About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Wednesday, May 28, 2014

Summer picnic dress


Alhamdulillah....sebelum mesin jahit saya rosak (cerita tentang mesin jahit kesayangan saya DISINI), saya sempat siapkan dress untuk anak ketiga-tiga anak dara saya. Summer Picnic Dress. Dress ini saya gunakan kain Tie Dye Banzin yang di beli daripada kedai tempatan di Bandar Dakar. 

Untuk dress ini, saya menggunakan pattern percuma yang diberikan oleh Lindsay Wilkes dari blog The Cottage Mama..SUMMER PICNIC DRESS. Lindsay adalah seorang designer untuk butik pakaian kanak-kanak.


Saya suka tengok koleksi beliau dalam blog The Cottage Mama. Semua koleksi pakaian kanak-kanak dalam blog tu cantik-cantik dan sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.

Lindsay ada menerbitkan buku pattern jahitan yang bertajuk "Sew Classic Clothes For Girls". Saya teringin sangat nak beli buku dan cuba pattern jahit dari buku tu. Tapi saya takut saya tak faham dengan arahan daripada dalam buku. Saya takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam dan saya jadi frust kalau tak jadi. Masalah keyakinan diri ni....hahaha.


So, untuk mengatasi masalah takut saya untuk membeli buku ataupun pattern jahit baju...saya rasa lebih baik saya mulakan dengan mencuba pattern jahitan yang percuma dahulu. Sebelum saya keluarkan duit beli pattern tapi tak pandai nak buat, lebih baik saya cuba practise guna pattern yang diberikan secara percuma.

Ini adalah pertama kali saya jahit dress menggunakan pattern sepenuhnya. Sebelum ni saya hanya pandai-pandai potong sendiri dan jahit ikut potongan dress yang sedia ada. 

Inilah juga kali pertama saya menekap pattern, potong pattern pada kertas dan seterusnya pada kain. Saya gunakan arahan sepenuhnya yang diberikan oleh Lindsay untuk menghasilkan dress ini.

Arahan bergambar yang diberikan oleh Lindsay sangat mudah untuk diikuti. 


Ini dress untuk Aira.


Dress untuk Aisya.

Dan terakhir sekali dress untuk Alya.

Pattern ini merupakan salah satu pattern yang saya akan simpan untuk digunakan lagi untuk lain kali. Yeay!!! It's a keeper!!

Terima Kasih Lindsay!!

Monday, May 26, 2014

Jalan-jalan Cari Kedai Mesin Jahit di Dakar


Selepas apa yang terjadi kepada mesin jahit kesayangan saya minggu lepas pada 13 Mei (cerita mesin jahit saya ada DISINI ), saya dan suami saya bercadang untuk mencari kedai mesin jahit Singer yang ada di Dakar. Mana tahu, mungkin ada yang boleh betulkan mesin jahit saya...huhu.

Menurut kata salah seorang staff di office encik suami, ada satu kedai mesin jahit jenama Singer yang besar di Dakar. Katanya kedai tu adalah kedai yang paling besar menjual mesin jahit jenama Singer berserta sekolah menjahit. 

Kami pun pergi ke kedai yang dikatakan oleh beliau yang terletak di Medina. Medina, the most populated district in Dakar. Kalau time weekdays, jangan harap dapat masuk sini...memang jalan jem gile!

Berbalik kepada kedai mesin jahit Singer ni. Rupanya-rupanya kedai tu sudah tutup dan berpindah ke kedai yang lebih kecil. Sekolah menjahit pun sudah tutup. Mungkin sekolah menjahit ini sudah tidak mendapat sambutan lagi di kalangan golongan muda. Mungkin kini ramai golongan wanita yang sudah berpelajaran dan menyambungkan pelajaran ke universiti tempatan. 

(Saya sedang berdiri di depan kedai Mbay Singer yang baru)

Saya sudah mula seronok bila dah nampak kedai Mbay Singer ni. Tapi rupa-rupanya kedai ini kosong. Yang ada cuma dua mesin jahit Industri dan beberapa biji peti sejuk. Kedai ini dah jadi macam store untuk simpan barang. Lelaki yang menjaga kedai tu kata, kalau nak tengok dan beli mesin jahit, kami terpaksa ke kedai mereka yang terletak di tempat lain. Katanya, semua mesin jahit ada di situ. Hai...rasa macam treasure hunt pulak melompat dari kedai ke kedai yang lain.

Kami pun meneruskan perjalanan kami untuk mencari kedai yang dimaksudkan itu. Tak jauh pun, dekat je rupanya.

(Saya di depan kedai)

Tapi bila dah sampai, haha..saya rasa macam tak nak turun kereta! Takut tengok kawasan kedai tu. Saya terus terfikir, boleh ke nak tinggalkan mesin jahit kesayangan saya kat sini? Risau saya. Tapi selepas Encik Suami pujuk, saya pun rasa apa salahnya saya cuba turun dulu dan tengok apa yang mereka ada. 

Kedai ni kecil sahaja, tapi penuh dengan mesin jahit lama, antik  dan mesin jahit industri. Saya lihat ada pekerja yang sedang membetulkan mesin  jahit.

Silap-silap, kedai ni boleh dijadikan muzium. Ingatkan kebanyakkan mesin yang ada dalam kedai ni mesin jahit yang rosak dan tak digunakan. Tapi, rupa-rupanya mesin-mesin lama ini masih lagi di jual (second hand).


Mesin jahit industri yang ada dalam kedai ini.


Macam-macam model ada kat sini. Ini kali pertama saya jumpa mesin jahit jenama Vigorelli. Saya di maklumkan bahawa mesin jahit ni adalah jenama dari Italy.


Menurut tuan kedai, mesin jahit antik Bernina ini adalah dari tahun 70an. Pada ketika itu, ia merupakan antara mesin jahit premium dan hanya mampu dibeli oleh golongan kaya sahaja.

Kita dapat lihat daripada gambar diatas, walaupun mesin jahit ini dah lama tetapi masih kelihatan kukuh. Malah warna hijau badannya masih cantik lagi.


Saya tertarik dengan mesin Brothers yang warna putih sebelah kanan tu. Menurut kata tuan kedai, ini adalah mesin jahit embroidery profesional keluaran tahun 80an. Saya sungguh tertarik dengan mesin jahit ni, saya cuba bertanya berapa harganya. Malangnya, harga yang ditawarkan oleh tuan kedai mahal sangat, lebih kurang RM3000. 

Selain mesin jahit second hand, mereka masih lagi jual mesin jahit baru jenama Singer. Malangnya, model yang ada semuanya model lama. Ada dua pilihan....pertama, mesin jahit tangan dan kedua mesin jahit kaki. Mereka juga berikan perkhidmatan percuma untuk tambah motor untuk mesin jahit tersebut.

Model yang mereka nak jual tu, lebih kurang sama dengan mesin jahit arwah nenek saya dulu..hehe...Malangnya,saya tak sempat nak ambil gambar mesin jahit tersebut.



Selain daripada mesin jahit lama, saya juga terjumpa tapak mesin dan kotak jarum mesin lama.

Setelah melihat keadaan mesin-mesin jahit yang ada dalam kedai ni, memang comfirm saya tak boleh hantar mesin jahit saya untuk dibaiki disini. Tapi apa-apa pun saya tetap rasa happy, saya dapat menimba pengalaman yang tak mungkin saya alami kalau mesin jahit saya tak rosak di Dakar ni.

Berikut ada beberapa gambar sepanjang perjalanan ke kedai tersebut. Ada macam-macam kedai yang ada disini. Dan saya dapat lihat banyak kedai material ( kain PVC) yang sesuai untuk buat kerusi (maaf, tak ada gambar).






Friday, May 23, 2014

Safari Adventure: Lawatan ke Bandia Reserve Park


Saban hari anak-anak mintak nak tengok zirafah, and other animals in Africa. Maklumlah bila mereka tengok Discovery Channel or Animal Planet, selalu nampak animal running free in safari. But living in the city of Dakar, mana ada nak nampak semua tu.

And so, bila dah tak berapa busy di office, encik suami pun bawa kami semua ke Bandia Reserve Park yang terletak kira-kira 1 jam dari Dakar. Ini merupakan kali pertama kami keluar dari kawasan bandar. Jadi, bukan anak-anak je yang suka. Mama pun pun excited jugak!



Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan persekitaran. Walaupun Dakar merupakan antara bandar termaju di Afrika Barat, namun kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, terlalu jauh bezanya. Timbul keinsafan di hati saya tentang betapa kita adakalanya ambil mudah dengan kesenangan yang ada di sekeliling kita sehingga kita lupa betapa payahnya untuk mencapai kesenangan tersebut.


Perjalanan selama dua jam ini melibatkan 20 minit atas lebuhraya dan selebihnya dengan jalan kawasan pendalaman. Anak-anak yang mulanya aktif dan bising dalam kereta akhirnya terlentok tidur. Mama jugak yang jadi bantal untuk semua orang. Nasib baik Alya tidur dalam baby seat.


Hooray!!! Akhirnya kami sampai di Bandia Reserve Park. Sampai sahaja di sana, kami ambil kesempatan untuk merenggangkan otot-otot dan melawat toilet. Encik suami pula pergi uruskan pembelian tiket. Kalau tak silap saya lebih kurang CFA10,000 (RM65) seorang.





Kami meneroka kawasan ini dengan menggunakan 4WD. Seorang tour guide ditugaskan untuk mengikut kami dalam kereta untuk memberikan penerangan mengenai haiwan-haiwan yang akan kami temui di sepanjang perjalanan. Tak sampai 5 minit kami berjalan, kami terjumpa dengan burung kasawari. Pertama kali saya dapat lihat dari jarak dekat. Selalunya tengok di TV sahaja.


Yang kelakarnya, burung kasawari ni tertarik dengan bayang-bayang sendiri pada cermin kereta kami yang tinted gelap. Ada sekali-dua burung kasawari ni akan mematuk-matuk cermin kereta. Risau jugak saya kalau-kalau pecah. Tapi tour guide kata dia tak patuk kuat. Tawakal je la...hahahaha






Kami juga jumpa badak sumbu!


Lagi burung kawasari. Untuk makluman, yang bulu hitam tu jantan dan yang putih betina.


And this is the best part of our trip. Kami dapat peluang untuk turun dari kereta untuk bergambar bersama-sama dengan sekumpulan zirafah yang tengah berjalan-jalan cari makan. Pengalaman yang sukar dilupakan. Terasa macam tengah buat dokumentari National Geographic pulak.....





Cik zirafah main sorok-sorok.





Zebra crossing?


Rupa-rupanya di Senegal pun ada kerbau. Mungkin boleh reserve untuk buat korban untuk Raya Haji nanti...hehehe...


Yang ini namanya pokok baobab. Pokok ni nampak je besar, tapi kayunya terlalu lembut untuk dijadikan perabot atau bahan binaan. Saya diberitahu oleh tour guide yang jus baobab ini boleh dijadikan ubat untuk mengubati sakit perut dan cirit birit.

Selain itu, masyarakat Senegal dahulu percaya kepada amalam animisme iaitu kepercayaan atau pemujaan bersumberkan alam sekitar. Oleh itu, pokok baobab ini digunakan untuk menyimpan mayat bomoh dan pawang mereka. Amalan ini tak lagi diamalkan sekarang sebab masyarakat dan bertambah moden. 


Dalam pokok ini ada tulang mayat yang ditanam sejak berzaman dulu.


Kami menghabiskan masa lebih dua jam untuk melihat haiwan-haiwan di situ. Di akhir perjalanan, kami singgah di kawasan rehat untuk membeli sedikit cenderamata sambil berhenti berehat sebentar.


Para buaya sedang berjemur. Yang ini saya tak dapat nak ambil secara dekat....bahaya....


Bergambar sekeluarga sebelum meninggalkan Bandia Reserve Park


This is the way out!


Setelah keluar dari Bandia Reserve Park, kami berhenti rehat dibawah pokok untuk menikmati makan tengahari; nasi lemak yang saya bungkus dari rumah. 


Wednesday, May 21, 2014

Resepi Roti Murtabak: Menu Bekal Anak ke Sekolah

Memandangkan entri Merancang Jadual Bekal Anak ke Sekolah mendapat sambutan yang luar biasa (terkejut saya dengan jumlah pageview post tu), hari ni saya akan berkongsi resepi salah satu menu untuk bekal anak ke sekolah.

Menu ini bukan sahaja sesuai untuk  bekal anak ke sekolah, malah ia juga sesuai untuk bekal ibu dan bapa juga.

Waktu memasak hanya dalam 10- 20 minit sahaja dan cara memasak adalah dengan menggoreng.

Bahan-bahan

Roti putih
3 biji telur
2 sudu makan mayones
Daging cincang (ataupun ayam cincang)
Bawang besar yang di potong dadu
Cili bengala merah / kuning / hijau di potong dadu
1 sudu kecil spreadable cheese
Garam secukup rasa
Sedikit butter dan minyak untuk menggoreng (saya campur minyak dan butter)



Cara Memasak:

1. Satukan daging/ayam cincang dan bawang besar ke dalam kuali dan masak sedikit sahaja. Tips: Anda boleh juga gunakan daging burger kalau tak ada daging/ayam cincang. 

2. Masukkan daging yang telah dimasak sedikit itu ke dalam bekas bersama telur.



3. Masukkan cili benggala, mayones dan juga spreadable cheese. Masukkan sedikit garam. 

Tips: Untuk menjimatkan masa, anda boleh memotong bahan-bahan seperti bawang dan cili benggala lebih awal (misalnya malam sebelum) dan disimpan di dalam peti ais. 

4. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati.



5. Celup roti ke dalam adunan tersebut dan kemudian goreng di atas kuali leper (saya campurkan minyak dan butter). Seterusnya sudu inti di atas roti.

Tips: Pastikan minyak masak tidak terlalu banyak digunakan semasa menggoreng untuk menggelakkan ia menjadi lembik dan tidak garing.


6. Balikkan roti apabila bahagian dasar roti telah garing. Angkat dan tos.

Sedia dinikmati bersama sos kegemaran.


Saya bekalkan Aira bersama sedikit sos cili campurkan sos tomato. Buah adalah bekal wajib untuk setiap hari. Hari ini saya bekalkan bersama oren mandarin dan juga sebiji epal untuk alas perut sebelum aktiviti selepas sekolah (After school Activities).


Makanan dari rumah adalah yang terbaik!

Selamat Mencuba!

Monday, May 19, 2014

Crochet Stool Cover Beserta Tutorial Mini Crochet Square

Assalamualaikum... Bonjour to all crocheters...



Hari ini saya ingin berkongsi hasil projek crochet saya. Sebenarnya projek crochet ini telah lama saya mulakan, tapi hasilnya lambat sikit daripada perancangan asal. 

Untuk menyiapkan projek ini, saya telah membawa projek ini kemana sahaja saya pergi. Setiap kali saya keluar rumah ia tetap akan ikut saya..hehe.. Tak kira sama ada keluar minum petang, excersice pagi dengan anak-anak, makan tengahari, kemana saya pergi saya pasti akan bawa projek ini.





 Alhamdulillah.... Akhirnya, stool tempat letak kaki rocking chair saya ni dapat cover baru. Saya gunakan kombinasi warna-warna pelangi untuk cover ini. Pereka pattern untuk cover ini adalah Aira. Aira yang pilihkan warna dan menyusun warna cover ini. Aira adalah penasihat utama saya untuk projek kali ini..hehe.. terima kasih Aira.

Untuk hasilkan cover kerusi kecil ini, saya gabungkan mini crochet square dari pelbagai warna. Proses dan pattern yang saya gunakan mudah sahaja. Jika anda ada basic crochet, pasti mudah untuk hasilkan apa sahaja menggunakan pattern ini.


Material yang saya gunakan adalah cotton yarn. Cotton yarn ini saya beli daripada kedai tempatan yang ada di Dakar. Size hook yang saya gunakan adalah 3.5 mm.

Untuk crochet square ini adalah daripada pattern asal granny square cuma mini square ini lebih padat (solid granny square) daripada granny square yang biasa.

Tutorial Mini Crochet Square

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana saya hasilkan mini square ini. Ada pelbagai cara di luar sana, tapi ini adalah cara yang saya gunakan untuk menghasilkan cover kerusi saya ini.


1. Mula dengan Magic ring, chain 2, 11 double crochet ke dalam ring. Tarik dan tutup ring, slip stich kedalam bahagian atas permulaan chain 2 tadi.


2. Chain 2, 1 double crochet ke dalam dc pertama, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (1st corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch yang seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (2nd corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (3rd corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (4th corner).

3. Slip stitch pada permulaan chain.


4. Mini square siap.



Untuk menghasilkan crochet cover stool saya ini, saya mencantum semua mini crochet square saya menggunakan teknik  "Crochet as you go".  Teknik ini mudah dan cepat. Sesuai untuk saya yang suka hasil projek siap dengan cepat.



Saya cantumkan kesemua mini square dan pinkan selama satu malam untuk menghasilkan hasil yang lebih kemas.


Setelah selesai mencantum semua mini square dan pinkan untuk satu malam, saya teruskan dengan crochet basic granny square di sekeliling dan decrese stitch untuk menghasilkan kesan grip pada hujung stool.


Saya sangat suka dengan hasil projek crochet saya ini. Alya pun suka juga. Alya tertarik dengan kombinasi warna pada cover ini. Saya gunakan rocking chair ini untuk menyusukan Alya dan bila selesai menyusu, saya akan luangkan masa untuk mempekenalkan warna-warna ini kepada Alya. Mata Alya akan terbuka luas bila melihat warna-warna terang pada crochet cover ni.



Sekarang, crochet cushion saya yang saya letak pada kerusi ini sudah mempunyai teman baru, alhamdulillah...bertambah lagi koleksi crochet saya.