About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, December 19, 2011

no mood to cook

Beberapa hari kebelakangan ni rasa malas betul nak masak. Akibatnya, banyak jugalah keluar duit asyik makan di luar...

Hari ni pun malas jugak... macam mana ni?

Hari ni buat simple lasagna daripada leftover kuah spaghetti bolognese Aira n Aisya yang dah tersimpan dalam freezer tu...okla tu...

senam-senam

Sebenarnya..banyak bende yang nak kene uploadkan..tapi entah kenapa tak ada mood.

Last week satu jubah maxi dah siap (kain lycra), satu blouse, refashion t-shirt pun siap satu...

Tak ada mood la...

Sekarang ni tengah menggila bersenam tari guna lagu-lagu from cerita Glee and bersalsa.

Layan sorang-sorang kat garden pagi hari...sejuk-sejuk, tapi still berpeluh...best betul rasanya...

Tapi still sakit-sakit badan..kene berselang sehari..huhu


Monday, December 5, 2011

Inspired by Minnie Mouse


Thanks to Jessica from Happy Together...Last few days, my daughter Aira saw a picture from this blog, the one that Jessica made a Minnie Mouse dress and she told me that she wants it too.

I have extra polka dot fabric  (leftovers from my skirt) that is just enough for me to make this 2 dresses.


One for Aira


I made the same dress that I had made before. I cut the bottom from the shirt and add Minnie Mouse with pink ribbon.

They love it..:)



\Aisya with minnie mouse bag..Mak Ngah, cantik tak?


 one for Aiysa


Aisya is dancing..

Sunday, November 27, 2011

Refashion from petticoat to shrug

I have this maternity petticoat that I wore just once...its black in colour.


I cut it into 2..one for me, one for my daughter (they have to share ye..hehe, kain tak cukup)


Aisya love it.



  and I love it too...

Wednesday, November 23, 2011

Ma9asalamah...bye-bye


Moist Chocolate Cake for farewell tea party kak Salimah di rumah..

Nyum nyum..cake ni memang sedap, sangat moist. Bakar tapi rasanya macam cake kukus.



Tulisan diatas cake tu saya yang tulis:

Ma9asalamah Salimah w 9alayt

(Bye2 Salimah sekeluarga)

Tuesday, November 22, 2011

tudung itik..

Saya pinjam tudung itik ni from my friend. Dia yang panggil tudung ni tudung itik.

Sebenarnyer anak tudung..tapi sebab tudung ni pendek..dia pun panggil tudung ni tudung itik.. :-)

Konon2nya nak try buat le sendiri..





  Ini jadinya..boleh la kot. Tapi tak menjadi macam yang contoh..tak melekap kat muka dengan cantiknye..haiya..

frust!!

Nampaknya kene la pesan siapa balik Malaysia belikan..huhu

Saturday, November 19, 2011

My cheese cream gets lumpy..urgh!!!


Stress dibuatnya...

Tersalah tengok resepi..terkonfius dengan cheese tart..for cheese tart memang gunakan cheese sejuk yang belum sampai room temp..tapi utk cream cheese kene guna room temp...haa..inila jadinya kalo tak study resepi betul-betul..

Lumpy berketul-ketul jadinya cream cheese ni..:(

Dipukul lama pun tak jadi..saya cuba untuk tinggal kan dan biar kan room temp pun tak menjadi..dahla cuaca masa tu mendung dan mula nak sejuk, memang tak membantu lansung..


Berketul-ketul ..urgh..stress..
Konon-konon nak menghilangkan stress test hari sebelumya..tapi bertambah stress plak jadinya.

Kene buat second time..nasib baik ada lebih cheese..

Ini dia...carrot cake with cheese cream frosting..:)

Tuesday, November 15, 2011

Esok Test

Ermm..esok nak test, baru hari ni nak study. Mula tu dah buat perangai mcm budak sekolah. Nak buat camner..before this ada jer kerja nak kene buat (alasan biasa...hehehe)

Hari ni pagi-pagi selepas selesai masak, bergeraklah saya ke club house. Kalau study dalam rumah terlalu banyak gangguan.

Dekat club house ni selesa, ada tempat study macam library..:)

Siap bawa segala bekalan. Air teh panas, ice tea, coklat, buah grape..




wish me luck!!
:)

Wednesday, November 9, 2011

Our Trip to Dammam, Saudi

Dah lama sebenarnya pergi ke Dammam, tapi sekarang baru ada time nak upload.. :-)

Our second trip to Dammam, Saudi. Tak jauh dari Bahrain. Just across the King Fadh Causeway to Saudi. 




On the King Fadh Causeway


Passport checkpoint


Mari beli crackers



Time to eat.. Susah betul nak cari restaurant yang boleh ladies makan. Kena pergi family restaurant baru boleh. Kalau tak, ladies kene makan dalam kereta or kene tapau bawa balik rumah..




Ni dia..kene cari restaurant yang ada bilik2 kecil yang bertirai macam ni..:)


Sedap betul makan Nasi Bukhari ni..sampai susah nak berhenti..yum2..


Di Bahrain tak ada IKEA..so, kene singgah IKEA ..huhu


Tak ada plak gambar kedai Abaya, Jalabiya n Thoub..next time ye..:)

Kat sana sempat juga merasa solat di masjid syiah..hehe.. Driver kami orang syiah, so ikut je..kita solat cara kita la..tapi mmg dorang pelik tengok saya..dah la muka Asian, dorang mesti pelik..tak kan syiah kot..hehe

Wednesday, October 12, 2011

Hat..hat..hat..

While resting at home after DnC procedure, I made myself busy crocheting hat for my girls... At the hospital, I'd googled on "how to crochet easy hat".


Tadaa!!


3 hats are ready, and my girls like it so much..:)

 First hat and scarf for Aira


 Second hat...for Aisya


Third hat for Aira too..coz Aira love to dress up..:)

Monday, October 10, 2011

Long pause...

Its been almost 3 weeks since my last update....

Last 2 weeks I was admitted  to the hospital for 3 nights because of bleeding.

We learnt about my pregnant 4 days before that. However,  on Thursday I had a backache and my tummy felt pain followed by bleeding. The doctor ordered me to be admitted for 1 night. She tried to save the pregnancy but the next day the embryo just fell from my uterus and out from the body through my urine.

We were naturally devastated.  It is just not our "rezeki"..So, sad..

May Allah grant us strength in facing this ordeal.

Amin..






Tuesday, September 20, 2011

What I make for Hari Raya.

All the sewing and crochet project for Hari Raya 2011


My first baju kurung experiment.


With  flower button and matching headband for Aisya


 Baju Kurung for the first day of Hari Raya

 Our little angel modelling her baju kurung..:)

 I make yoyo button for their baju kurung

 For some glitter I put flower beads..



This is the 3rd baju kurung for Aira. I used the same material for me too..matching mom and daughter but unfortunately it is not enough for Aisya huhu.  
 I made this hexagon crochet pattern for deco using orange tread. This year our theme for home deco is orange. 

Sunday, September 18, 2011

Syawal tahun kedua di Bahrain.

Its been soooooo looooong that I got a chance to update my blog..sorry friends...I've been a bad blogger..:)

I was so busy since Ramadhan and also after Syawal. Busy with sewing, Eid invitation, farewell party, crocheting, and also busy with the new madam..huhu


Selamat Hari Raya!

This is the picture that we took on the first day of Syawal at the Ambassador's Residence. Its our 2nd year beraya in Bahrain..huhu, rindunya Malaysia!

But, I was so happy because this is the first year for me to wear my baju kurung that i made myself..and also the tudung..:) not just that, my girls' baju kurung too..I made it all by my self :) Its a very big achievement for me...yeay!!!

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak to all my blogger friends...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...

I'm busy preparing for Eid celebration..bye!!

Sunday, August 21, 2011

Ruffle top

This is the cute ruffles top that I've made using this tutorial.
Its so easy and fun to make.


*

*


*


*

Tadaa!!!!



nak buat apa ni?

Patutnya buat benda lain, jadi lain pulak..

Skirt Aira and Aisya belum siap lagi..dah kena potong que pulak...

Itu la, teman kawan untuk beli kain nak buat tudung dah tersangkut jugak..bukan satu, bukan dua tapi beli sampai 5 jenis kain pulak tu..

Bila nak gunting and jahit baru la rasa menyesal pulak..huhu, siap nangis-nangis lagi..

Inilah jadinya, potong je dulu, tak tau la nak jahit bila..kita jahit yang perlu pakai raya dulu yer..hehe:)



Yang dua ni penting..terutamanya yang MERAH..kelabu tu boleh lewat sikit kot..sebab macam ada perancangan nak jahit tudung lain..tengoklah apa jadi sepanjang jalan before raya ni.


Yang kelabu corak ni pun boleh tunggu kot..tak taula..kita ikut mood yer..

Monday, August 15, 2011

Choc Chip Cookies

Di atas permintaan rakan-rakan (zai, bolehla buat lepaskan rindu tu yer)..saya uploadkan resepi choc chip ini...choc chip ni resepi from my mom, lama dah..dulu, masa sekolah dan masa belajar di uni mesti buat and bawa balik ke asrama..memang famous..:)


Sekarang pun, ini adalah biskut wajib untuk anak-anak dan dibuat untuk hadiah musim raya..


senang dan ringkas..campak-campak jer.


Chocolate Chip
1 cawan butter                 
½ cawan gula
1 cawan brown sugar      
 (pukul hingga kembang, butter + gula)
2 biji telur
1 tsp vanilla
1 cawan tepung gandum
2 ½ cawan oats yang sudah di blender halus
½ tsp garam
1 sudu the baking powder
1 sudu the sodakicarbonat
½ cawan kacang yang dicincang (saya guna almond)
Parut chocolate keeping (setengah keping)
12 oz chocolate chip hershey

Bakar 180C selama 20 minit.



Makin kurang isi dalam balang ni dikerjakan oleh Aira and Aisya..buktinya boleh nampak jari Aisya kat tepi balang tu..


Selamat mencuba!!


Sunday, August 14, 2011

Kuih Sagu Favourite

Dah lama tak entry cerita makanan kan?..padahal sekarang ni bulan puasa, memang banyak masak dan macam-macam pulak tu..tapi semua tak sempat nak ambil gambar and tak sempat nak upload...sebab dalam kepala sibuk nak menyiapkan baju kurung anak dara..yela, first time menjahit baju kurung..:)

Ini kuih kegemaran cik abang kita, tapi kita selalu mengelat nak buat..sebab sibuk nak mengtry kuih lain..sorry ye sayang..hari ni kita makan kuih sago ni yer..

Saya tak suka kalau kuih sagu ni di potong besar-besar macam yang selalu dijual kat kedai tu..saya jadi tak lalu..so, saya scoop kecil-kecil...comel skit..

Tapi kat bahrain ni, kelapa yang disagat ni kasar sangat...kadang-kadang saya rajinla beli sebiji lepas tu suruh maid sagat..tapi ini kes malas la..

Sunday, August 7, 2011

Buah kurma

Bulan Ramadhan jatuh masa musim summer...Buah kurma pun mula masak dengan kepanasan musim panas ni...

Banyak sungguh kami dapat tahun ni.... Ada yang orang bagi, adayang gardener ambilkan dari kawasan rumah.....banyak sungguh.

Yang lembik dan masak sepenuhnya kene simpan dalam fridge, yang masih keras perlu disimpan dalam freezer

Penuh dah ni..sampai tak ada ruang..yang dihantar balik Malaysia pun dah put aside...yela, tumpang orang tak bolehla bawa banyak2..

so, misi sekarang adalah menghabiskan kurma yang terlalu masak dan lembik tu dulu...
macam-macam la resepi yang ada dalam kepala ni..tapi yang dah buat setakat ni baru 2 jer..

1. Cokodok kuma
2. Lepat kurma

Ini lah kurma yang terlebih masak ni..sudah terlalu ranum..ini baru first batch, ada lagi ni..  

Cokodok kurma..haa, yang ni anak dara saya suka sangat..:)

Lepat kurma..tapi ini first attempt..so lembik sikit..rasanya kene tambah tepung bila buat lain kali.

Dalam perancangan petang ni nak goreng macam goreng pisang tapi itukene guna kurma yang tak berapa lembik.

Nak Buat apa lagi ek?
ada cadangan?



Ramadhan in Bahrain 2nd year (part 1)

Ini tahun kedua kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Bahrain. Tak ada pasar ramadhan, tapi okay jer sebab kalau nak pergi beli pun tak tentu sedapnya so semua kene masak sendiri termasukla kuih-muihnyer..okayla, zaman sekarang kan dah ada internet.. google jer resepi apa..dapatla...nak dengan tak nak buat jer..

Disini, masa bulan ramadhan waktu siang kebanyakkan kedai and shooping kompleks buka pagi sampai jam 12tghari, lepas tu tutup sampai lepas maghrib. Lepas maghrib baru buka sampaila jam 2 pagi...shoopingla sampai pagi yer...kebiasaannya orang akan mula ramai dalam jam 10 malam dan ke atas selepas solat terawih.

Tapi yang peliknya, semua kedai makan akan tutup termasukla fast food macam mcdonalds, kfc..semua tutup..buka lepas maghrib...pelikkan...kalau nak beli makanan untuk budak2 ni memangla tak dapat..so, maknanya kene la stay jer dalam rumah..huhu..untuk non muslim yang tak berpuasa pun kenela puasa jugak..yela, tak ada kedai makan yang buka. Kalau bawak budak2 ni keluar and dorang makan cookies or minum air pun orang pelik jer tengok..pelik2..sbb kalau kat msia siapa yang tak puasa boleh jer makan (non muslim or anak2)

Tapi yang paling meriah ialah waktu malamla..kedai buka sampai pagi..boleh siap2 sahur kat luar baru balik rumah..subuh kan 320am...:)
Tarawih di masjid pun hanya 8 rakaat sahaja dan diantara tu tiada wirik pun..tapu surah yang dibaca dalam solat memang panjang2la...selesai solat tarawih baru orang keluar untuk shooping..




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem

Last year tak sempat menikmati kurma sebab baru pindah rumah..tahun ini..punyala banyak kurma sampai tak ada tempat nak simpan...freezer penuh..

Selamat Berpuasa

Ramadhan Kareeemm...