Sunday, August 7, 2011

Ramadhan in Bahrain 2nd year (part 1)

Ini tahun kedua kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Bahrain. Tak ada pasar ramadhan, tapi okay jer sebab kalau nak pergi beli pun tak tentu sedapnya so semua kene masak sendiri termasukla kuih-muihnyer..okayla, zaman sekarang kan dah ada internet.. google jer resepi apa..dapatla...nak dengan tak nak buat jer..

Disini, masa bulan ramadhan waktu siang kebanyakkan kedai and shooping kompleks buka pagi sampai jam 12tghari, lepas tu tutup sampai lepas maghrib. Lepas maghrib baru buka sampaila jam 2 pagi...shoopingla sampai pagi yer...kebiasaannya orang akan mula ramai dalam jam 10 malam dan ke atas selepas solat terawih.

Tapi yang peliknya, semua kedai makan akan tutup termasukla fast food macam mcdonalds, kfc..semua tutup..buka lepas maghrib...pelikkan...kalau nak beli makanan untuk budak2 ni memangla tak dapat..so, maknanya kene la stay jer dalam rumah..huhu..untuk non muslim yang tak berpuasa pun kenela puasa jugak..yela, tak ada kedai makan yang buka. Kalau bawak budak2 ni keluar and dorang makan cookies or minum air pun orang pelik jer tengok..pelik2..sbb kalau kat msia siapa yang tak puasa boleh jer makan (non muslim or anak2)

Tapi yang paling meriah ialah waktu malamla..kedai buka sampai pagi..boleh siap2 sahur kat luar baru balik rumah..subuh kan 320am...:)
Tarawih di masjid pun hanya 8 rakaat sahaja dan diantara tu tiada wirik pun..tapu surah yang dibaca dalam solat memang panjang2la...selesai solat tarawih baru orang keluar untuk shooping..




No comments:

Post a Comment