About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak to all my blogger friends...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...

I'm busy preparing for Eid celebration..bye!!

Sunday, August 21, 2011

Ruffle top

This is the cute ruffles top that I've made using this tutorial.
Its so easy and fun to make.


*

*


*


*

Tadaa!!!!



nak buat apa ni?

Patutnya buat benda lain, jadi lain pulak..

Skirt Aira and Aisya belum siap lagi..dah kena potong que pulak...

Itu la, teman kawan untuk beli kain nak buat tudung dah tersangkut jugak..bukan satu, bukan dua tapi beli sampai 5 jenis kain pulak tu..

Bila nak gunting and jahit baru la rasa menyesal pulak..huhu, siap nangis-nangis lagi..

Inilah jadinya, potong je dulu, tak tau la nak jahit bila..kita jahit yang perlu pakai raya dulu yer..hehe:)



Yang dua ni penting..terutamanya yang MERAH..kelabu tu boleh lewat sikit kot..sebab macam ada perancangan nak jahit tudung lain..tengoklah apa jadi sepanjang jalan before raya ni.


Yang kelabu corak ni pun boleh tunggu kot..tak taula..kita ikut mood yer..

Monday, August 15, 2011

Choc Chip Cookies

Di atas permintaan rakan-rakan (zai, bolehla buat lepaskan rindu tu yer)..saya uploadkan resepi choc chip ini...choc chip ni resepi from my mom, lama dah..dulu, masa sekolah dan masa belajar di uni mesti buat and bawa balik ke asrama..memang famous..:)


Sekarang pun, ini adalah biskut wajib untuk anak-anak dan dibuat untuk hadiah musim raya..


senang dan ringkas..campak-campak jer.


Chocolate Chip
1 cawan butter                 
½ cawan gula
1 cawan brown sugar      
 (pukul hingga kembang, butter + gula)
2 biji telur
1 tsp vanilla
1 cawan tepung gandum
2 ½ cawan oats yang sudah di blender halus
½ tsp garam
1 sudu the baking powder
1 sudu the sodakicarbonat
½ cawan kacang yang dicincang (saya guna almond)
Parut chocolate keeping (setengah keping)
12 oz chocolate chip hershey

Bakar 180C selama 20 minit.



Makin kurang isi dalam balang ni dikerjakan oleh Aira and Aisya..buktinya boleh nampak jari Aisya kat tepi balang tu..


Selamat mencuba!!


Sunday, August 14, 2011

Kuih Sagu Favourite

Dah lama tak entry cerita makanan kan?..padahal sekarang ni bulan puasa, memang banyak masak dan macam-macam pulak tu..tapi semua tak sempat nak ambil gambar and tak sempat nak upload...sebab dalam kepala sibuk nak menyiapkan baju kurung anak dara..yela, first time menjahit baju kurung..:)

Ini kuih kegemaran cik abang kita, tapi kita selalu mengelat nak buat..sebab sibuk nak mengtry kuih lain..sorry ye sayang..hari ni kita makan kuih sago ni yer..

Saya tak suka kalau kuih sagu ni di potong besar-besar macam yang selalu dijual kat kedai tu..saya jadi tak lalu..so, saya scoop kecil-kecil...comel skit..

Tapi kat bahrain ni, kelapa yang disagat ni kasar sangat...kadang-kadang saya rajinla beli sebiji lepas tu suruh maid sagat..tapi ini kes malas la..

Sunday, August 7, 2011

Buah kurma

Bulan Ramadhan jatuh masa musim summer...Buah kurma pun mula masak dengan kepanasan musim panas ni...

Banyak sungguh kami dapat tahun ni.... Ada yang orang bagi, adayang gardener ambilkan dari kawasan rumah.....banyak sungguh.

Yang lembik dan masak sepenuhnya kene simpan dalam fridge, yang masih keras perlu disimpan dalam freezer

Penuh dah ni..sampai tak ada ruang..yang dihantar balik Malaysia pun dah put aside...yela, tumpang orang tak bolehla bawa banyak2..

so, misi sekarang adalah menghabiskan kurma yang terlalu masak dan lembik tu dulu...
macam-macam la resepi yang ada dalam kepala ni..tapi yang dah buat setakat ni baru 2 jer..

1. Cokodok kuma
2. Lepat kurma

Ini lah kurma yang terlebih masak ni..sudah terlalu ranum..ini baru first batch, ada lagi ni..  

Cokodok kurma..haa, yang ni anak dara saya suka sangat..:)

Lepat kurma..tapi ini first attempt..so lembik sikit..rasanya kene tambah tepung bila buat lain kali.

Dalam perancangan petang ni nak goreng macam goreng pisang tapi itukene guna kurma yang tak berapa lembik.

Nak Buat apa lagi ek?
ada cadangan?



Ramadhan in Bahrain 2nd year (part 1)

Ini tahun kedua kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Bahrain. Tak ada pasar ramadhan, tapi okay jer sebab kalau nak pergi beli pun tak tentu sedapnya so semua kene masak sendiri termasukla kuih-muihnyer..okayla, zaman sekarang kan dah ada internet.. google jer resepi apa..dapatla...nak dengan tak nak buat jer..

Disini, masa bulan ramadhan waktu siang kebanyakkan kedai and shooping kompleks buka pagi sampai jam 12tghari, lepas tu tutup sampai lepas maghrib. Lepas maghrib baru buka sampaila jam 2 pagi...shoopingla sampai pagi yer...kebiasaannya orang akan mula ramai dalam jam 10 malam dan ke atas selepas solat terawih.

Tapi yang peliknya, semua kedai makan akan tutup termasukla fast food macam mcdonalds, kfc..semua tutup..buka lepas maghrib...pelikkan...kalau nak beli makanan untuk budak2 ni memangla tak dapat..so, maknanya kene la stay jer dalam rumah..huhu..untuk non muslim yang tak berpuasa pun kenela puasa jugak..yela, tak ada kedai makan yang buka. Kalau bawak budak2 ni keluar and dorang makan cookies or minum air pun orang pelik jer tengok..pelik2..sbb kalau kat msia siapa yang tak puasa boleh jer makan (non muslim or anak2)

Tapi yang paling meriah ialah waktu malamla..kedai buka sampai pagi..boleh siap2 sahur kat luar baru balik rumah..subuh kan 320am...:)
Tarawih di masjid pun hanya 8 rakaat sahaja dan diantara tu tiada wirik pun..tapu surah yang dibaca dalam solat memang panjang2la...selesai solat tarawih baru orang keluar untuk shooping..




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem

Last year tak sempat menikmati kurma sebab baru pindah rumah..tahun ini..punyala banyak kurma sampai tak ada tempat nak simpan...freezer penuh..

Selamat Berpuasa

Ramadhan Kareeemm...