About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Saturday, April 30, 2011

dental care for aira

Here we are..at the international hospital of bahrain..

Dah hampir 3 kali bawa aira jumpa dentist..sampai bertukar2 dentist..tak boleh jadi macam ni, doktor kata kene amik anesthatic..buat semua skali harung..terpaksala sayang..

Ok,aira kene puasa dari pagi tadi from 4 pagi..mama dan papa bangun subuh 330 pagi, Aira minum susu untuk kali terakhir pagi itu.

Adoi ,kesianla..sampai hospital 9 pagi..aira minta nak makan..rasa tak sampai hati pulak, xboleh makan la sayang..

Cepat sikit boleh tak... hosp ni..kalau tak kene marah-marah and being bossy mulalah diaorang ni slow-slow jer..my baby dah lapar tau!..memang macam tu lah kat sini....kene buat belagak baru nak jalan....

Seksa betul tengok aira masa doc nak bagi ubat kat dia,meronta2..pastu,pengsan..mcm nak nangis mama pun yer jugak..
So,pada sesiapa yang suker sgt menggula-gulakan aura,plsla..yer..kesian kat baby saya ni..nasib baik dah bawak lari jauh2..

Selesai prosuder,aira sudah mula sedar..menangis-nangis nak bangun dari katil, mengadu nak beraklah..itu adalah taktik dia nak lari dari katil, doctor dan nurse..

So, untuk menenangkan aira, papa terpaksa masuk dalam bilik prep untuk 20 min..mama terpaksa tinggal seorang diri di luar..hati saya sudah tak senang, sedih tgk aira menangis.....nasib baik samsung galaxy tab ni ada al-quran..boleh jugaklah saya baca yasin..menenangkan jiwa ni..dan minta untuk tenangkan Aira.

Sekarang, aira sedang berehat di dalam wad sampai jam 4 petang untuk doctor pantau kesan ubat kat Aira..

Lepas ni kita balik yer sayang..mama sempat tutorial buat tutu skirts for aira masa aira dlm OT tadi..kita buat bersama-sama yer....

Love u aira..

Saturday, April 23, 2011

kari ikan

hehe..sepanjang 5 tahun kahwin ni..saya memang fail bab masak lauk kesukaan en hubby..KARI!!!..hai..dulu kalo kat malaysia..saya pernah keluar statement.."kalo awak nak makan kari..kita pergi umah mak awak jela ek"..alamak..skang umah my mil jauh sangat..macam mana ni..kesian dia..so, terpaksala buat experiment..banyak kali masak kari sampai rasa nak give up dah..dah ler saya ni bukan peminat kari..dari masak kari..lebih baik masak lauk asam pedas ke?or lauk lemak cili padi ke?or paling best masak sambal cili..tapi..sayang punye pasal tryla masak kari..

Cuba punyer cuba..akhirnya!!!

yeay!!!..kari ikan ku haritu..memang sedapla..itu rasanya kari ikan yang paling sedap saya masak..hehe(perasan la plak)..xper..yang penting my food tester kata best...yeay!!berjaya juga akhirnya...

Mabruq to me....

Thursday, April 21, 2011

Sports day..1st time

6 April 2011

The Budaiya Pre School Sports day...

Ini adalah sport day Aira yang pertama sejak masuk sekolah tahun lepas...mama and papa yang excited..
Orang lain mummy dorang jer yang datang..but for Aira, dua2 datang..mama and papa..nak bagi sokongan kepada Aira..Go Aira!!!

Acara pertama: Aira lumba dengan Maria..siap pakai topeng lagi...

Acara kedua: Lari beramai2..satu kelas...

Acara ketiga: Aira lumba Maria..lari berintangan..tapi Aira lajulah..suap tak pandang kiri kanan..lari masuk track orang sebelah pulak tu..tapi tak per..Aira menang!!!..yeay!!!

Aira menguap..menunggu turn...

Time to run

Aira lumba lari dengan Maria

Go Aira!

Aira masuk lubang orang lain..hehehe




everyone got the medals..yeayyy!!
running with obstacle

Aira with papa jer yang lari..daddy kawan Aira tu tak lari sebab kawan Aira yang tak tau siapa ke nama dia tu tak nak lari..

hop!hop!

masuk!!!!

papa dapat medal..yeayy!!sebab the only daddy yang lari...yeayyy!!

Mabruq to Aira and Papa!!!

Ikut turn....

Nampaknyer..lepas seorang..seorang mula sakit dalam rumah ni....

Mula-mula Aisya demam..lepas tu selesema..sampai tak boleh tido...

Sekarang Aira punyer turn pulak...Aira demam malam semalam...Mama pun sudah merasakan kesakitan tekak ini sejak malam semalam...

Badan Aira panas sungguh malam semalam..kesian papa kene berjaga...jangan papa pulak yang sakit..

Disebabkan ramai yang sakit..kita makan bubur ayam yer...

Cepat baik yer anak2....

Love you all....

Sunday, April 17, 2011

rINDU.....


hI..rindula...teringat zaman mengepam susu dulu..well, tak de la jauh sangat tahun lepas jer...ni gambar lama..tgk tarikh yang tertera tu..2/4/2010..ni masa zaman tengah rajin mengepam..

Susu yang diperah ini untuk Aisya Nisa..mama love you Aisya Nisa!!!...

Yela, terlambat planning..mana tak nyer..org lain plan nak menyusu penuh masa baby dalam perut..saya plan masa Aisya dah nak hampir 2 bulan..baru terpikir..saya pun boleh buat juga..

tak pe..lambat2 pun saya berjaya juga..sanggup bangun jam 430am untuk mengumpul stok (sayang anak punyer pasa)..beli pump medela   swing pun lewat..aiyah..tak sempat nak ambil gambar pump..rindula pada medela swing saya...sekarang, pump yang banyak berjasa tu telah saya jual pada Rosmila (harap2 mila gunakan lah dengan baik yer..teruskan susu ibu!)

Thanks to my hubby..sungguh memahami..love you!!


Ini sahaja kenangan mengumpul stok yang saya ada...



Sekarang, perjuangan ku masih belum selesai..Aisya masih menyusu badan sepenuhnya (direct BF)..bagus juga dapat CTG ni..tapi saya masih rinduuuuuuuuuu....


Saturday, April 16, 2011

Aira's baking project...

Its Aira's turn to bake...yeaaaaa!!!

Papa beli Princess Glittering Cup Cakes 12 easy-to-make untuk Aira semalam masa on the way balik rumah..Aira merengek nak snow in bottle (ape tu Aira?)...tak jumpa kat kedai..so, Aira amik kotak ni..



Its time to bake!!!
Tak sempat nak snap pic masa mixing the batter..ada gambar selepas bake..







Time to decorates...yeaaa...Aira suka part ni...!!!

papa membantu Aira..thanks papa

decorate the cupcakes

sambil menyelam minum air...rasa skit krim..

ini hasilnya

time to test..sedap tak?

erm..sedap...


yeay!!! cupcakes....

habis mama!!!

Love you Aira...sedap cupcakes Aira...muah! muah!

Friday, April 15, 2011

Block..block


Ini adalah mainan yang aira and aisya suka..main wooden block set…

Masing-masing sedang membina rumah dengan cara tersendiri...



mulut comt tengah makan spagetti

buat tinggi2..bila jatuh dia cakap "oh..oooo"..macam atuk


Selain main block..Aisya suka masuk dalam bekas block ni...

Jemputan..

Hari ini ada jemputan from friend..kat sini..bila ada orang jemput makan dirumah..biasanya kene bawa a plate of food..yang selalu dibawa desertla..tu yang senang..

Malam semalam, dengan bantuan Aira..kita buat marble cake..

okla...
Disebabkan tidak pernah buat kek ni..marble dia macam tak jadi kan..marble kat atas kek jer...: (

periuk nasi...

Sebelum ini, saya letak gadget pertama dalam dapur saya adalah multi purpose cooker. Sepatutnya saya letak periuk nasi ini dulu tapi sebab dah terexcited lebih dengan info the best investment saya dalam dapur tu membuatkan saya terskip pulak periuk nasi ni..

Masa mula-mula pindah dulu, semua barang dari Malaysia yang menggunakan cargo tak sampai lagi. Hampir 2 bulan jugalah barang sampai. Sepanjang-panjang 2 bulan itu, sanggup saya tak beli periuk nasi. Masak nasi secara manual, atas dapur. Tapi, bila barang semua sudah sampai rupa-rupanya periuk nasi yang ada adalah periuk nasi bersaiz kecil. Periuk nasi kecil ni adalah ehsan daripada mak mertua.....haha, kenelah beli yang besar sikit..Dulu, masa di Malaysia kami gunakan periuk nasi hadiah dari bekas student sempena hadiah perkahwinan kami. Tapi sedihnya, periuk nasi tu telah rosak..betul2 sebelum kami posting ke Bahrain.....

Nampaknya rezeki untuk beli periuk nasi baru. Alhamdulillah, kami beli periuk nasi jenama Tefal. Periuk nasi ini juga boleh digunakan untuk mengukus.


Disebabkan saya tak bawa pengukus dari Malaysia......so, bila nak buat kuih kukus saya gunakan periuk nasi ini.


Thursday, April 14, 2011

Apam terbalik...



Semalam tersa nak makan apam balik sangat2….tapi dah petang...tu time yang nak kene pergi gym sebab dah 2 hari mengelat..hehe



So, bancuh malam semalam..simpan dalam peti..masak pagi tadi..boleh en hubby bawak bekal..



Sedap!..rasa macam beli punyer..





Tuesday, April 12, 2011

Tugas…


Ramai yang bertanya..apa yang  ko buat kat sana tu?dah la tak kerje..mesti boring kan?...well..memang saya bercuti tanpa gaji..dan saya disini datang dengan title housewife..siap tercatat dalam passport saya lagi..hahaha..kelakar pulak bila tengok nama pekerjaan tu tertera dalam passport saya..

Selain daripada menjadi housewife..menyusukan Aisya…..Tugas saya yang ikut suami saya kesini adalah…

  1. Memberi sokongan moral kepada suami yang bekerja jauh dari family..
  2. Ikut suami ke function2 yang menjemput spouse..national day, king’s birthday dan macam2 lagi..
  3. Menguruskan (saya jadi setiausaha)  aktiviti-aktiviti persatuan wanita (PERWAKILAN MANAMA)
  4. Join program Jusoor (Program yang dijalankan oleh negara Bahrain untuk diplomat wanita serta wife diplomat yang bertugas di sini)



Dengan aktiviti-aktiviti  ini..terisila masa saya..so, bukan goyang kaki tau..


Fashion show..AMALGAMATION at Rumah Malaysia


Hari Raya 2010
Dinner with diplomats at our own house




Hampir setiap bulan..ada gambar dalam magazine..so, kene pastikan dalam bulan yang sama or next month tiada baju yang sama dipakai berturut-turut...




Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti and gambar.....ermmmmmmmmmmmmmmmmm

Monday, April 11, 2011

maid...


Maid..

Kenapa perlu ada maid?

Sedangkan saya ni tak bekerja pun..cuti tanpa gaji..

Banyak masa duduk rumah…

Ooh..tidak..teringat zaman kerja dulu..penat..kelam kabut..laundry berterabur…

Sampai mil pun peningla tgk rumah…

Masa tu tak de maid pun..

Sekarang tidak bekerja..ada maid pulak...

Terbalik kan...(ada jugak la yang berkata-kata..mengada-ngadala nadia tu...)

Tapi, x mungkin kalo xder maid sekarang..

Size rumah berbeza..xlarat nak kemas..kalo tak berlap setiap hari..berhabuk sungguh..pasir masuk rumah (ikut bawah pintu)

Nak masak lagi, jaga anak, baju...masalah yang paling besar sekali kalau xder maid kat sini..siapa nak jaga anak2 kalo pergi function?..panggil babysitter..yela,mahal sungguh..hanya untuk satu malam habis banyak duit tu...nak hantar aira sekolah lagi..siapa nak jaga aisya...

Kalau kene hos party..nak kene ada orang tolong..kemas...jaga anak...masak..saya masih masak sendiri..yela, sayakan cerewet skit pasal makan ni..mcm ada org tu selalu ckp..:p


biarlah apa orang nak kata..yang penting...ermmmmmmmmmmmm...

Al-Areen Park wit Ucu


17 Disember 2010

Ini adalah gambar tahun lepas semasa lawatan kami ke zoo disini..AlAreen Park bersama ucu aira n aisya.

Zoo disini lain daripada di Malaysia..binatang yang banyak disini ialah kambing..kambing dari pelbagai negara dan pelbagai jenis..selain kambing...ada unta, itik, burung kasawari, serigala, kuda..

Dalam park ni..kene naik bas pusing keliling park..xder gambar from bas pun..sebab sibuk menyusukan aisya..huhu..papa pulak kene dukung aira tidur..

masing-masing tak nak pandang kamera..nak tengok ostrich

ni favorite aisya..duck

mama and papa

Aisya siap bye kat horse pendek ni
Kalau boleh Aisya nak masuk dalam cage tu..haha

seronok dapat jumpa ucu..masing-masing berebut nak ucu

sini..situ...

nak pergi mana?

seperti biasa, aira mesti cranky and sleepy..siap tido masa dalam bas melawat keliling park


Aisya nak bawa balik duck tu..sibuk panggil duck..

Aisya wit bibik Ela

Aira takut..peluk papa