Friday, April 11, 2014

Makanan Segar vs Makanan Segera (Fresh Food vs Fast Food)

Dakar, Senegal  memang banyak kekurangannya berbanding dengan Malaysia. Jalan raya tak besar dan tak berapa cantik, kualiti air yang jauh berbeza daripada Malaysia, tak ada banggunan besar dan banggunan tinggi, kurang shopping complex ( ada satu je mall yang besar) tapi yang paling best ....tak ada McDonalds, tak ada KFC.

Kenapa saya katakan "BEST"? .Sebab ketiadaan McDonalds/KFC menjadikan tempat ni sesuai untuk besarkan anak-anak.

Bukan tak ada langsung kedai makanan segera kat sini. Cuma yang ada jenama tempatan ala-ala ayam goreng KFC. Rasanya tak kene dengan selera saya dan anak-anak.

Memang tak dapat dinafikan, kadang-kadang anak-anak memang bertanya mana McD? KFC?
Bila ditanya "kenapa nak beli McD dan KFC sedangkan mama boleh masak burger, fries, dan ayam goreng kat rumah..kat rumah?"

Jawapannya "tapi kitorang nak toys"... Erm, bukan beli sebab nak makan, rupanya nak toys.

Di sini, Alhamdulillah kami banyak makan makanan yang lebih segar, homecooked dan makan lebih banyak buah-buahan segar.

Di rumah saya akan sediakan bakul buah di atas meja makan. Bakul buah ini akan sentiasa dipenuhi dengan buah- buahan segar. Saya akan pastikan anak-anak akan bawa ke sekolah sekurang-kurangnya satu jenis buah setiap hari sebagai snack mereka.


 Di sini, buah-buahan dan sayur-sayuran banyak dijual di tepi jalan. Tak sampai 500 meter, akan jumpa gerai buah dan sayur. Yang seronoknya, buah dan sayur yang dijual semua kelihatan segar.









Saya bergambar dengan tuan kedai sayur yang selalu kami langgani

Sekali-sekala saya akan biar anak-anak yang memilih buah-buahan yang mereka nak makan.

Aira dan Aisya seronok dapat pilih buah-buahan kegemaran mereka

Alhamdulillah, walaupun Senegal tak semoden Malaysia dan Bahrain, kami bersyukur dapat tinggal di tempat yang dapat menukarkan diet kami ke arah yang lebih sihat..

An apple a day keeps the doctor away!!

No comments:

Post a Comment