Friday, May 23, 2014

Safari Adventure: Lawatan ke Bandia Reserve Park


Saban hari anak-anak mintak nak tengok zirafah, and other animals in Africa. Maklumlah bila mereka tengok Discovery Channel or Animal Planet, selalu nampak animal running free in safari. But living in the city of Dakar, mana ada nak nampak semua tu.

And so, bila dah tak berapa busy di office, encik suami pun bawa kami semua ke Bandia Reserve Park yang terletak kira-kira 1 jam dari Dakar. Ini merupakan kali pertama kami keluar dari kawasan bandar. Jadi, bukan anak-anak je yang suka. Mama pun pun excited jugak!



Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan persekitaran. Walaupun Dakar merupakan antara bandar termaju di Afrika Barat, namun kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, terlalu jauh bezanya. Timbul keinsafan di hati saya tentang betapa kita adakalanya ambil mudah dengan kesenangan yang ada di sekeliling kita sehingga kita lupa betapa payahnya untuk mencapai kesenangan tersebut.


Perjalanan selama dua jam ini melibatkan 20 minit atas lebuhraya dan selebihnya dengan jalan kawasan pendalaman. Anak-anak yang mulanya aktif dan bising dalam kereta akhirnya terlentok tidur. Mama jugak yang jadi bantal untuk semua orang. Nasib baik Alya tidur dalam baby seat.


Hooray!!! Akhirnya kami sampai di Bandia Reserve Park. Sampai sahaja di sana, kami ambil kesempatan untuk merenggangkan otot-otot dan melawat toilet. Encik suami pula pergi uruskan pembelian tiket. Kalau tak silap saya lebih kurang CFA10,000 (RM65) seorang.





Kami meneroka kawasan ini dengan menggunakan 4WD. Seorang tour guide ditugaskan untuk mengikut kami dalam kereta untuk memberikan penerangan mengenai haiwan-haiwan yang akan kami temui di sepanjang perjalanan. Tak sampai 5 minit kami berjalan, kami terjumpa dengan burung kasawari. Pertama kali saya dapat lihat dari jarak dekat. Selalunya tengok di TV sahaja.


Yang kelakarnya, burung kasawari ni tertarik dengan bayang-bayang sendiri pada cermin kereta kami yang tinted gelap. Ada sekali-dua burung kasawari ni akan mematuk-matuk cermin kereta. Risau jugak saya kalau-kalau pecah. Tapi tour guide kata dia tak patuk kuat. Tawakal je la...hahahaha






Kami juga jumpa badak sumbu!


Lagi burung kawasari. Untuk makluman, yang bulu hitam tu jantan dan yang putih betina.


And this is the best part of our trip. Kami dapat peluang untuk turun dari kereta untuk bergambar bersama-sama dengan sekumpulan zirafah yang tengah berjalan-jalan cari makan. Pengalaman yang sukar dilupakan. Terasa macam tengah buat dokumentari National Geographic pulak.....





Cik zirafah main sorok-sorok.





Zebra crossing?


Rupa-rupanya di Senegal pun ada kerbau. Mungkin boleh reserve untuk buat korban untuk Raya Haji nanti...hehehe...


Yang ini namanya pokok baobab. Pokok ni nampak je besar, tapi kayunya terlalu lembut untuk dijadikan perabot atau bahan binaan. Saya diberitahu oleh tour guide yang jus baobab ini boleh dijadikan ubat untuk mengubati sakit perut dan cirit birit.

Selain itu, masyarakat Senegal dahulu percaya kepada amalam animisme iaitu kepercayaan atau pemujaan bersumberkan alam sekitar. Oleh itu, pokok baobab ini digunakan untuk menyimpan mayat bomoh dan pawang mereka. Amalan ini tak lagi diamalkan sekarang sebab masyarakat dan bertambah moden. 


Dalam pokok ini ada tulang mayat yang ditanam sejak berzaman dulu.


Kami menghabiskan masa lebih dua jam untuk melihat haiwan-haiwan di situ. Di akhir perjalanan, kami singgah di kawasan rehat untuk membeli sedikit cenderamata sambil berhenti berehat sebentar.


Para buaya sedang berjemur. Yang ini saya tak dapat nak ambil secara dekat....bahaya....


Bergambar sekeluarga sebelum meninggalkan Bandia Reserve Park


This is the way out!


Setelah keluar dari Bandia Reserve Park, kami berhenti rehat dibawah pokok untuk menikmati makan tengahari; nasi lemak yang saya bungkus dari rumah. 


No comments:

Post a Comment