Masa zaman sekolah rendah dulu, inilah projek saya dengan adik perempuan saya Lin... kami akan buat batu seremban ni bersama-sama... terasa rindu pulak....
Kami akan kutip biji saga merah time ambil mak dari kerja sebab pokok tu dulu ada kat office mak. Nostalgia sungguh..hehehe.
Lepas tu kami berdua akan jahit tangan batu seremban tu bersama-sama. Jahit sembat je sebab masa tu tak pandai jahit lagi. Tangan asyik terluka tercucuk jarum. Lin sempat lagi buat bisnes, jual batu seremban pada kawan-kawan kelas dia. Hebatlah Lin masa tu.....Aaah, what a sweet memory me with my little sister....miss you sis...
Sekarang ni, saya nak memperkenalkan kepada Aira dan Aisya pula mainan yang saya main masa kecil dulu. Hope they will enjoy it the same way that I did. Banyak sangat saingan sekarang ni (tv, games, tablet etc), tapi saya akan cuba.
Selain nak buat batu seremban ni untuk Aira dan Aisya main, saya juga nak memperkenalkan batu seremban ni di Cultural booth yang diadakan di sekolah ISD hujung bulan April. Kami akan buka booth untuk memperkenalkan cultural Malaysia beserta dengan batu seremban sekali.
Alang-alang saya dah buat batu seremban ni sampai 5 set, saya akan sertakan tutorial sekali dalam blog ni.
Disebabkan zaman membuat batu seremban ni sudah ditinggalkan lama, saya pun mula-mula lupa macam mana nak buat batu seremban ni. Terpaksalah saya google cara-cara membuat batu seremban. Dalam mencari cara yang mudah untuk menjahit batu seremban ni, saya terjumpa blog Ain Solehah. Terima Kasih Ain Solehah.
Untuk batu seremban saya kali ini, saya gunakan kacang hijau.
Cara-cara membuat batu seremban:
1. Potong kain ikut saiz yang dikehendaki. Saya potong 1.5'' x 3''. Potong 5 segiempat tepat.
2. Jahit tepi dan bawah, tinggalkan satu bahagian terbuka.
3. Terbalikkan casing batu seremban. Saya gunakan jarum crochet untuk memudahkan proses ni.
4. Cucuk gunakan pen atau pensel untuk memudahkan proses membentuk semula casing batu seremban. Saya gunakan jarum crochet.
5. Lipat kedalam sedikit sebelum masukkan kacang untuk memudahkan proses jahit sembat nanti.
6. Masukkan kacang, saya gunakan kacang hijau.
7. Jahit sembat untuk tutup batu seremban tadi.
Saya hanya buat set 5 biji batu seremban sahaja memandangkan anak-anak pun baru nak belajar main.
Untuk melengkapkan set batu seremban saya ni, saya juga buatkan beg uncang kecil untuk setiap set yang ada.
Batu seremban is ready for the cultural booth dan juga untuk aktiviti anak-anak meningkatkan motor skill masing-masing!!
adakah akak menggunakan mesin jahit
ReplyDeleteadakah akak menggunakan mesin jahit
ReplyDeleteya, saya menggunakan mesin jahit. Tapi kalau nak guna jahit tangan pun boleh...: )
Deleteoh,saya dah cuba menjadi terima kasih ya.Suka anak saya pandai buat batu seremban
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat bermain batu seremban : )
DeleteTerima kasih atas sharing. Saya mengajar anak-anak menjahit dengan tangan.
ReplyDelete