About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Wednesday, May 18, 2011

tanda2 sudah panas

Apa tanda2 sudah mula musim panas?

1. Subuh semakin awal...maghrib semakin lewat.

Maknanya waktu siang semakin panjang. Subuh jam 3.35am (pagi tu)..by the time 4.30am, air paip sudah mula rasa suam..hari sudah mula terang macam jam 7am waktu malaysia..malam hari kene pastikan semua langsir tertutup rapat, jangan sampai boleh masuk cahaya..kalau tidak, nanti anak-anak terjaga awal lepas tu Aira tak nak tidur semula sebab dia kata dah siangla mama..padahal baru jam 6 pagi okay!!..Yang tak best tu..bila subuh awal, kene tidur balik selepas subuh, bila sudah tidur..memang liat nak bangun balik untuk siapkan breakfast.

Bila terang makin awal pagi, maknanya matahari terik akan makin awal juga..jam 10 am tu matahari sudah mula nak tegak..terik..air paip pun mulala rasa panas..so, tak boleh mandi lewat-lewat..memang tak boleh mandi jadinya..untuk budak-budak ni memang susah. Dah la kat sini tak ada kolah..semua shower ngan bath tub jer..so, penyelesaiannya..sebelum mandi perlu isi air dalam bath tub dulu supaya sejuk.

Maghrib pula jam 6.10 pm pada awal bulan..hujung bulan ni maghrib jam 6.26pm..semakin lewat..adoi..tak taula macam mana bulan Ramadhan ni, memang menduga iman. Sebab subuh makin awal, maghrib pulak makin lewat.

2. Matahari terlalu terik

Kalau nak buka pintu rumah jer..kene make sure dah pakai cermin mata hitam..kalau tidak..adoi, migrane ler..memang terik..Last week..saya bangun dari tidur selepas tidur semula (hehe)..jam 730am..terus masuk dapur..dapur plak tak ada langsir tebal..adoi terus masuk mata..terus rasa nak pitam..sampai begitu sekali lah..


Losyen, vesaline..semua stok jenis losyen kene ada..sun block untuk budak2 ni main petang..vesaline pada bibir..Air bekal kemana-mana sahaja mesti bawa.

3. Suhu meningkat

okay, sekarang ni baru nak mula musim panas..suhu baru mencecah 41C or haritu sampai 44C..Angin memang ada, tapi angin panas..hujan?..no,no,no..tak akan ada hujan sampai la habis musim panas nanti..bulan hadapan mungkin boleh sampai 55C..Sekarang ni, setiap petang swimming pool memang sentiasa ada orang..tak payah bawa baju tukar..lepas swim boleh terus jalan kaki balik rumah..dah kering..kalau dah masuk dalam pool memang terasa tak nak keluarla..:)..but not for aisya..hehe..dia takut..:p

Yang tak best tu..mulala semua aircond mula mogok..semua orang complain..kereta pun time ni la..rumah pun sama..agaknya sebab kerja berat secara tiba2 kot.


No comments:

Post a Comment