About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Sunday, July 12, 2015

Juadah Ramadan : Puding Jagung

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Ramadan Kareem kepada kawan-kawan semua. Selamat Menyambut Bulan Puasa dari kami sekeluarga.

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini saya tidak berkesempatan untuk menulis blog. Kesibukan melayan anak-anak serta beribadah di bulan Ramadan ini membantutkan tempo penulisan blog saya. 

Sebahagian besar kesibukan ini adalah kerana tahun ini merupakan tahun pertama Aisya mula untuk belajar berpuasa. Bulan puasa pada tahun ini jatuh pada cuti Summer Holiday. Melayan anak-anak menjadi tugas utama. Tambahan pula, Alya juga semakin lasak dan Mahathir makin kuat menyusu.

Pada minggu pertama berpuasa, susu badan saya kurang secara tiba-tiba. Susah hati juga saya, Mahathir asyik merengek. Saya cuba berusaha dengan makan lebih dan menambah intake vitamin. Alhamdulillah susu semakin bertambah dan Mahathir pun kurang merengek.

Selain dengan sibuk dengan anak-anak kecil dan anak-anak yang baru belajar berpuasa, saya juga sedang sibuk dengan projek Ramadan bersama Aira dan Aisya iaitu "Charity Shorts and Skirts for the Homeless". Projek ini sebenarnya diilham oleh Aira. Dia selalu melihat kanak-kanak yang berpakaian compang-camping di sekitar kawasan rumah kami, Oleh itu, Aira berhasrat untuk mendermakan seluar pendek dan skirt kepada mereka. Aira dan Aisya sungguh gigih membantu saya menggunting pattern. InsyaAllah saya akan ceritakan kisah ini dalam post yang lain nanti.

Ok, kembali kepada tujuan utama post saya hari ini. Saya ingin berkongsi resepi puding kegemaran Encik Suami...Puding jagung!

Bermacam-macam resepi sudah saya cuba, akhirnya resepi dari blog Puan Madihaa juga yang membuatkan saya berjaya. Sebelum ini, saya cuba buat tapi tidak pernah menjadi. Adalakalanya keras ataupun lembik dan kadang-kadang tidak masak. Tapi dengan merujuk blog Dari Dapur Madihaa akhirnya puding jagung saya menjadi...yeay!!! Terima Kasih Madihaa.







PUDING JAGUNG


Bahan-bahan:

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair 

3 cawan air 

1 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan tin yang sama dengan jagung)

1 1/2 cawan tepung kastad  (saya gunakan tin yang sama dengan jagung)

Cara- cara memasak:

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata.

2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hinggalah masak (kental & berkilat). 

3. Masukkan ke dalam loyang atau talam. 

4. Bila sejuk masukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.


Kami sekeluarga makan puding jagung ini dengan buah strawbery. Musim buah strawbery hampir habis di Senegal ni. Alhamdulillah kami sempat beli dan dapat makan bersama puding jagung ni.


Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment