Monday, November 24, 2014

Ash Jumpsuit for my active girls

Asslamuaaikum... Apa khabar semua?

Untuk makluman semua, saya telah mencuba pattern Ash Jumpsuit daripada Celine Bailey of Petit a Petit & Family yang saya beli dari online. Pattern mudah ini sesuai untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk menjahit dan sesuai untuk "self learner" seperti saya. Penerangan yang disediakan sungguh terperinci dan disertakan gambar yang jelas bagi setiap langkah.




Pattern ini tidak memerlukan butang ataupun zip. Apa yang diperlukan adalah getah sahaja. Ini bukan sahaja memudahkan bagi mereka yang baharu belajar menjahit, malah sangat senang untuk kanak-kanak juga. Aira dan Aisya hanya perlu sarungkan sahaja jumpsuit ini dan boleh buka dan pakai sendiri bila diperlukan. Ini memudahkan urusan ke tandas!

Pattern ini disediakan dari size 6 bulan ke 12 tahun. Ia juga memberikan kita pelbagai pilihan dengan hanya satu pattern sahaja. Kita boleh memilih untuk membuat jumpsuit, jump play, baju sahaja atau seluar sahaja dan juga seluar pendek. Terpulang kepada kita mengikut kesesuaian masing-masing. Bagi pilihan fabrik pula, kita boleh menggunakan daripada satu jenis kain sahaja ataupun "mix and match".


Untuk Alya, saya gunakan hanya satu jenis fabrik sahaja untuk keseluruhan baju. Saya menggunakan "African Batik" dan saya gunakan size 12-18 month. Saya pernah bercerita tentang "African Batik" sebelum ini di dalam post Jalan-jalan cari fabrik dan benang.



Untuk Aisya pula, saya campurkan fabrik yang sama dengan Alya dengan fabrik berwarna pink untuk "neckline, armhole", pinggang dan juga pada bahagian kaki. Saya gunakan size 5 tahun utuk Aisya.


Untuk Aira pula saya gabungkan fabrik pink pada bahagian badan baju sahaja. Saya terpaksa mix and match size kerana Aira tinggi tetapi kurus. Saya gunakan size badan 7 tahun dan seluar 8 tahun.

Pada ketika ini, kami ke Lagon, Dakar untuk makan tengahari, Cuaca pada hari itu berangin dan Alya serta Aira pula tak berapa sihat pagi itu. Oleh itu, saya pakaikan t-shirt di dalam jumpsuit masing-masing. Saya suka anak-anak saya memakai baju yang lebih kurang sama, tapi tidak semestinya semuanya sama. Sekurang-kurangnya fabrik yang sama tetapi masih berbeza antara satu sama lain.



(Bonding time with Tokwan yang datang melawat dari Malaysia)

Secara kesimpulannya, Ash jumpsuit ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang aktif berlari, melompat dan memanjat. Pergerakan mereka tidak terganggu dengan jumpsuit ini. Jumpsuit ini juga boleh dipakai begitu sahaja ataupun dengan tshirt di dalam. 

Untuk projek-projek menjahit saya yang lain, boleh lah ke blog saya iaitu jahitbynadia. (Klik disini)

No comments:

Post a Comment