About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Wednesday, April 30, 2014

World Cultural Month: Malaysia Truly Asia

Alhamdulillah, bulan ini pihak sekolah anak saya menganjurkan "Cultural Month". Sepanjang satu bulan ini pelbagai aktiviti telah mereka jalankan. Anak-anak dapat belajar dengan lebih mendalam tentang budaya Senegal dan juga budaya negara-negara lain yang terlibat.


 Saya bergambar dengan Ambassador Malaysia.

Untuk majlis penutup Cultural Month ini, mereka telah meminta ibu bapa untuk membuka booth untuk memperkenalkan budaya daripada negara masing-masing. Oleh itu, saya dan suami menawarkan diri kami untuk mewakili Malaysia.

In merupakan kali pertama kami terlibat secara langsung untuk buka booth Malaysia di sekolah. Selama ini kami selalu tolong kawan-kawan sahaja. Kali ini giliran kami pula. Maklumlah anak dah makin besar, maka terpaksalah kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Selain berbangga dengan negara sendiri, saya pun nak anak-anak berbangga bila tengok mama dan papa terlibat dengan aktiviti sekolah.

Kami tak ada banyak barang Malaysia yang boleh digunakan untuk pameran ini memandangkan kami cross posting dari Bahrain. Tak dapat nak beli dan bawa banyak barang-barang yang sesuai untuk acara seperti ini. Walaubagaimanapun, sepatutnya kami perlu lebih bersedia dari awal. Ini adalah pengajaran buat kami untuk masa akan datang.



Kami juga kekurangan masa untuk menyediakan barangan untuk display. Ini kan tahun pertama kami di sini, tak cukup pengalaman. Saya sibuk dengan baby, suami pula sibuk dengan kerja di office. Alhamdulillah ada seorang lagi Malaysian, Gina yang datang membantu kami meskipun dengan booth Australia (suami beliau orang Australia). Gina banyak membantu kami di waktu yang paling sibuk iaitu lawatan daripada Elementary section. Terima Kasih Gina!!!


Untuk menyelesaikan masalah kekurangan barang untuk kami pamerkan di booth kami, saya  terfikir idea untuk memperkenalkan mainan tradisional kita iaitu "Batu Seremban". Alhamdulillah, idea batu seremban saya mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar. Ramai yang berminat untuk belajar bermain batu seremban. Batu seremban yang kami pamerkan adalah hasil dari batu seremban INI.




Ada juga pelajar-pelajar yang nak membeli batu seremban ini. Paling lucu bila ada seorang budak ni terus keluar duit dari poket nak beli. Tak sangka mainan mudah seperti batu seremban ini masih mendapat sambutan di kalangan generasi IT ni.


Selain daripada batu seremban, kami juga adakan aktiviti mari belajar bahasa Malaysia. Encik suami menyediakan carta Malay Phrases yang kami tampal pada display board. Idea ini sangat menarik dan juga mendapat sambutan. Bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah suka dengan crash course ni, malah para ibu bapa dan guru pun suka bila dapat belajar bahasa Malaysia.


Kami juga letakkan kain batik, kain pelekat dan kain songket untuk dijadikan bahan pameran.


Untuk makanan dari Malaysia, saya sediakan kuih muih. Saya masak kuih lapis dan juga kuih pandan bakar. Selain dari dua jenis kuih itu, kami bernasib baik kerana ada kawan yang baik hati untuk masakkan kuih kacang ataupun sesetengah orang namakan ia kuih kasturi ataupun kuih rengas. Selain itu, ada juga karipap dan kuih cucur badak. Alhamdulillah semua kuih habis.



Selepas makan tengahari, acara penutup diteruskan dengan pertunjukkan oleh para pelajar. Mainan gendang Afrika, pantomin tarian oleh guru dan pelajar serta persembahan nyanyian oleh band tempatan. 




Akhir sekali adalah acara kemuncak, fashion show parade oleh ibu bapa dan juga pelajar-pelajar!



Masing-masing pun sibuk nak memperagakan pakaian tradisional dari negara mereka. Seronok tengok bila semua kanak-kanak ni berbangga dengan pakaian mereka. Pelbagai warna dan pelbagai jenis.


Aira dan Aisya pun nak join. Asalnya, saya yang akan temankan mereka untuk naik ke pentas, tapi last minit pelan asal terpaksa ditukar. Papa yang temankan Aira dan Aisya naik ke pentas.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah tahun hadapan kami akan sertai lagi...



Malaysia Boleh!!!



Monday, April 28, 2014

Merancang jadual bekal anak ke sekolah

Setiap hari saya akan sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Dakar saya sentiasa dapat menyediakan bekal untuk anak setiap hari berbanding masa di Bahrain dulu, kadang-kadang terpaksa beli di sekolah.

Mungkin dulu saya tak cukup ilmu dan pengalaman dalam menyediakan bekalan anak ke sekolah. Sekarang sebab dah selalu buat, makin lama rasa semakin mudah.

Rahsianya mudah sahaja. Saya akan sediakan jadual untuk menu bekal sekolah. Jadual itu akan diulang. Saya sediakan 2 set jadual yang boleh diulang setiap minggu.

Sekolah mula jam 8.30 pagi hingga jam 3.20 petang. Ada 2 waktu makan di sekolah.

Snack : 10.00 pagi
Lunch : 12.00 tgh
After school activities : 3.30 petang hingga 4.20 petang

Untuk memastikan anak saya tidak lapar, saya perlu sediakan 2 set makanan untuk hari biasa dan 3 set untuk hari dimana hari yang ada after school activities (ASA).

Ini adalah contoh set jadual saya:

Set 1
Hari
Snack
Menu Lunch
Special Treats
ASA
Isnin
Buah
Sandwich telur
Salad Buah
Biskut
Selasa
Buah
Nasi Goreng/Mee goreng


Rabu
Buah
Roti Murtabak
Oreo
Buah
Khamis
Buah
Burger / Pizza
Cookies/Cake
Buah
Jumaat
Buah
Pasta goreng












Set 2
Hari
Snack
Menu Lunch
Special Treats
ASA
Isnin
Buah
Hot Dog / Spaggeti
Oreo
Buah
Selasa
Buah
Wrap sardin


Rabu
Buah
Sandwich
Salad Buah
Biskut
Khamis
Buah
Pasta goreng/Nasi goreng/Mee goreng
Biskut
Buah
Jumaat
Buah
Chicken finger dan Coselaw














Menu Lunch yang saya sediakan tidak semestinya fixed. Ia masih boleh bertukar-tukar mengikut mood masak saya juga. Mungkin ada hari menu boleh bertukar kepada nasi lemak atau chocolate cinnamon roll, karipap, cokodok pisang..... Semuanya bergantung kepada bahan yang ada di rumah dan juga mood mama.. :-)

Tips: Cara ini juga boleh digunakan untuk mengatur jadual masakan seharian di rumah. Selamat mencuba!!!

Friday, April 25, 2014

Jom Main Batu Seremban


Masa zaman sekolah rendah dulu, inilah projek saya dengan adik perempuan saya Lin... kami akan buat batu seremban ni bersama-sama... terasa rindu pulak....

Kami akan kutip biji saga merah time ambil mak dari kerja sebab pokok tu dulu ada kat office mak. Nostalgia sungguh..hehehe.

Lepas tu kami berdua akan jahit tangan batu seremban tu bersama-sama. Jahit sembat je sebab masa tu tak pandai jahit lagi. Tangan asyik terluka tercucuk jarum. Lin sempat lagi buat bisnes, jual batu seremban pada kawan-kawan kelas dia. Hebatlah Lin masa tu.....Aaah, what a sweet memory me with my little sister....miss you sis...

Sekarang ni, saya nak memperkenalkan kepada Aira dan Aisya pula mainan yang saya main masa kecil dulu. Hope they will enjoy it the same way that I did. Banyak sangat saingan sekarang ni (tv, games, tablet etc), tapi saya akan cuba.

Selain nak buat batu seremban ni untuk Aira dan Aisya main, saya juga nak memperkenalkan batu seremban ni di Cultural booth yang diadakan di sekolah ISD hujung bulan April. Kami akan buka booth untuk memperkenalkan cultural Malaysia beserta dengan batu seremban sekali.

Alang-alang saya dah buat batu seremban ni sampai 5 set, saya akan sertakan tutorial sekali dalam blog ni.

Disebabkan zaman membuat batu seremban ni sudah ditinggalkan lama, saya pun mula-mula lupa macam mana nak buat batu seremban ni. Terpaksalah saya google cara-cara membuat batu seremban. Dalam mencari cara yang mudah untuk menjahit batu seremban ni, saya terjumpa blog Ain Solehah. Terima Kasih Ain Solehah.


Untuk batu seremban saya kali ini, saya gunakan kacang hijau.

Cara-cara membuat batu seremban:

1. Potong kain ikut saiz yang dikehendaki. Saya potong 1.5'' x 3''. Potong 5 segiempat tepat.
2. Jahit tepi dan bawah, tinggalkan satu bahagian terbuka.
3. Terbalikkan casing batu seremban. Saya gunakan jarum crochet untuk memudahkan proses ni.
4. Cucuk gunakan pen atau pensel untuk memudahkan proses membentuk semula casing batu seremban. Saya gunakan jarum crochet.
5. Lipat kedalam sedikit sebelum masukkan kacang untuk memudahkan proses jahit sembat nanti.
6. Masukkan kacang, saya gunakan kacang hijau.
7. Jahit sembat untuk tutup batu seremban tadi.




Saya hanya buat set 5 biji batu seremban sahaja memandangkan anak-anak pun baru nak belajar main.


Untuk melengkapkan set batu seremban saya ni, saya juga buatkan beg uncang kecil untuk setiap set yang ada.


Batu seremban is ready for the cultural booth dan juga untuk aktiviti anak-anak meningkatkan motor skill masing-masing!!




Wednesday, April 23, 2014

Musical picnic

Assalamualaikum semua...

Ingat tak baju onesie yang saya tukarkan kepada bubble skirt untuk Alya dalam post lepas? (DI SINI) Fabrik untuk skirt Alya adalah fabrik yang sama yang saya gunakan untuk skirt Kakak dan Kak Aisya tahun lepas. Mereka bertiga pakai skirt yang sama semasa kami meyertai Musical Picnic di sekolah baru-baru ini.



Musical Picnic ni ala-ala talent show...Semua murid dari elementary class yang ingin menunjukkan bakat masing-masing boleh persembahkan talent mereka pada hari Musical Picnic ini. Ibu bapa dijemput hadir dan masing-masing perlu membawa picnic blanket (kita panggil tikar je) dan makanan untuk dinikmati sambil tengok persembahan. Picnic besar-besaran ini dijalankan ditengah padang sekolah.




Kalau ikutkan saya, takde la beria sangat nak join picnic ni, tapi Aira yang nak sangat join sebab dia nak bagi support kat kawan kelas (Claire) yang ada buat persembahan petang tu.... So ikutkan je...


Alya pun seronok dapat keluar rumah dan baring di tengah-tengah padang (ataupun sebenarnya Alya tak kisah pun apa yang jadi kat sekeliling). Alya sibuk nak gigit kepala monster selimut dia je...haha.

Selimut monster ni saya hanya tambahkan crochet detail untuk kepala, tangan dan kaki. Gambar full selimut ni saya ada share dalam instagram.




Saya hanya sediakan chocolate cinnamon roll, buah oren mandarin, kacang dan air Vimto.

Tak banyak yang boleh saya nak ceritakan aktiviti petang tu... So, ini adalah koleksi gambar yang saya nak share pada semua....











Alya Nur 4 months old.


Bestnye gigit kepala monster ni kan Alya...nomnomnom...


That's all......


Monday, April 21, 2014

Onesie into Bubble Skirt Untuk Alya

Baby cepat membesar. Hampir setiap bulan saya kena mengemas laci baju Alya. Baju-baju baby memang kena selalu organise. Diaorang ni cepat sangat membesar...please go slow Alya...please...huhu

Banyak baju-baju yang masih lagi elok tapi dah tak muat. Mungkin bahagian badan masih muat lagi tapi dah semakin pendek sebab si kecil dah memanjang...

Jangan risau para mama semua, kita masih boleh memanjangkan jangka hayat baju-baju ini. Tutorial dari Ashley dari Make it and Love it ni memang sangat berguna dan saya amat berterima-kasih kepada Ashley. Sekarang, saya dapat memanjangkan hayat baju si kecil yang masih comel lagi ni dengan memberi rupa dan nafas baru hanya dengan langkah yang mudah (trust me, memang senang sangat).

Projek ni sangat mudah dan cepat kerana bubble skirt tidak memerlukan jahitan kemasan bahagian bawah skirt...zapzap dah siap....saya memang suka sangat projek short cut macam ni..hehe

Kita perlukan onesie dan fabrik untuk dijadikan skirt. Terpulang jenis fabrik apa yang hendak digunakan. Secara peribadi, saya suka gunakan cotton. Corak kain yang saya gunakan ini sama dengan corak kain skirt yang saya jahit untuk kakak-kakak Alya tahun lepas.

Langkah pertama, potong onesie. Untuk potong lurus macam ni saya suka gunakan rotary cutter. Cepat dan mudah. Tapi kalau tak ada alat ini, boleh gunakan gunting.


Sekarang, pastikan labuh skirt yang diingini. Bila sudah pasti, angka tadi boleh didarab 2 dan tambah satu inci. Untuk lebar skirt ukur keliling onesie, darab 2 dan tambah satu inci.

Contohnya saya nak skirt ketinggian 5'' dan ukur keliling onesie ialah 18''. Jadi, saya perlu memotong segiempat tepat 11" tinggi (iaitu [5"x 2] +1) dan 37'' lebar (iaitu [18"x 2]+1).

Langkah seterusnya, lipat fabrik tadi kepada dua right side (bahagian luar kain) bertemu dan jahit. Selepas itu, lipat dua bulatan skirt tadi dengan right side (bahagian luar kain) mengadap keluar dan match raw edge bersama. Susun skirt dan onesie seperti gambar di bawah.


Sekarang, kedutkan skirt dengan menjahit bahagian atas skirt. Tukar setting mesin jahit kepada jarak yang panjang. Saya guna numbor 4. Setelah selesai jahit garisan lurus, jangan matikan jahitan. Tarik benang belakang untuk kedutkan skirt tadi. Rujuk tutorial INI untuk bantuan.

Pinkan skirt dengan onesie dan jahit.


Kemaskan jahitan dengan jahit tepi atau jika tiada mesin jahit tepi, jahit corak zigzag untuk mengelakkan fabrik pecah (fraying).

Kita boleh berhenti disini, ataupun untuk kemasan bahagian luar. Lipat skirt masuk kedalam sedikit, dan jahit pada bahagian luar keliling onesie tadi supaya nampak lebih kemas.

Siap!!! Onesie bubble skirt..... Now it's time untuk selongkar almari baju Alya. Kita cari mana onesie yang boleh dikerjakan...hehehe



Selamat Mencuba!!!

















Friday, April 18, 2014

Anniversary 8 Tahun

12 March 2014 lepas Anniversary kami dah 8 tahun berkahwin... Yup, posting ni tertangguh dengan lamanya...huhu.

Tahun ni jadi lagi sekali kes saya masih terlupa hari istimewa kami ni. Kali ni rasanya yang paling teruk dalam record rasanya. Saya memang tak ingat langsung sampailah bila encik suami dah mengucapkan Selamat Ulangtahun pada hari kejadian...huhu...

3 hari sebelum tarikh sebenar, suami ada beritahu yang saya kene ikut dia pergi dinner, ada function dengan diplomat lain dan kali ni saya wajib ikut sebab dah banyak kali saya tolak tak nak ikut menggunakan alasan tak nak tinggalkan anak kat rumah. Dia mendesak sungguh suruh saya ikut. Serius je mukanya.

Saya boleh tak boleh terfikir langsung tarikh tu sama dengan anniversary kami!!!! Blur betul!! Sampai lah bila tengah malam 11 Mac suami ucapkan tahniah pada saya. Saat itulah baru saya tersedar yang saya tak ingat anniversary kami... teruk kan!!! haha

Sepanjang kami berada di Dakar ni tak pernah lagi kami keluar malam berdua. Ini pertama kali kami tinggalkan semua anak-anak di rumah dan kami keluar berdua sahaja. Sebelum ini kalau nak keluar, at least saya akan bawa Alya sahaja, tapi kali ni new record Alya ditinggalkan.

Yup, stok susu ibu semua sudah ready untuk Alya. Tak perlu risau Alya kelaparan.

Kami menyambut anniversary kali ini simple je. Asalkan dapat keluar berdua ni pun dah bersyukur banyak. Tak banyak fancy restaurant yang ada di sini selain daripada restoran hotel. Untuk dinner kami malam itu encik suami bawa saya ke Restaurant Jardin de Thailande.



Ini lah si pesalah yang pelupa tu..haha


Sebab dah lama tak keluar makan tanpa gangguan anak-anak, kami order makanan banyak sungguh. Takde la nak civilized romantic candlelite dinner sangat..hehe. Ye, kami makan bersungguh-sunggguh malam tu dengan aman. 


Deko yang ada dalam restaurant Thailand ni.



Wajib ada gambar berdua.


I'm so happy...Thank you for the lovely dinner. Jangan marah yer, saya cuba untuk jadi lebih fokus untuk ingat tarikh yang penting selepas ini, Insyallah saya cuba (I promise!)
Love you Encik suami!!!

Dakar , Senegal 2014