About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, May 12, 2014

DIY Diaper Cover

Assalamualaikum semua....

Comel tak diaper cover baby saya yang tergantung di ampaian ni?

Ketiga-tiga diaper cover comel ni saya buat khas buat Alya.


Saya ni tak berapa gemar bila baju baby terselak dan ternampak diaper baby....terutamanya bila si comel memakai diaper pakai buang. Kalau pakai cloth diaper tu tak apa la jugak, ada bermacam-macam warna dan corak yang comel-comel.


Untuk menyelesaikan masalah sakit mata saya ini, saya meneroka internet untuk mencari pattern yang sesuai untuk membuat diaper cover. Alhamdulillah, saya terjumpa tutorial daripada blog danamadeit. Terima Kasih Dana untuk tutorial dan juga free pattern.



Mudah sahaja. Apa yang perlu kita buat adalah print pattern yang Dana berikan dan kita boleh ikut langkah demi langkah bagaimana nak jahit diaper cover ni.


Tutorial yang Dana sediakan amat mudah untuk diikuti.



Sesuai sangat dengan nama yang diberikan oleh Dana "Perfect Diaper Cover" memang perfect dan sesuai untuk menutupi diaper baby itu. Diaper cover ini juga sesuai untuk baby girl bila nak pakai dress ataupun skirt.


Setakat ini, saya baru jahit 3 diaper cover ni. Semua pun saya gunakan lebihan fabrik yang saya ada. Contohnya heart shape ini adalah lebihan daripada onesie bubble skirt Alya dan juga skirt kakak-kakak Alya sebelum ini yang dipakai semasa musical picnic di sekolah.


Diaper biru ini pula adalah lebihan pyjamas encik suami yang saya refashionkan menjadi baju Aisya. Walaupun pyjamas itu saya dah buat baju Aisya, ia masih lagi berbaki dan cukup-cukup untuk buat diaper cover ini. Untuk ruffle pula, saya gunakan lebihan kain jubah saya yang di beli di Madinah dahulu. Biasalah, jubah tu panjang sangat untuk saya yang rendang ni. Lebihan kain jubah itu telah lama saya simpan dan tak sangka pula sesuai digunakan untuk projek diaper cover ini.


Fabrik bunga-bunga kecil ini pula adalah lebihan fabrik yang saya gunakan untuk dress pertama saya jahitkan untuk Aisya sebelum kami berpindah ke Bahrain dahulu. 

Tak sangka semua lebihan fabrik yang saya simpan lama dan ikut saya dari Malaysia ke Bahrain dan ke Senegal ini semuanya dapat menghasilkan diaper cover yang comel-comel ini.

Disebabkan Alya juga gunakan cloth diaper, saya gunakan potongan saiz untuk 8 - 12 bulan tetapi hanya getahnya saja saya gunakan saiz untuk 6 bulan.



2 comments: