About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Friday, May 16, 2014

Learning Through Play : Perkembangan Anak dari 6 ke 8 Bulan

Tinggal lagi 5-6 bulan sebelum Alya mencecah umur satu tahun, yeay!!!

Pada umur 6 ke 8 bulan, bayi akan mula untuk berminat dengan dunia di sekelilingnya. Pada usia ini, bayi mula untuk duduk tegak dengan sendirinya memberikan peluang si kecil untuk meneroka dengan lebih luas lagi.

Belajar Sambil Bermain




Pada peringkat ini bayi mudah tertarik dengan mainan yang baru baginya. Kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan pelbagai aktiviti kepada bayi untuk perkembangan otak dan juga untuk menggalakkan si kecil untuk meneroka sambil belajar bermain.

(Alya lebih seronok bermain dengan senduk berbanding dengan mainan sendiri)
  • Tingkatkan minat si kecil untuk meneroka benda baru dengan memberi dia kotak yang diisi dengan barang-barang rumah yang tidak berbahaya kepada si kecil. Ini akan memberikan si kecil peluang untuk meneroka dan belajar tentang bentuk, saiz dan perbezaan tekstur pada pelbagai barang. Contoh barang yang saya gunakan adalah seperti sudu plastik, mangkuk, senduk, cawan plastik dan mangkuk penapis.
  • Galakkan si kecil untuk merangkak dan bergerak sendiri untuk meneroka di dalam rumah. Sediakan ruang yang sesuai untuk si kecil bergerak bebas bersama dengan mainan-mainan menarik. Kalau boleh, cover lutut si kecil supaya dia dapat merangkak dengan selesa.
  • Bermain dengan cawan plastik (stacking game). Biar si kecil bermain dengan cawan-cawan plastik pelbagai warna dan tunjukkan pada dia cawan-cawan itu boleh disusun (stack). Walaupun dia masih kecil tak mampu untuk menyusunkan cawan-cawan itu, tapi si kecil suka untuk mencuba. Ataupun bantu si kecil untuk membina tower (dengan menggunakan blok) dan cuba untuk ajak si kecil untuk jatuhkan tower itu (knocking it down). Satu permainan yang pasti si kecil suka.

  • It's never too early to start reading to your baby. Bolehlah gunakan buku-buku yang diperbuat daripada kain yang membolehkan bayi gigit dan mudah untuk dibasuh. Bacakan buku pada bayi anda. Untuk aktiviti ini, saya tak susah....ada ramai kakak-kakak yang boleh bacakan buku untuk Alya...Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment