Saturday, November 15, 2014

Travel ke New York

       

Alhamdulillah saya telah selamat sampai di New York... travel bersama 3 orang anak kecil dengan keadaan saya yang 5 bulan mengandung memang mencabar.

                                        
(Sedang menunggu beg....masing-masing sudah penat duduk atas kerusi, seronok pula duduk atas lantai)

Alya baru mencapai umur 1 tahun, jadi dia masih belum ada seat lagi. Alya terpaksa berhimpit duduk di atas saya memandangkan kami tak dapat duduk di tempat yang ada bassinet. Kandungan saya baru 5 bulan tapi besar perut saya macam 7 bulan..huhu. Siapa yang kenal saya memang sedia tahu, perut saya memang besar kalau setiap kali mengandung...hehe.

Alhamdulillah, segala urusan perjalanan agak lancar. Bermula dari urusan kelulusan visa sehinggalah sampai ke New York.

Ditakdirkan, pegawai yang menguruskan visa kami anak-beranak di Senegal adalah ibu kepada kawan Aisya di sekolah. Kelulusan visa dapat selesai dengan mudah dan cepat.

Sepanjang hari dari Subuh sehingga dalam perjalanan, saya tak putus-putus berzikir. Risau juga hati ini. Pertama kali saya naik flight seorang diri dengan budak-budak, dan ditambah lagi dengan keadaan saya yang sedang mengandung. Apa yang saya mampu adalah berserah pada Allah.

Nasib baik penerbangan dari Senegal ke New York agak pendek iaitu selama 8 jam tanpa henti (berbanding 17 jam Senegal ke Malaysia tak termasuk waktu transit).

Kalau diikutkan, semua penerbangan untuk ke New York dari Senegal akan melibatkan pemeriksaan keselamatan untuk semua beg. Tapi Alhamdulillah bila sampai sahaja giliran kami, beg kami tak perlu dibuka dan diperiksa. Saya juga tak perlu buka kasut dan body search saya sangat senang dan ala kadar berbanding dengan orang lain.

Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang, cabin crew untuk penerbangan ke New York tak ramai. Agak sukar sedikit saya nak minta tolong.  Alhamdulillah timing Alya nak susu selalunya tepat pada masa crew kurang sibuk. Saya boleh minta air suam tanpa bangun dari tempat duduk saya kerana timing Alya nak susu bukan waktu mereka sediakan makanan.

Tapi Aira mula sakit perut dan pucat apabila ada turbulance. Aira asyik sangat menonton movie dan main game dalam kapal terbang sehinggakan tak makan nasi. Aira cuma makan kek sahaja. Mungkin itu adalah punca kenapa Aira sakit perut.

Untuk melegakan sakit perut dan mabuk Aira, saya mengambil keputusan untuk memberi Aira minum Coca Cola (Coke). Malangnya, timing Aira nak minum Coke bukanlah masa yang sesuai sebab semua crew sedang sibuk menguruskan makan petang. Kami terpaksa menunggu lama untuk Aira dapat Coke. Saya pula tak dapat nak bangun dan ambil air Coke sendiri di pantry kerana Alya sedang tidur di atas pangkuan saya. Takut juga saya masa tu kalau-kalau Aira muntah. Aira memang mudah mabuk sejak dari kecil lagi. Nasib baik Aira boleh bertahan dan sabar menunggu.

Sampai sahaja di New York, saya perlu mendukung Alya sehingga sampai ke tempat mengambil beg kerana stroller hanya boleh diambil di situ. Saya tak dapat nak baby wearing Alya disebabkan perut saya dah semakin besar. Jauh betul perjalanan nak melepaskan imigresen. Sakit juga tangan saya mendukung budak kecik ni. Lenguh tangan terasa sampai 2 hari!

Dugaan seterusnya adalah untuk mengambil beg. Saya memang sengaja travel dengan satu beg sahaja supaya senang saya nak handle selain nak tolak stroller Alya. Alhamdulillah ada yang membantu untuk mengangkat beg saya daripada conveyer belt. Aira juga tolong saya untuk menolak stroller.. : )

                                    
                                    
                                         (Alya tercengang jumpa papa yang dah lama tak jumpa)

Alhamdulillah, semuanya lancar dan kami selamat sampai untuk melawat Encik Suami... Dugaan seterusnya adalah perjalanan pulang ke Dakar, Senegal sebab Encik Suami masih perlu meneruskan tugas di New York.

                         

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini.. Amin.























5 comments:

  1. Salam Nadia,
    Kaknita boleh bayangkan betapa susah hatinya berjalan sendrian dgn anak2 comel nih . Apa2 pun InsyaAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kak Nita atas doa..tula,memang susah hati sangat..tapi Alhamdulillah semuanya selamat..: )

      Delete
  2. Terima Kasih Kak Nita atas doa..tula,memang susah hati sangat..tapi Alhamdulillah semuanya selamat..: )

    ReplyDelete