Semasa cuti sekolah musim panas yang lepas, kami sekeluarga bercuti di luar Senegal. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti keEropah. Kami ke France dan juga UK. Semasa di France, kami sempat mengambil peluang untuk berehat dan menginap di sebuah farmhouse yang terletak di Amboise, France.
Amboise terletak di daerah Centre, France.
Amboise adalah sebuah pekan kecil.
Kami mengambil masa selama 3 jam perjalanan menggunakan kereta sewa dari kota Paris. Alhamdulillah anak-anak pun tak meragam sepanjang perjalanan. Semuanya tidur dengan selesa di dalam car seat masing-masing.
Amboise terletak di daerah Centre, France.
Amboise adalah sebuah pekan kecil.
Kami mengambil masa selama 3 jam perjalanan menggunakan kereta sewa dari kota Paris. Alhamdulillah anak-anak pun tak meragam sepanjang perjalanan. Semuanya tidur dengan selesa di dalam car seat masing-masing.
Encik Suami telah menempah rumah ini melalui internet dengan menggunakan websit Airbnb. Oleh sebab itu, sebelum sampai ke rumah yang kami sewa ini, saya agak bimbang juga. Saya takut ia sekadar indah khabar dari rupa. Saya takut hanya gambar yang kami lihat di dalam internet tidak mencerminkan rumah sebenar.
Namun demikian, apabila sampai sahaja di hadapan rumah tersebut, saya tersenyum sendiri Rupanya sama dengan gambar yang kami lihat!
Rumah yang dibina pada kurun ke 17 ini dipenuhi dengan bunga sekeliling rumah. Cantik sangat! Rumah yang kami sewa ini terletak di hujung jalan mati. Memang tak ada langsung gangguan bunyi kereta, sesuai untuk berehat menenangkan fikiran.
Tuan rumah ini, Debbie Peter, merupakan tuan rumah yang sungguh hospitable. Rumah ini lengkap dengan segala keperluan rumah. Apa yang perlu kita bawa hanyalah pakaian dan juga makanan untuk dimasak. Selain itu, jiran Debbie juga datang menjenguk kami sekeluarga untuk memastikan kami tidak menghadapi sebarang masalah dengan rumah berkenaan.
Ini adalah ruang dapur. Dari dapur sambil memasak, kita boleh nampak anak-anak bermain di tepi kawasan rumah. Kelengkapan dapur juga lengkap. Lengkap dengan microwave, dishwasher, coffee maker, cerek air dan peti sejuk.
Semua yang ada di dalam kabinet dapur juga boleh digunakan termasuk tepung, minyak, dan beberapa makanan dalam tin.
Farmhouse ini mempunyai 5 buah bilik tidur yang selesa. Rumah ini bukan sahaja cantik dari segi dekorasinya, malah ia juga bersih.
Bilik di tingkat satu menghadap ke kolam renang dan tempat jemuran.
Bilik ini digunakan oleh Aira dan Aisya. Ini adalah bilik tidur anak kepada tuan rumah.
Bilik tidur utama, besar dan luas.
Tuan rumah juga menyediakan baby cot untuk Alya. Alhamdulillah, tak lah saya risau Alya jatuh katil bila tidur. Alya ni tidur lasak, suka pusing-pusing!
Selain itu, rumah ini juga penuh dengan koleksi buku tuan rumah. Selain daripada ruang di bawah tangga ini, terdapat juga buku-buku di dalam bilik tidur.
Untuk keperluan anak-anak juga lengkap. Anak-anak tak akan bosan sepanjang tinggal di dalam rumah ini. Tuan rumah menyediakan mainan yang lengkap beserta LEGO. Card game pun ada seperti UNO.
Aira dan Aisya suka sangat dapat main doll house yang comel ni.
Selain mainan, terdapat juga koleksi buku untuk anak-anak.
Alya juga seronok dapat bergerak bebas selepas 3 hari asyik berdukung di Disneyland.
Selain buku-buku, rumah ini juga dilengkapi dengan televisyen dengan rangkaian channel satelit. Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyediakan koleksi DVD.
Ada ruang kosong ditepi rumah untuk anak-anak bermain beserta buaian dan tempat memanjat di pokok.
Rumah ini juga terdapat kolam renang "heated pool". Walaupun cuaca sejuk, kami masih lagi boleh bermain di dalam kolam renang kerana air kolam suam dan tidak sejuk.
Terdapat juga basikal yang boleh digunakan untuk beriadah di sekeliling pekan. Adik ipar saya, Yuyui juga seronok sepanjang 3 hari kami menginap di sini.
Rumah ini lengkap dengan internet serta WIFI di dalam rumah. Coverage internetnya juga sangat bagus.
Saya akan berkongsi lagi dalam entry yang lain, terlalu banyak gambar dan cerita yang hendak saya kongsikan sepanjang kami berada di Amboise.
Jika anda berkesempatan untuk ke Amboise dan berminat untuk menginap di farmhouse ini, anda boleh menempah melalui Airbnb di https://www.airbnb.com/rooms/586952.
Rumah no. 38.....
Thank you for the AMAZING experience!
Have you been to a Farmhouse? If so, what was your experience...?
Nad, rezeki ko ler dapat rumah yg superb cantik dan mcm2 ada..
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki..sharing is caring..: )
Deletei wish i will..
ReplyDeletethanks for d info dear
Your welcome Kak Yong..sharing is caring..: )
Delete