Wednesday, May 21, 2014

Resepi Roti Murtabak: Menu Bekal Anak ke Sekolah

Memandangkan entri Merancang Jadual Bekal Anak ke Sekolah mendapat sambutan yang luar biasa (terkejut saya dengan jumlah pageview post tu), hari ni saya akan berkongsi resepi salah satu menu untuk bekal anak ke sekolah.

Menu ini bukan sahaja sesuai untuk  bekal anak ke sekolah, malah ia juga sesuai untuk bekal ibu dan bapa juga.

Waktu memasak hanya dalam 10- 20 minit sahaja dan cara memasak adalah dengan menggoreng.

Bahan-bahan

Roti putih
3 biji telur
2 sudu makan mayones
Daging cincang (ataupun ayam cincang)
Bawang besar yang di potong dadu
Cili bengala merah / kuning / hijau di potong dadu
1 sudu kecil spreadable cheese
Garam secukup rasa
Sedikit butter dan minyak untuk menggoreng (saya campur minyak dan butter)



Cara Memasak:

1. Satukan daging/ayam cincang dan bawang besar ke dalam kuali dan masak sedikit sahaja. Tips: Anda boleh juga gunakan daging burger kalau tak ada daging/ayam cincang. 

2. Masukkan daging yang telah dimasak sedikit itu ke dalam bekas bersama telur.



3. Masukkan cili benggala, mayones dan juga spreadable cheese. Masukkan sedikit garam. 

Tips: Untuk menjimatkan masa, anda boleh memotong bahan-bahan seperti bawang dan cili benggala lebih awal (misalnya malam sebelum) dan disimpan di dalam peti ais. 

4. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati.



5. Celup roti ke dalam adunan tersebut dan kemudian goreng di atas kuali leper (saya campurkan minyak dan butter). Seterusnya sudu inti di atas roti.

Tips: Pastikan minyak masak tidak terlalu banyak digunakan semasa menggoreng untuk menggelakkan ia menjadi lembik dan tidak garing.


6. Balikkan roti apabila bahagian dasar roti telah garing. Angkat dan tos.

Sedia dinikmati bersama sos kegemaran.


Saya bekalkan Aira bersama sedikit sos cili campurkan sos tomato. Buah adalah bekal wajib untuk setiap hari. Hari ini saya bekalkan bersama oren mandarin dan juga sebiji epal untuk alas perut sebelum aktiviti selepas sekolah (After school Activities).


Makanan dari rumah adalah yang terbaik!

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment