About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Wednesday, November 11, 2015

Peniaga di tepi jalan Dakar

Assalamualaikum,

Peniaga jalan berpusu-pusu menawarkan barangan dagangan mereka. Ini adalah permandangan biasa yang dapat di lihat di Dakar, Senegal. Ramai peniaga-peniaga yang menjual bermacam-macam jenis barang di tepi jalan. Setiap kali kereta berhenti kerana lampu isyarat ataupun disebabkan kesesakan jalan, pasti kereta sentiasa akan didatangi oleh penjual-penjual di tepi tingkap kereta.

Macam-macam jenis barangan yang di jual. Dari makanan, barangan rumah seperti tuala, bekas-bekas makanan, baju, cermin mata dan permainan kanak-kanak. Selain daripada itu, ramai juga yang menjual top-up card untuk telefon. Makanan seperti kacang, buah-buahan dan sayuran turut dijual.

Sesetangah peniaga ini menjalankan pernigaan sendiri secara kecil-kecilan manakala sebahagian pula membawa barangan dari kedai-kedai di pekan dan dijual untuk mendapatkan komisen. 

 Jual surat khabar dan CD lagu tempatan

Gambar-gambar yang saya ambil ini adalah semasa dalam perjalanan ke luar bandar Dakar. Jumlah peniaga yang tidaklah sebanyak kalau di tengah bandar Dakar.

Kebanyakan bas-bas di Dakar kelihatan seperti ini.



Peniaga ini menjual tisu kotak manakala perempuan di belakang tu sedang menjual air ais. Semasa cuaca panas, memang sedap kalau minum air ais. Tapi saya masih belum berani untuk membeli air ais ini...huhuhu.



Di samping itu, terdapat juga kanak-kanak yang akan membawa bekas plastik kosong dan meminta sedekah. Biasanya mereka akan mengetuk cermin tingkap kereta untuk menarik perhatian pemandu atau penumpang. Sekiranya tidak mendapat sebarang derma, mereka akan terus bergerak menuju ke kereta yang lain.

Ini adalah peminta sedekah.

Sepertimana yang saya nyatakan dalam post sebelum ini (klik di SINI), pembangunan di Senegal sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Namun, kami berasa sangat seronok berada di sini. Kalau kami sekeluarga tidak sampai ke Senegal, kami tak dapat melihat permandangan seperti ini. Ini adalah pengalaman dan permandangan yang berharga buat kami sekeluarga.

Alhamdulillah.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.