About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Saturday, December 20, 2014

Pulang ke Malaysia untuk bersalin

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah saya dan anak-anak selamat sampai Malaysia. Disebabkan perjalanan yang jauh dan transit di Dubai, kami ditemani oleh bapa mertua saya memandangkan Encik Suami masih lagi di New York.

Untuk pengetahuan semua, masa perjalanan dari Dakar-Dubai adalah 10 jam dan Dubai-Kuala Lumpur adalah 7 jam.

Disebabkan perjalanan yang agak jauh dan lama, doktor mencadangkan agar saya berehat sebentar di Dubai. Semasa perjalanan pulang hari itu kandungan saya berusia 32 minggu. Kami mengambil keputusan untuk berehat di Dubai selama 2 malam. Alhamdulillah, keputusan yang dibuat oleh Encik Suami untuk kami anak-beranak tidur di Dubai 2 malam adalah keputusan yang bijak. Terima kasih!.

Badan saya memang dah tak mampu nak meneruskan perjalanan. memang perlukan rehat yang secukupnya. Maklumlah, bukan sahaja badan dan perut saya yang semakin berat, Alya pun sudah semakin semangat dan lasak. Alya tak boleh nak duduk diam di dalam kapal terbang seperti semasa perjalanan ke New York sebelum ini. Alya semkain bijak! Dia dah pandai menunjukkan tantrum. Alya 1 satu tahun tapi tantrumnya macam budak umur 2 tahun!! Tok Wan pun penat nak layan.

Ramai yang bertanya berapa bulan kandungan yang dibenarkan untuk naik pesawat. Saya rasa perkara ini berbeza mengikut syarikat penerbangan yang terlibat.  Untuk Emirates, mereka membenarkan ibu mengandung naik pesawat sehingga minggu ke-29. Sekiraya lebih daripada itu, surat doktor perlu dikemukakan sebelum menaiki pesawat. Surat berkenaan perlu tarikh jangkaan bersalin, keadaan keihatan ibu mengandung dan tiada halangan untuk menaiki penerbangan berkenaan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk di sini. http://www.emirates.com/us/english/plan_book/essential_information/health_and_travel/before_you_leave.aspx

Alhamdulillah, doktor saya berikan surat kebenaran. Semasa perjalanan pulang ke Malaysia kandungan saya adalah 32 minggu. Disebabkan perut saya yang besar, dari mula nak check in sehinggalah sebelum berlepas, akan ada crew yang bertanya berapa minggu kandungan saya dan minta surat doktor...huhu...

Seminggu sebelum bertolak pulang, saya sudah mula terasa sakit-sakit contraction. Mungkin kerana penat berkemas dan sibuk dengan urusan sekolah anak-anak. Untuk mengelakkan stress di dalam pesawat, doktor berikan saya ubat untuk menahan sakit. Nama ubat adalah Spasfon-Lyoc. Untuk penerbangan Dakar-Dubai saya ambil satu dos dan untuk penerbangan Dubai-KL saya juga ambil satu dos. Alhamdulillah, sakit perut mengeras tak terasa sangat. Cuma sakit pinggang dan punggung sahaja yang terasa. Tapi bila sampai sahaja di bilik, badan, perut, pinggang dan kaki mula terasa saki-sakit.

Di Dubai saya dan anak-anak sempat berkunjung ke Dubai Mall. Untuk perjalanan ke Dubai Mall, kami menggunakan LRT. Dapatlah saya melepaskan rindu berjalan di Middle East. Terasa rindu Bahrain pun ada, terutamanya bila makan di food court yang kelihatan sama seperti di Bahrain dan melihat keadaan sekeliling di Dubai..huhu..



Alhamdulillah..selepas berehat untuk 2 malam di Dubai, kami meneruskan perjalanan pulang ke tanah air. Perjalanan kali ini tidak tersa sangat lamanya. Anak dara saya pun tak sabar-sabar nak berjumpa dengan semua keluarga di Malaysia. Glad to be home!!



No comments:

Post a Comment