Alya mula kaku. Keep on going, girl!! 

Alya juga sudah mula pandai main dengan kakak-kakak, pandai bergelak ketawa dan yang paling best, Alya sudah pandai MAKAN!!!

Selain itu, hari ini saya nak berkongsi lagi satu berita gembira buat kami sekeluarga. Tak lama lagi Alya akan jadi Kak Alya!! Insya Allah pada tahun hadapan  Aira, Aisya dan  Alya akan dapat adik baru.

Alhamdulillah, saya kini mengandung 20 minggu.


Alhamdulillah, saya berjaya lepas dari dugaan trimester pertama dan kedua. Sepanjang trimester pertama dan kedua kali ini, saya selalu sakit kepala. Sakit kepala sehinggakan satu kerja pun tak dapat nak buat. Itulah salah satu sebab blog ini tak dapat di update selalu.


Insya allah keadaan akan jadi semakin baik, sakit kepala semakin berkurang...dapatlah saya berkongsi cerita bersama semua dengan lebih kerap lagi !!! 


Wish me luck!!!

Monday, September 8, 2014

Lawatan ke Harry Porter Studio

Semasa kami di Kota London, kami sempat melawat ke Studio Harry Porter yang terletak di Watford.


Aira sudah terjebak dengan Harry Porter, tidak kira sama ada membaca buku ataupun menonton filem. Jadi, kami mengambil peluang ini untuk melawat dan melihat sendiri studio Harry Porter ini.


Bukan sahaja Anak-anak suka, Papa dan Mama pun puas hati dapat pergi kesana. Kami dapat penjelasan dengan lebih mendalam tentang pengambaran cerita Harry Porter. Kami dapat melihat sendiri costume serta props yang digunakan untuk pengambaran. Aira juga dapat naik magic broom!



( Ada orang yang tak pernah tengok monopod ni..beria dorang suka siap ambil gambar monopod kami..hehe)

Hasil daripada lawatan ini, Aira dan Aisya juga dapat belajar sesuatu yang baru. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu yang berkualiti tinggi biasanya akan melibatkan proses yang rumit dan teliti. Malah apabila kami pulang ke Dakar dan menonton semula filem-filem Harry Potter, Aira nampak lebih fokus dan kritikal terhadap special effects yang mereka lihat dalam filem berbanding proses penggambaran yang dapat mereka saksikan di studio berkenaan.

(Enya dan Aira sempat posing dengan handmade magic wand..thanks papa tolong buatkan wand ni)

Aira juga nampak berminat dengan pelbagai prospek kerjaya di belakang tabir (terlalu awal untuk fikirkan semua tu Aira!). Sebelum ini dia hanya nampak pelakon sahaja. Tapi sekarang Aira tahu yang pereka kostum, pereka grafik, juruaudio, jurugambar dan pelbagai lagi kerjaya di belakang tabir juga sangat penting untuk menghasilkan sesebuah filem.






(cop passport)





(I wish I have that magic knit!!..jarum knitting tu berpusing sendiri!!!, tau-tau dah siap dah blanket!! )

(Ada kelas belajar guna magic wand)






Flying car!!