About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, May 5, 2014

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (2): Membuat Kertas Pembalut Sendiri


Hari ini saya ingin berkongsi usaha saya untuk meningkatkan keyakinan diri anak saya. Saya menggunakan panduan dari buku "Raise Your Child's Self-Esteem! 99 Easy Things To Do" oleh Nancy Krulik.



Dari 99 aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak yang ada dalam buku ni, hari ini saya ambil contoh aktiviti 37.




Have your child make the wrapping paper when you give a gift to a family friend or relative. All she'll need is a big piece of blank paper, some markers, and lots of imagination.



Masa birthday Aira yang lepas, Aisya belikan hadiah untuk kak Aira. Hadiah yang Aisya nak beri pada Aira sangat besar saiznya dan kertas pembalut hadiah yang kami ada tidak cukup untuk membalut hadiah tersebut.

Sedang saya mencari jalan untuk selesaikan masalah ini, saya teringat aktiviti nombor 37 dalam buku kegemaran saya ni. Ini masanya untuk saya praktikkan!!

Aisya memang terkenal dengan karakter yang suka berimaginasi dan bermain sendirian bersama mainan miniature (mainan-mainan bersaiz kecil). Aisya boleh bermain berseorangan dan ketika dia bermain, kita boleh dengar dialog-dialog yang dia reka sendiri semasa bermain.

Ini masanya untuk saya beraktiviti dengan Aisya dan ia menjadi rahsia kami berdua sepanjang menyiapkan kertas pembalut hadiah untuk Kak Aira... Shhhhhh!!!

Saya gunakan lebihan kertas besar yang digunakan untuk membungkus barang-barang kami semasa kami berpindah dari Bahrain ke Senegal.

Saya hanya sediakan pensil warna dan crayon untuk Aisya gunakan sepanjang aktiviti ini kerana pada masa itu tiada magic pen ataupun marker untuk digunakan.

Aisya sungguh bersemangat lukiskan pembalut untuk Kak Aira, macam-macam karakter yang keluar... monster, bunga jahat, bunga baik... Saya tak sangka yang Aisya sungguh kreatif dengan karakter ciptaannya sendiri.

Aisya juga berani untuk menggunakan warna. Dia suka untuk eksperimen dengan warna yang ada. Dia paling suka menggunakan warna pelangi.



Dalam aktiviti ini juga, saya juga mengajar Aisya pelbagai teknik penggunaan crayon. Dia gunakan teknik baru ini untuk melukis pelangi.

Alhamdulillah, dengan hanya menggunakan barang terpakai dalam rumah dan sedikit masa yang diluangkan bersama anak. kita akan membina karakter anak supaya lebih berani dan percaya pada diri sendiri. Secara tak langsung, kita dapat mengajar anak untuk kitar semula...Save the Earth!!

Saya juga ingin memupuk anak-anak saya untuk suka pada barangan handmade sama ada yang dibuat sendiri ataupun oleh orang lain. Saya percaya ini merupakan salah satu cara untuk menanamkan nilai menghargai sesuatu barangan. Apatah dalam dunia hari ini yang penuh dengan barangan pakai-buang. Sekurang-kurangnya saya mahu anak-anak saya sedar betapa banyak usaha yang perlu dicurahkan untuk membuat sesuatu barangan. 

Kesimpulannya, aktiviti seperti ini membuatkan anak berasa yakin dan tidak malu untuk ekspresi diri sendiri. Ia juga  dapat mengajar anak kita bahawa untuk memberi hadiah kepada orang tersayang, tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Malah, 'nilai' hadiah itu juga meningkat apabila disertakan dengan kreativiti sendiri.

P/S: InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dalam meningkatkan keyakinan diri anak setiap bulan. Thank you for your support! :-)

*Tingkatkan keyakinan diri anak : Mengubah "I can't 'kepada "I can"
http://mana-mananadia.blogspot.com/2014/04/tingkatkan-keyakinan-diri-anak-mengubah.html

No comments:

Post a Comment