Thursday, April 23, 2015

Idea Dress Up Anak Lelaki: Interchangeable Bowtie

Assalamualaikum semua,

Dulu masa ada tak ada anak lelaki, saya rasakan hanya baby girl je yang dapat main dress up dan dapat pakaikan macam-macam jenis baju. Baby girl boleh pakai baju dress, skirt...semua yang comel-comel selalunya dikaitkan dengan anak perempuan.

Semenjak ada rezeki dapat anak lelaki ni, mata saya sudah mula tertarik dengan fashion untuk kanak-kanak lelaki. Mata saya sudah mula nampak pattern kain untuk boys ni comel, contohnya kain bentuk kereta, bola, dinosaur. Alhamdulillah, dapat juga saya merasa nikmat ini.

Kali ini, saya nak berkongsi salah satu cara saya dress up anak teruna saya, Mahathir. Interchangeable bowtie!!! Comel sangat!!! Kakak-kakak Mahathir dapat kumpul sepit rambut, tiara, jadi apa salahnya kalau Mahathir ada koleksi bowtie kan!!



Idea asal ini adalah daripada Ashley (Make it and Love it). Terima Kasih Ashley.

Projek ini, mudah sangat dan hasilnya sangat comel. Cuma perlukan t-shirt onesie baby, perca kain dan juga butang snap.

Untuk projek ini disebabkan saya tak ada butang snap KAM, saya gunakan butang snap jahit sahaja.


Pada bahagian belakang tshirt tempat dijahitkan butang, saya tampal serpihan kain cotton putih untuk mengelakkan tshirt tertarik dan terkoyak bila butang dibuka pakai.



Untuk melengkapkan, saya juga jahitkan dummy suspender pada onesie Mahathir. Kalau ikutkan tutorial asal lagi cantik dan perlukan "fastener" tapi malangnya saya tak ada itu semua. Maka saya tukarkan dan hanya jahit simple suspender sahaja.


Saya buat 2 set untuk Mahathir, satu size baju yang boleh diguna sekarang dan lagi satu untuk saiz enam bulan.


Untuk Bowtie pula, saya sediakan 4 jenis bowtie yang boleh ditukar-tukar. Sekarang Mahathir dah boleh dress up macam kakak-kakak juga.


We love you Mahathir!


Make with Love,

Nadia

Tips travel dengan anak kecil

Assalamualaikum.

Saya suka travel. Kalau tak suka pun, kerjaya En Suami sememangnya membuatkan kami sekeluarga terpaksa travel. Sejak lima tahun yang lepas, kami sekeluarga telah merantau merentasi beberapa benua. Mulanya di Asia Barat, dan kini di Afrika Barat. Dalam masa yag sama, saiz keluarga kami juga semakin membesar (Alhamdulillah!).

London (2014)

Bagi saya, keselesaan anak-anak adalah faktor paling utama semasa travel. Ini kerana, apabila anak-anak berasa selesa, kita juga akan berasa tenang dan kurang stress. Ini seterusnya akan mengurangkan keletihan serta memberi kita lebih banyak tenaga untuk menikmati pemandangan dan suasana sepanjang perjalanan.

Saya masih ingat betapa kelam-kabutnya kami semasa mula-mula travel ke Bahrain dulu walaupun masa itu cuma ada dua orang anak sahaja. Namun, selepas beberapa kali melalui pengalaman yang sama, kami telahpun cuba untuk menambahbaik perancangan sedia ada bagi memastikan kami dapat travel dengan lancar dan selesa. Saya harap perkongsian ini akan dapat memberi anda idea untuk merancang perjalanan anda juga.

TIP 1: Pastikan anak-anak memakai pakaian yang selesa dan sesuai

Pakaian merupakan antara faktor utama untuk memastikan keselesaan anak-anak. Pakaian perlukan tidak ketat dan sesuai dengan keadaan. Pastikan juga pakaian tersebut sesuai dengan cuaca. Misalnya, sekiranya kami travel pada waktu malam, saya akan pakaikan anak-anak saya pyjamas kerana ia selesa. Anak-anak saya pun biasanya suka sebab saya khaskan pyjamas yang cantik khas untuk travel. Selain itu, jika cuaca sejuk pula, saya pastikan mereka memakai jaket yang sesuai.

Seperti didalam blog post saya "Travel in Pyjamas"

Travel dari Bahrain ke Malaysia dengan baju tidur (2012)

Travel dari Senegal ke Paris (2014)

TIPS 2: Sediakan sepasang pakaian persalinan

Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku semasa kita travel. Adakalanya anak kita mugkin akan tertumpahkan makanan atau air ke atas pakaian mereka. Ataupun lebih teruk lagi sekiranya mereka muntah. Pakaian persalinan ini akan untuk menghadapi situasi sebegini.

Dari Bahrain ke Madinah (2013)


TIPS 3: Bawa tisu basah (wet tissue/wet wipes) 




Tisu basah memang keperluan yang wajib bagi yang ada anak kecil. Bukan sahaja baby yang perlu tisu basah malah anak-anak yang sudah besar pun masih perlukan. Dengan adanya tisu basah, kerja membersih jadi lebih mudah. Kalau tak larat nak bawa tisu basah yang size besar, boleh bawa tisu basah saiz kecil ataupun nak mudah boleh juga letakkan sejumlah tisu basah yang anda rasa perlu ke dalam plastik bag zip lock.

TIPS 4: Bawa buku nota kecil dan juga pensel warna

Supaya anak-anak tidak boring dalam perjalanan ataupun menunggu, saya suka sediakan buku nota kecil setiap seorang bersertakan satu kotak warna atapun crayon. Walaupun kita boleh beri mereka telephone/tablet ataupun iPad, adakalanya gadget elektronik seperti ini boleh kehabisan bateri. Anak-anak akan terhibur dengan hanya ada kertas dan warna untuk seketika walaupun bukan untuk sepanjang jalan.

Perjalanan London ke Paris (2014) : Aisya melukis permandangan dari dalam Eurostar.

Aira menulis dan lukis journal sepanjang perjalanan

Aisya leka dengan buku nota kecil dan pensel  sementara menunggu flight pulang ke Malaysia.


TIPS 5: Bekalkan snack dan air minuman untuk anak-anak


Rasa lapar juga boleh membuatkan anak-anak meragam dan memberontak. Untuk travel, seelok-eloknya bawa biskut tawar dalam beg. Biskut jenis ini tidak mengotorkan baju. Mungkin dalam keadaan biasa, biskut tawar tidaklah sesedap mana. Tapi bila tak ada benda lain nak makan, biasanya anak-anak makan juga. Pengalaman saya, kadang-kadang sampai berebut-rebut. Kalau di rumah memang tak laku biskut jenis ni..hehe. Anak-anak saya juga suka makan buah apple. Kadang-kadang saya suka potongkan buah apple dan bawa dalam plastik zip lock.


TIPS 6: Persediaan Mental (Prepare for the Worst, Hope for the Best)

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Ada perkara-perkara di luar jangkaan dan kawalan kita. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam mungkin boleh jadi 12 jam disebabkan oleh kesesakan lalulintas, kenderaaan rosak ataupun flight delay. Yang pastinya, kita perlu pada awalnya bersedia secara mental untuk menghadapi situasi-situasi sebegini. Sentiasa fokus kepada apa yang boleh kita kawal dan cuba lakukan yang terbaik. InsyaAllah, perjalanan kita akan jadi lebih selesa dan lancar serta memberi peluang kepada kita untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Umrah (2013)


New York (2014)

(Senegal 2015)

All the best!!!

Nadia.

Friday, April 17, 2015

Aira Nadira 8 years old

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, pada 8 Mac 2015, Aira Nadira genap berumur 8 tahun. Mama loves you Aira!!

Pada tahun ini, kami sekeluarga menyambut harijadi Aira di rumah. Its a surprise party!! Kak Aira dah lama inginkan surprise party. Malah dah beberapa kali Aira scribble dalam notebook untuk plan surprise party sendiri (macam mana nak suprise kalau dah plan sendiri...hehehe).

Memandangkan hajat Aira yang sungguh besar mahukan surprise party, secara berahsia Papa  bersetuju untuk buatkan.  

Awal pagi lagi Aira dah bangun untuk kejutkan semua orang. Tapi dia agak sedih sebab tak ada apa-apa special yang kami sediakan. Bila Papa bagitau yang di kena pergi kerja pagi tu (sebenarnya nak pergi ambil kek di bakery), Aira makin monyok. 

Bila semuanya dah diset up di ruang tamu, barulah Papa bagi signal pada Mama untuk ajak semua orang turun. Bila sampai di ruang tamu, SURPRISE!!!! HAPPY BIRTHDAY AIRA!!!



 Gambar ni tak cukup korum. Mahathir sedang sedap tidur. 


Tersipu-sipu Aira bila dikejutkan dengan surprise party ni. Aira sangka kami tak prepare apa-apa untuk harijadi Aira tahun ini. Aira mula monyok... Kesian Aira. 


Pada harijadi Aira 8 tahun ni, Mama nak mengingati Aira pada saat ini:

1. Aira sangat suka baca buku. Malah, Aira baik hati tolong bacakan buku untuk adik-adik terutamanya Aisya.

2. Aira suka belajar dan buat benda-benda craft. Kebanyakkan projek yang Aira buat adalah apa yang Aira belajar sendiri daripada buku, Youtube dan juga TV terutamanya rancangan "Mister Maker". Antara projek craft yang Aira gemar pada masa ini adalah rainbow loom. 

Mama ingat lagi, Aira cuba nak buat bracelet rainbow loom ikut tutorial dari Youtube and you completed it!! Bila Mama tengok, rupanya Aira ikut tutorial bahasa Dutch!! Hehe, hebat Aira!! Mama pun tak faham bahasa Dutch. 

Aira juga minta Papa belikan buku rainbow loom pattern dan Aira suka sangat buku tu. Aira juga buatkan satu bracelet untuk mama sempena birthday Aira tahun ini.

3. Aira sudah pandai mencuba makanan baru...yeay!!! Aira adventerous mencuba makanan baru dan Aira tahu apa yang Aira suka.

4. Aira suka makan sambal. Kalau lauk pedas dan nasi goreng pedas yang mama masak, Aira mesti nak makan walaupun berulamkan air.

5. Aira suka makan salad dengan nasi. Aira juga suka sangat makan sayuran yang lain (bawang, tomato, sawi) Good girl!!

6. Aira sangat suka sekolah. Tak pernah ada masalah bangun tidur pagi. Aira juga suka pada guru kelas iaitu Miss Shelly dan Miss Becky.

7. You did very well in school. You’re really good at math, even though it’s not your favorite subject.

8. Aira suka tolong Mama masak dan Aira nak belajar masak. Walaupun Mama selalu marah kalau Aira  salah buat, Aira tetap diam dan tekun nak belajar masak dan tolong Mama. 

9. Mulai tahun ini, Papa perkenalkan sistem "coin for chores". Aira sudah mula nak belajar berbelanja dengan duit sendiri. Setiap kali keluar ke kedai, Aira akan mula bertanya harga barang dan Aira mula merancang perbelanjaan dan bekerja lebih untuk dapatkan duit lebih.

10. Aira nak belajar crochet macam Mama, tapi Aira masih tak dapat nak buat simple chain sebab tangan Aira masih lagi keras buat masa ini. Keep on going Aira!!!

We love you so much and I will never forget the day that you made me a Mommy. Happy Birthday to my eldest baby!!!

Happy Birthday to my sweet Aira Nadira.

Saturday, April 4, 2015

It's a boy!!!

Assalamualaikum


Diam tak diam dah hampir empat bulan rupanya saya tak masukkan apa-apa entry yang baru dalam blog ini. Kesibukan harian di suku terakhir tahun 2014 disebabkan terpaksa berjauhan dengan Encik Suami menyukarkan saya untuk mengekalkan tempo penulisan blog ini.

Selain itu, bilangan ahli keluarga yang bertambah juga telah mengambil sebahagian besar dari masa saya. Alhamdulillah, pada 21 Januari 2015 keluarga kami telah dirahmati dengan seorang anak lelaki.

(Mahathir dengan topi dan selimut yang mama crochet khas buat Mahathir)




Mahathir Muhammad, nama yang disimpan oleh Encik Suami sejak 9 tahun lepas, telah diberikan kepada budak comel seberat 3.2kg ini. Alhamdullilah, seperti Alya pada tahun 2013, Mahathir juga dilahirkan secara normal.

(Crochet booties yang mama cochet untuk Kak Alya dan sekarang Mahathir dapat pakai, alhamdulillah)


Sepertimana juga dengan keadaan selepas melahirkan Alya, cabaran pertama yang perlu saya hadapi ialah untuk travel sejauh lebih 13,000 km meskipun saya masih belum habis pantang. Pada hari ke-39 selepas melahirkan Mahathir, kami bertolak dari KLIA menuju ke Dakar, Senegal.


Mahathir kini berusia 2 bulan. Begitu pantas masa berlalu. Looking forward for our African adventure together!!!