Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi menu bekal anak ke sekolah. Menu hari ini adalah Sardin Roll. Menu ini lengkap dengan daging, ikan dan juga sayur. Saya gunakan daging sosej untuk tutorial ini, kalau nak tukarkan daging sosej dengan ayam rebus pun boleh juga.
Bahan-bahan:
Mentega/ butter
Ikan sardin tin (sos tidak gunakan)
Salad
Tomato
Bawang besar yang dipotong dadu
Daging sosej
Roti Tortillas
Cheese
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan ikan sardin serta hancurkan ikan tadi dan kacau rata hingga sedikit kering.
2. Masak daging sosej digoreng ataupun direbus. Potong daging sosej memanjang seperti dalam gambar di bawah.
3. Panaskan roti tortilla di dalam kuali leper. Sekejap sahaja, tanpa minyak.
4. Susun roti, salad, cheese, ikan sardin yang telah masak, serta tomato seperti dalam gambar di bawah.
5. Gulungkan roti. Kalau roti sedikit panas, cheese akan cair dah akan melekat apabila di gulung. Sekiranya takut gulungan terbuka, bolehlah diikat dengan sayur kucai ataupun daun bawang.
Sedia untuk bekal anak-anak.
Biasanya saya akan bekalkan anak-anak saya bersama dengan potongan buah.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.
Sehingga kita berjumpa di post yang akan datang.
Makanan dari rumah adalah yang terbaik!
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment