Tuesday, July 21, 2015

Aidilfitri di Senegal

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua.


Ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga beraya di Senegal. Sama seperti tahun lepas, Aidilfitri di Senegal disambut secara sederhana. Kuih raya tahun ini semuanya homemade; honey cornflakes, chocolate chip cookies dan kuih kegemaran Aira, kuih sarang semut. Saya cukup bertuah kerana tahun ini kedua-dua pembantu khas saya, Aira dan Aisya cukup rajin menghulurkan bantuan. Tahun ini juga ada 'pengacau raya' iaitu Alya. Berkecah dapur dibuatnya. 

Selain kuih raya, kami juga buat cupcake raya. Buttercream untuk cupcakes ini agak comot, almaklum lah banyak tangan yang membuatnya.



Tahun ini juga saya gembira sebab dapat menjahit baju raya anak-anak. Buat pertama kalinya saya berjaya eksperimen baju kurung peplum untuk anak-anak dara saya. Selain itu saya juga turut berjaya jahit baju melayu rompers untuk anak teruna saya, Mahathir. 

Ini adalah kali pertama saya menjahit baju untuk anak lelaki. Alhamdulillah, ada yang baik hati berkongsi pattern baju melayu rompers ni di group Dunia Jahitan & Buku Jahitan (Facebook).



Bergambar sebelum solat raya.

Adakah ini tahun terakhir kami beraya di Senegal? Allah juga Maha Mengetahui.

Selamat hari raya minal aidil walfaizin.

No comments:

Post a Comment