About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Friday, July 20, 2012

Baju uniform raya!

Alhamdulillah.... Sebenarnya dari tahun lepas lagi memang niat nak buatkan baju untuk bibik ni tapi tak berkesempatan. Tahun ni berjaya juga akhirnya.

Saya buatkan baju macam baju kurung tapi lengan pendek skit supaya mudah untuk membasuh pinggan. Kainnya pula saya covert kepada seluar.

Ini pertama kali  la jahit seluar. Alhamdulillah....menjadi. Dari pagi bangun sahur 2.30am subuh 3.15am (musim panas Subuh awal) terus sambung jahit baju and seluar. Break sekejap untuk masak for Aira and Aisya dan bakar kuih bakar pandan, sambung jahit seluar.

Tepat jam 4pm siap. Yeay!

Thursday, July 19, 2012

Cara saya untuk memupuk minat anak pada baju kurung

Anak-anak dara saya sangat suka pakai baju dress, skirt. Ini semua atas pengaruh barbie, princess dan kartun.

Saya cuba nak buatkan dia tertarik dengan baju kebangsaan kita. Errmm, susah jugak kan? Lagi-lagi bila kta tinggal di luar negara.  Dia asyik tertarik dengan apa yang kawan-kawan pakai.

Untuk memupuk minat mereka, ini cara yang telah saya cuba:

1. Saya tambahkan bunga atau reben atau manik bling-bling pada baju kurung mereka.

2. Buat aksesori yang sedondon dengan material baju kurung. Contohnya, saya buat headband guna kain yang sama dengan baju kurung.

Setakat ini, teknik ni agak berjaya. Harap-harap boleh bertahan lama la yer..

; )



Headband bunga



Baju kurung jahit sendiri.... :-)