About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Friday, July 31, 2015

Koleksi benang crochet saya.

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang koleksi benang crochet saya.


Saya suka mengasingkan jenis-jenis benang mengikut projek yang berbeza. Tidak semua benang boleh diguna pakai sesuka hati untuk semua projek.

Contohnya untuk amigurumi saya akan guna benang yang berbeza dengan doily dan juga selimut. Saya juga membezakan jenis benang yang saya gunakan untuk selimut baby dengan selimut biasa. Untuk selimut baby saya suka gunakan "Baby Yarn" yang khas untuk baby.

Selain itu, saya juga gemar mengumpul benang dari setiap tempat yang pernah saya lawati. Koleksi benang yang saya ada sekarang ini saya kumpul dari pelbagai tempat. Ada yang saya beli di Malaysia, Bahrain, London, New York dan juga Senegal.

Di Malaysia, banyak benang saya beli adalah benang jenama Minlon. Benang Minlon murah dan senang untuk didapati sesuai digunakan untuk belajar dan berlatih.

Di Bahrain pula saya banyak kumpul benang jenis wool untuk crochet amigrumi. Sepanjang 3 tahun berada di Bahrain, saya telah mengambil peluang untuk mengumpul pelbagai jenama dan jenis wool yarn.

Di Bahrain juga saya mula crochet menggunakan "cotton thread". Tapi saya tak berkesempatan untuk membeli banyak warna benang jenis cotton thread ini. Dulu saya tak pandai sangat  crochet guna benang halus ni. Pada ketika itu, saya sangka kita hanya boleh crochet doily sahaja menggunakan benang halus. Apabila dah sampai Senegal barulah saya belajar untuk crochet applique dan saya suka hasil applique menggunakan benang halus.


Di Senegal pula, saya jumpa "cotton thread ball" yang lebih tebal berbanding di Bahrain. Saya bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Kali ini bila jumpa saja benang yang saya berkenan, saya borong beli berkotak-kotak..hehehe.


Dsebabkan di Senegal susah untuk mendapatkan bekalan benang crochet, semasa bercuti di London tahun lepas saya tidak lepaskan peluang untuk membeli benang "Cotton Yarn" yang lama saya inginkan. Lama juga saya simpan benang ni sebab sayang nak guna. Tapi akhirnya, saya gunakan benang ini untuk dijadikan selimut. Benang jenis ini sangat lembut. Agak susah untuk crochet gunakan benang ini. Oleh sebab itu, saya perlu lebih cermat dan berhati-hati.

Semasa melawat Encik Suami di New York pada bulan Oktober yang lepas, saya juga sempat untuk membeli benang wool acrylic jenama "Vanna's Choice" daripada Lion Brand. Satu kotak jugalah saya borong. Selain itu, Encik Suami saya juga dengan baik hatinya membelikan untuk saya benang "Sugar & Cream" dan "Bernat Cotton De Lux".


Saya juga suka untuk susun semua benang-benang saya mengikut klasifikasi masing-masing.

Setakat ini, saya ada :



1. "Cotton Crochet Thread" :  Saya gunakan benang jenis ini untuk crochet doily, applique untuk
   dilekatkan pada baju, topi, ataupun beg.


2. "Cotton Yarn" :  Saya gunakan benang jenis cotton ini untuk selimut, granny square dan kadang-kadang untuk amigurumi.


3. "Wool Yarn" :  Saya gunakan benang jenis ini untuk pelbagai guna. Jenis benang ini sangat senang untuk diurus. Sekiranya saya baru belajar teknik crochet yang baru, saya biasanya akan gunakan benang ini kerana ianya sangat mudah diurus berbanding dengan "cotton yarn". Projek-projek yang saya buat menggunakan benang ini adalah seperti granny square, amigurumi dan crochet cushion cover dan Amigurumi.


4. "Baby Yarn": Saya suka gunakan benang jenis ini untuk selimut dan barang-barang baby seperti booties.



Selain koleksi benang, saya juga ada beberapa buah buku crochet yang saya kumpul. Buku-buku saya ada yang saya beli di Bahrain dan Malaysia. Ada juga buka yang Encik Suami belikan di New York. Selain buku, di Senegal ni senang nak dapat majalah crochet. Cuma semua majalah yang dijual adalah dalam bahasa Perancis. Tapi dengan bantuan diagram crochet, dapatlah saya guna juga majalah crochet yang dibeli di sini. 

Selain buku dan majalah, saya juga suka untuk print dan simpan pattern daripada internet. Saya kumpulkan pattern yang saya suka di dalam folder biru polkadot. Ada juga pattern yang saya tak print cuma simpan didalam folder email dan rujuk ipad apabila hendak crochet.

Setakat ini sahaja koleksi buat masa ini. Saya harap dapat mengembangkan lagi koleksi saya ini pada masa akan datang. Cuma satu masalah yang perlu saya fikirkan....mana saya nak letak semua benang-benang ni nanti? Oleh itu saya perlu berusaha lebih untuk crochet.

Let's get ready to crochet!!


No comments:

Post a Comment