About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Saturday, May 16, 2015

Free Pattern : Crochet Cupcake (It's my birthday!!!!)

Assalamualaikum,


Bulan Mei adalah bulan birthday bagi saya..Banyak sangat birthday party dalam bulan ini. Dalam keluarga kami sahaja ada 2 birthday iaitu birthday saya dan juga Aisya.

Happy birthday to Aisya and Mama!!!

Selain itu, terlalu banyak jemputan birthday party daripada kawan-kawan sekolah Aira dan Aisya. Hampir setiap minggu ada jemputan. Pheww!! Jenuh juga nak ready kan hadiah.

Saya suka "handmade present". Kalau ada masa memang saya akan buatkan "handmade present" untuk kawan-kawan sekolah Aira dan Aisya.

Untuk 'handmade present' kali ini, saya buatkan cupcake crochet.




Cupcake ini memang popular di sekolah Aira dan Aisya. Kalau ada birthday party je, saya akan buatkan cupcake ini. Sampai ada kawan Aisya yang memang minta nak hadiah ini bila birthday nya akan datang... hehe.



Oleh itu, sempena hari jadi saya hari ini saya hadiahkan pattern ini secara percuma..yeay.

Free Pattern!!




Cupcake ini bersaiz kecil. Saya namakan "Cute Cupcake". Saya gunakan benang minlon dan hook size 3.5mm untuk projek ini. Warna pula, terpulang kepada selera masing-masing. Biasanya saya gunakan lebihan benang-benang memandangkan projek ini tak perlu menggunakan benang yang dalam kuantiti yang banyak.

Ini adalah projek mudah. Jika sesiapa ada skill crochet asas pun boleh buat cupcake ini.

Ada banyak cara di luar sana. Tapi ini adalah cara saya crochet cupcake comel ini.

Kita perlukan:

1. Benang Minlon pelbagai warna
2. Isi Polyester (Seperti dalam bantal ataupun soft toy)
3. Jarum embroidery yang tumpul (jarum cross stitch)

Terminologi

Sc: Single crochet
Dc: Double crochet
Dec: Decrease
slst: Slip stitch
st: Stitch
sts: Stitches
stitch marker: Penanda (boleh juga gunakan serpihan benang yang berlainan warna sebagai penanda)
Magic Ring: Sesiapa yang tidak pandai buat magic ring, bolehlah cuba belajar menggunakan you tube dan search "Magic Ring Crochet".

Cake
(R1-R6 - work in round, do not slip stitch)

R1- 6 Sc into magic ring, close ring. (6 sts)

R2- 2 Sc into st, put stitch marker at the end. (12 sts)

R3- *1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch marker at the end. (18 sts)

R4- *1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch marker at the end. (24 sts)

R5- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch at the end. (30 sts)

R6- Sc into back loops of each st, chain 1. (30 sts)

(R7- R11)- Sc into every st, slst at the end of every round. (30 sts)

R12- chain 1 * Sc into next 4 st, 2 Sc* all around, slst at the end of the round. (36 sts)

R13- chain 1, Sc into every st, slst at the end of the round. (36 sts)

R14- chain 1, *Sc into next 4 st, 1 dec st*, slst at the end of the round.

Break yarn.

Frosting 
(Works all around, do not slst)

R1- 6 Sc into magic ring. (6 sts)

R2- 2 Sc into all st. (12 sts)

R3- *1 Sc, 2 Sc* all around. (18 sts)

R4- *1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (24 sts)

R5- Sc into every st around. (24 sts)

R6- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (30 sts)

R7- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (36 sts)

(R8- R10)- Sc into every st. (36 sts)

R11- Skip one st, 5 dc into next st, skip one st, slst* all around.

Break yarn, leave a long tail to sew with.

Memasang cupcake:

1. Jahitkan "sprinkle" pada bahagian frosting cake menggunakan jarum besar yang tumpul dengan benang pelbagai warna.

2. Masukkan isi Polyester ke dalam cake dan jahitkan frosting kepada bahagian kek. Jahit pada bahagian dalam "scalloped edge".

Happy Baking your cupcakes!!

Selamat Mencuba!


Nadia.

Monday, May 11, 2015

Selamat Hari Ibu...2015

Assalamualikum,


Selamat Hari Ibu buat semua!!

Pagi semalam saya dikejutkan dengan surprise breakfast daripada Aira dan Aisya. Dan sudah pasti mastermind di sebalik surprise ini adalah Encik Suami. Thank you Aira, Aisya dan Papa!!

Bangun pagi-pagi sambil menyusukan Mahathir, Aira panggil saya dan minta saya untuk keluar ke biliknya untuk bantu dia dengan projek sekolah. Keluar sahaja daripada bilik tidur, dah ada breakfast atas meja. Breakfast ni memang special, ada bunga!! Yang paling special sebab Aira dan Aisya tolong Papa untuk masak. Aira dan Aisya sibuk bercerita bagaimana Aira masakkan telur separuh masak, Aisya bakarkan roti.. Yum yum...








Sedang makan, saya dikejutkan lagi dengan kad dari Aira dan Aisya... Kad ni special sebab boleh jadikan rantai!!! Pandai Aira dan Aisya buat. 






I Love you Aira...
I Love you Aisya..
I Love you Alya..
I Love you Mahathir..
I Love you Papa..





All of you makes my heart feels HAPPY!!!

Have a nice day to all mama!!


Wednesday, May 6, 2015

Ruffle Top, dari Aisya ke Alya

Assalamualaikum,

Apa yang paling seronok bila dapat jahit baju anak-anak?

Pada saya, keseronokan dan kepuasan menjahit baju anak-anak adalah apabila anak-anak gembira dapat melihat sendiri proses baju itu dijahit dan dapat pakai dengan bangganya.

Yang paling seronok sekali pada saya ialah apabila baju itu dapat diguna pakai bukan hanya sekali sahaja tapi dapat digunakan pula untuk adik-adik!!



Pada tahun 2011, saya jahitkan RUFFLE TOP KUNING ini untuk Aisya. Ruffle top ini adalah daripada tutorial Kelly  "Sewing in no mans land". Pada masa ini, saya baru sahaja belajar dan berjinak-jinak untuk menjahit. 

Saya masih ingat betapa susahnya saya nak memahami pattern baju ini dan terkial-kial nak handle mesin jahit saya. Tersangkut tu memang tak boleh nak kira rasanya, memang banyak kali asyik tersangkut. Tapi segala susah tu berbaloi bila baju tu dapat siap walaupun tak berapa sempurna jahitannya.


Hati saya berbunga-bunga kembali pada hari ini apabila tengok Alya pula yang dapat menggayakan baju ini...Yeay!!

Alhamdulillah, Alya suka sangat dapat baju ini. Berkali-kali Alya cakap "tik!!" sambil pengang baju... "Tik" tu cantik dalam bahasa Alya.


Aisya juga suka bila nampak adiknya pakai baju lamanya. Dulu Aisya juga suka sangat dengan baju ni.

Sewing makes me happy!!!

Made with Love,

Nadia