About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, November 17, 2014

Travel pulang ke Dakar

Alhamdulillah, dengan berkat doa keluarga dan kawan-kawan, saya dan anak-anak telah selamat pulang ke Dakar dari New York.

Anak-anak dara saya lebih bersedia kali ini selepas pengalaman kami travel tanpa Encik Suami untuk ke New York sebelum ini. (link post New York)  Aira dan Aisya pandai jaga diri dan banyak membantu, Alhamdulillah.

                                    

                             

                                           

( Sedih nak meninggalkan papa...Alya pula tidur masa tu, tak dapat nak peluk cium papa...)

Pengalaman kali ini berbeza sedikit berbanding dengan perjalanan sebelum ini. Kalau sebelum ini kami bertolak pada waktu siang, kali ini kami bertolak pada waktu malam pula (waktu tidur). Masa yang berlalu tak terasa sangat bagi anak-anak kerana mereka tidur sepanjang perjalanan. 

Tapi bagi saya, ia sangat memenatkan kerana saya cuma tidur-tidur ayam sahaja. Alya terpaksa tidur di atas pangkuan saya yang sempit kerana saiz perut yang makin membesar. Kapal terbang untuk pulang ke Dakar ini tak ada bassinet untuk bayi. Maka, semua pun tidur berhimpit-himpit. Macam-macam style tidur anak Dara saya. Tapi saya tak berpeluang untuk mengambil gambar kerana kekangan tangan memengang Alya...huhu...

Yang paling lasak adalah Aira! Sekejap kaki dia kat muka Aisya. Ada ketika tu, dia peluk muka Alya macam peluk bantal! Mujur saya tak tidur...Nasib baik tak lemas Alya.

Disebabkan saya sedia tahu yang saya akan sakit-sakit badan sebab tak akan dapat tidur sepanjang perjalanan, saya sudah bersiap-sedia untuk menelan paracetamol sebaik sahaja kapal terbang mula bergerak. Ini supaya muscle badan saya lebih relaks. 
(Disclaimer: Ini sekadar pengalaman peribadi saya. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya anda bercadang untuk buat perkara yang sama.)

Alhamdulillah Aira dan Aisya dah besar.. Dah pandai tolong mama. Aira tolong temankan Aisya pergi toilet dan juga tolong bilaskan botol susu Alya. Terima kasih Aira!

Perjalanan kali ni saya cuma bawa bekal susu formula yang sudah siap dibancuh. Tak perlu saya nak minta air suam pada crew. Cuma perlu tuang sahaja ke dalam botol susu. Susu ini saya beli semasa di New York. Mudah sangat guna susu ni. 


Semuanya bermula aabila saya tertinggal susu Alya di apartment kami semasa keluar berjalan-jalan di New York. Saya terpaksa beli dan cuba susu ni. Alhamdulillah, Alya minum tanpa sebarang masalah walaupun susu ini tak suam.

Susu macam ni ada juga di jual di Dakar, Senegal tapi jenama lain dan bukan bentuk macam ini. Di sini ada susu yang botolnya macam botol susu beserta dengan puting. Yang macam Enfamil ni senang, rasa susunya pun Alya suka.

Disebabkan saya mengandung, doktor gynea saya menasihatkan saya untuk memakai stokin khas untuk mengelakkan Deep Vein Thrombosis atau DVT. Saya lupa nak ceritakan tentang stokin ini dalam post saya sebelum ini. Stokin ini dipakai untuk mengelakkan untuk mengelakkan darah beku disebabkan kita kurang bergerak semasa dalam penerbangan. Travelling dalam penerbangan jarak jauh semasa mengandung juga berpotensi untuk meningkatkan risiko DVT yang boleh membawa kepada stroke. http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_vein_thrombosis

                                                 
                      (Perbezaan stokin DVT..yang panjang tu stokin DVT, yang pendek adalah stokin biasa)

Perbezaannya memang terasa. Semasa perjalanan ke New York hari tu kaki saya tak terasa cramp, tapi kali ni terasa cramp bila sampai di Dakar. Saya juga perlu menggunakan stokin ini bila pulang dari Malaysia ke Dakar selepas pantang nanti. Tetapi, disebabkan terlalu sibuk mengemas barang nak balik Dakar, saya terlupa tentang stokin dan tertinggal. Nampaknya terpaksalah saya beli sepasang lagi.

Di Airport Dakar, kami terpaksa turun tangga kapal terbang sendiri dan semua penumpang perlu menaiki bas untuk ke airport. Jenuh juga la saya nak mendukung Alya dengan kaki yang terasa sakit nak turun tangga yang menjunam tu.  Alhamdulillah ada yang baik hati berikan saya tempat duduk dalam bas.

Akhir kata, pengalaman semasa di New York cukup manis. Namun saya terpaksa berdepan dengan realiti perlu berjauhan dengan Encik Suami untuk beberapa ketika lagi. Walaubagaimanapun, Saya bersyukur perjalanan pulang  kami ke Dakar berjalan dengan lancar. Sekali lagi, terima kasih kepada semua sahabat dan kaum keluarga yang mendoakan kami. 

                                 

                                   ( My three Charlie Angles...selamat sampai ke Dakar )





4 comments:

  1. Assalamualaikum Nadia,
    Alhamdulillah semuanya dah selamat sampai...and thanks for sharing ya!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Kak Nita, Alhamdulillah semuanya selamat..terima kasih for your doa..: )

      Delete
  2. Ya Allah Nadia...Alhamdullilah!
    Kuat semangat & Allah permudahkan segala urusan..
    Take care dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...Alhamdulillah Kak Yong...Thank You!

      Delete