Dari 99 aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak yang ada dalam buku ni, hari ini saya ambil contoh aktiviti 1.
Tell your child you love him/her at least once a day.
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya dari kecil lagi supaya mereka menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapa mereka kelak.
Tak dapat dinafikan dalam kesibukan dengan urusan seharian di pejabat dan di rumah, kita seringkali terlupa untuk mengatakan "I love you" pada anak kita. Mungkin juga ada yang beranggapan, bahawa kita tak perlu ucapkan I love you pada anak-anak kerana dengan perbuatan mencium, memeluk dan sediakan makan, pakai seharian sudah cukup menyampaikan rasa sayang kita pada anak. Malah, mungkin juga ada yang berpendirian kata-kata ini akan menjadikan anak terlalu manja atau 'lembik'.
Tapi kita juga perlu prihatin yang anak-anak juga manusia berperasaan seperti kita. Mereka juga perlu diingatkan bahawa kita sayang sangat pada mereka. Memang benar dengan hanya memberi coklat, gula-gula atau mainan sudah cukup untuk membuatkan mereka bahagia. Tapi kebiasaaannya pemberian material ini kesannya cuma sementara. Tapi dengan ucapan kasih sayang setiap hari, Insyaallah dapat memberi impak yang lebih mendalam dan berpanjangan buat mereka. Dengan ucapan sayang pada anak-anak dapat meyakinkan mereka bahawa mereka disayangi. Dengan cara ini, akan meyakinkan anak bahawa mereka disayangi dan dapat menghindarkan mereka dari pergaulan yang salah.
Malah, ada pepatah yang mengatakan 'you can't spread love without getting some on yourself''. Kesan perkataan 'I love you' itu juga sebenarnya akan membahagiakan kita juga sebagai ibu bapa.
I LOVE YOU AIRA AND AISYA
(dan Alya....walaupun dia tak faham lagi...hehehe)
Saya cuba untuk mempraktikkan amalan ini kepada anak-anak saya. Saya pastikan saya akan ucapkan perasaan sayang dan kasih saya pada mereka setiap hari dan Alhamdulillah saya nampak hasilnya.
Hampir beberapa kali dalam sehari saya akan dapat ucapan "I Love You, Mama" oleh Aira dan Aisya" dengan dikuti ciuman dan pelukan oleh mereka. Walaupun selepas saya marah, mereka akan terus berlari dan memeluk cium sambil katakan "I Love you, Mama".
Kadang-kadang, saya juga berikan nota cinta saya pada Aira di sekolah. Saya akan letakkan love note saya dalam lunch bag Aira sebagai surprise di sekolah. Love note yang saya tulis simple sahaja, cuma tulis I Love You from Mama di atas kertas kecil. Tetapi dengan langkah mudah ni sahaja, saya akan dapat balik beberapa keping love note dari Aira dan Aisya...
Kesimpulanya tidak rugi untuk kita sampaikan rasa sayang pada anak-anak. Jangan pernah berhenti mengekspresikan rasa sayang pada anak. Dengan ucapan ringkas I love you yang tak sampai satu minit dalam sehari dapat mengubah dan membentuk diri anak-anak...InsyaAllah...
P/S: InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dalam meningkatkan keyakinan diri anak saya setiap bulan.. Please come back for more info.. :-)
Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (3): Great! Great! Great!
Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (2): Membuat kertas pembalut sendiri
Tingkatkan Keyakinan Diri Anak : Mengubah "I can't" into "I can"
Love 3A: aunty yong miss you all.
ReplyDeleteLove you tooo aunty yong!! from 3A : )
Delete