Ingat lagi post WIP saya sebelum INI?....Yup, mainan baru untuk Alya dah siap, yeay!!
Baby mudah tertarik dengan objek yang bergerak, contohnya bola. Biasanya baby akan cuba untuk ambil bola yang berada di depan mereka dan mula untuk bergerak atau mengensot ke arah bola yang pastinya akan bergerak makin jauh ke hadapan apabila disentuh. Aktiviti ini akan menggalakkan anak-anak untuk mengensot ataupun merangkak. Seronok bila tengok Alya bermain dengan bola terutamanya bola yang warnanya terang.
Yup, bola baru ni bukan sahaja untuk Alya tapi sesuai juga untuk kakak. Ia bukan bola biasa yang hanya boleh diguling malah ia juga adalah puzzle ball... best kan? 2 in 1.
And I think it's yummy too..
Ada dua cara yang boleh kita gunakan untuk buat bola Amish ni. Cara pertama adalah dengan menggunakan fabrik dan jahit. Cara kedua adalah dengan menggunakan teknik crochet.
Ahaa, pastinya saya pilih crochet!!
Pada saya crochet lebih mudah kerana saya boleh crochet sambil luangkan masa teman Alya atau menonton TV bersama anak-anak berbanding menjahit. Untuk menjahit saya terpaksa duduk di depan mesin jahit untuk jangka masa yang lama... huhu.
Pattern asal bola Amish ini adalah daripada Dedri. Terima Kasih Dedri.
Bola ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh di buka dan di pasang semula dengan mudah. Boleh juga kalau kita nak jahit ketiga-tiga bahagian ini supaya si kecil tidak dapat pecahkan bola Amish ni tapi pada saya ia bukanlah dinamakan puzzle kalau bola ni melekat kan...
Cara-cara membuat Bola Amish
Bahan-bahan
4mm hook crochet
Benang kait pelbagai warna (terpulang berapa jenis warna yang ingin digunakan)
Jarum jahit
Stuffing
Bina 12 Wedge
Boleh gunakan pelbagai warna ataupun hanya satu jenis warna.
1. Ch 2. Sc x 3 dalam 2nd ch dari hook. Ch 1 dan pusing. (4)
2. Sc inc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (7)
3. *Sc inc, sc* x 3. Ch 1 dan pusing (10)
4. *Sc inc , 2 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (13)
5. *Sc inc, 3 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (16)
6. *Sc inc, 4 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (19)
7. *Sc inc, 5 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (22)
8. *Sc inc, 6 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (25)
9. *Sc inc, 7 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (28)
10. *Sc inc, 8 x sc* x 3. Ch 1. (31)
Lipat dua dan sambung dengan 9 sc. Sc sepanjang bahagian tepi melalui kedua-dua lapisan. Apabila sampai hujung penghabisan, ch 1 dan fo.
Cara sambungkan semua segment
Jika gunakan warna benang yang baru, mulakan dengan slipknot pada hook.
Sambungkan 4 wedges pada setiap rantai lids. Mulakan dari sebelah kiri, bergerak ke bawah dan teruskan di sebelah kanan bergerak ke atas.
Letakkan wedge pertama di belakang lid pertama di sebelah kiri dan masukkan hook menerusi st pertama chain pertama 'lids' dan st pertama bukaan wedges berkenaan. Buatkan sc melalui kedua-dua lapisan. Teruskan dengan setiap barisan dan st kedua-dua lapisan menggunakan cara ini sehingga anda membuat 15 sc.
Sambungkan wedge yang lain pada lid nya dengan cara yang sama dan teruskan sehingga anda selesai satu sebelah 4 wedges dan lid mereka.
Seterusnya, anda perlu 'menutup' wedges berkenaan. Masukkan hook ke dalam st lid keempat (terakhir) dan st wedge keempat dan buatkan sc. Teruskan pada setiap baris dan st. Sambil itu, anda boleh masukkan stuffing. Teruskan sehingga selesai 15 sc di sepanjang setiap sebelah 4 wedges berkenaan. Apabila sampai di st yang terakhir pada wedge yang pertama, sambungkan st pertama dengan sl st dan fo. Gunakan lebihan benang untuk menyambungkan tip wedges yang pertama dan terakhir.
Ulang langkah untuk ketiga-tiga rantai lids dengan 4 wedges bagi setiap rantai.
Apabila semua segment telah diisi dengan stuffing, bolehlah kita membina puzzle ball.
Stuffing
Bola Amish ini memerlukan stuffing yang banyak. Pastikan ia diisi dengan stuffing yang banyak. Perlu diingat bahawa bola ini boleh mengembang (strecth over time). Jika bola diisi dengan stuffing yang sedikit, bola tidak akan disambung dengan baik selepas dimain oleh si kecik. Jangan juga diisi terlalu banyak menyebabkan bola berlubang.
Membina Bola Amish

Amish Puzzle ball, fun to make and fun to play!!

Saya gunakan terminologi US
Ch
|
Chain
|
Sc
|
Single crochet
|
Sc inc
|
Single Crochet Increase- 2 sc dalam st yang sama
|
St
|
Stitch
|
Sc2tog
|
Single crochet 2 bersama (sc desrease)
|
fo
|
Fasten off
|
Bina 12 Wedge
Boleh gunakan pelbagai warna ataupun hanya satu jenis warna.
1. Ch 2. Sc x 3 dalam 2nd ch dari hook. Ch 1 dan pusing. (4)
2. Sc inc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (7)
3. *Sc inc, sc* x 3. Ch 1 dan pusing (10)
4. *Sc inc , 2 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (13)
5. *Sc inc, 3 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (16)
6. *Sc inc, 4 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (19)
7. *Sc inc, 5 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (22)
8. *Sc inc, 6 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (25)
9. *Sc inc, 7 x sc* x 3. Ch 1 dan pusing (28)
10. *Sc inc, 8 x sc* x 3. Ch 1. (31)
Lipat dua dan sambung dengan 9 sc. Sc sepanjang bahagian tepi melalui kedua-dua lapisan. Apabila sampai hujung penghabisan, ch 1 dan fo.
Bina 3 rantai "lids"
1. Ch 2. Sc inc dalam 2nd ch dari hook. Ch 1 dan pusing. (3)
2. Sc dalam setiap st. Dh 1 dan pusing. (3)
3. Sc inc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (5)
4. Sc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (5)
5. Sc inc, 2 x sc, sc inc. Ch 1 dan pusing. (7)
6 - 9. Sc inc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (7)
10. Sc2tog, 2 x sc, sc2tog. Ch 1 dan pusing. (5)
11. Sc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing. (5)
12. Sc2tog x 2. Ch 1 dan pusing. (3)
13. Sc dalam setiap st. Ch 1 dan pusing (3)
14. Sc2tog.
Ulang langkah 1-14 tiga kali. Kita akan dapat 4 lids dalam satu rantai.
Pada setiap lid yang terakhir dari satu rantai, ch 1 dan fo.
Tip: Jika hendak menggunakan warna yang sama untuk menyambungkan lid kepada wedge, jangan fo. Sambung dengan langkah seterusnya.
Bahagian yang telah siap untuk disambung. 3 rantai lid dan 12 wedge.
Cara sambungkan semua segment
Jika gunakan warna benang yang baru, mulakan dengan slipknot pada hook.
Sambungkan 4 wedges pada setiap rantai lids. Mulakan dari sebelah kiri, bergerak ke bawah dan teruskan di sebelah kanan bergerak ke atas.
Letakkan wedge pertama di belakang lid pertama di sebelah kiri dan masukkan hook menerusi st pertama chain pertama 'lids' dan st pertama bukaan wedges berkenaan. Buatkan sc melalui kedua-dua lapisan. Teruskan dengan setiap barisan dan st kedua-dua lapisan menggunakan cara ini sehingga anda membuat 15 sc.
Sambungkan wedge yang lain pada lid nya dengan cara yang sama dan teruskan sehingga anda selesai satu sebelah 4 wedges dan lid mereka.
Seterusnya, anda perlu 'menutup' wedges berkenaan. Masukkan hook ke dalam st lid keempat (terakhir) dan st wedge keempat dan buatkan sc. Teruskan pada setiap baris dan st. Sambil itu, anda boleh masukkan stuffing. Teruskan sehingga selesai 15 sc di sepanjang setiap sebelah 4 wedges berkenaan. Apabila sampai di st yang terakhir pada wedge yang pertama, sambungkan st pertama dengan sl st dan fo. Gunakan lebihan benang untuk menyambungkan tip wedges yang pertama dan terakhir.
Ulang langkah untuk ketiga-tiga rantai lids dengan 4 wedges bagi setiap rantai.
Apabila semua segment telah diisi dengan stuffing, bolehlah kita membina puzzle ball.
3 bahagian bola yang telah siap
Stuffing
Bola Amish ini memerlukan stuffing yang banyak. Pastikan ia diisi dengan stuffing yang banyak. Perlu diingat bahawa bola ini boleh mengembang (strecth over time). Jika bola diisi dengan stuffing yang sedikit, bola tidak akan disambung dengan baik selepas dimain oleh si kecik. Jangan juga diisi terlalu banyak menyebabkan bola berlubang.
Membina Bola Amish
2 Bahagian telah disambungkan. Ia adalah permainan puzzle...cuba selesaikan sehingga bola terbentuk.
Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment