About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Monday, June 9, 2014

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (3): Great! Great! Great!


Keyakinan diri boleh dibentuk dari kecil. Bagaimana cara seseorang itu mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karakter mereka. 

Sebagai ibubapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita insan yang terbaik.

Saya ingin berkongsi usaha saya untuk meningkatkan keyakinan diri anak saya. Saya cuba gunakan panduan dari buku "Raise Your Child's Self-Esteem! 99 Easy Things To Do" oleh Nancy Krulik dan ilustrasi oleh Amanda Haley.





Dari 99 aktiviti yang boleh kita boleh lakukan bersama anak kita yang ada dalam buku ni, hari ini saya ambil contoh aktiviti 78.




Instead of asking your child how school was, try asking him to tell three great things he did that day. You're sure to love the answers you receive!


Kebiasaanya, kita sebagai ibubapa akan sentiasa bertanya kepada anak-anak bila mereka pulang dari sekolah "Macam mana sekolah tadi?" atau "Buat apa kat sekolah tadi?". Soalan seperti ini memang kita selalu dengar memandangkan sejak zaman kita kecil lagi soalan ini pun juga yang selalu ditanya oleh ibu bapa kepada kita.

Mungkin kalau soalan ini ditanya semasa hari pertama persekolah bagi anak-anak yang baru mula bersekolah jawapannya akan jadi menarik. Tetapi jika ditanya kepada anak-anak hampir setiap hari, soalan open-ended sebegini boleh membosankan anak-anak. Selain itu, soalan sebegini juga mungkin akan membuatkan anak fikir kita lebih memfokuskan kepada sekolah berbanding mereka. Oleh itu, jawapan  yang kita akan dengar adalah "ok", "biasa je" atau lebih teruk lagi anak-anak tak mahu menjawab pun soalan kita. Sudah pasti sebagai ibu dan bapa kita akan merasa sedih.

Tetapi jika kita tukarkan soalan biasa kita kepada soalan yang luar biasa. Kita akan dapat jawapan yang luar biasa juga!

Saya telah cuba mengamalkan kaedah ini dengan anak-anak saya. Kalau dahulu, bila mereka balik sekolah dan jika ditanya semua pun macam boring je nak jawab. Alhamdulillah, sejak saya tukarkan soalan saya, anak-anak jadi tak sabar-sabar nak bercerita tentang apa yang menarik mereka lakukan di sekolah pada hari itu.

Saya akan bertanya "What are three great things that YOU did in school today?" Kali pertama saya soal soalan ini, jawapan yang saya dapat adalah:

Aisya

1. "I finished my snack"

2. "Played in the playground with my friends"
3. "I packed my backpack by myself"

Aira

1. "I did my maths"
2. "Played in the playground with my friends (Aira sebut satu-persatu nama kawan-kawan)"
3. "Finished my writing... fiction story"


Tetapi lama-kelamaan, jawapan mereka bertambah panjang dan mereka mula bercerita tentang apa yang mereka lakukan di sekolah. Dan yang lebih menarik lagi, bila saya terlupa nak bertanya, mereka sendiri akan tak sabar-sabar nak bercerita three great things that they did in school...best kan...

Bila dah selalu tanya tentang GREAT things, adakalanya saya tukarkan terma berkenaan kepada SUPER!, AMAZING!

Kesimpulannya, apabila kita menukar cara bertanya kepada anak-anak dengan menggunakan perkataan lain dari kebiasaan, kita akan mendapat jawapan yang luar biasa! Anak-anak akan lebih seronok untuk bercerita dengan kita tentang apa yang terjadi di sekolah. InsyaAllah ia akan dapat membuatkan mereka berfikiran lebih terbuka, kreatif dan bersemangat untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti positif di sekolah.

I believe that with the right support and encouragement, they would surprise us with their potential!!!

P/S: InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dalam meningkatkan keyakinan diri anak saya setiap bulan.. Stay tuned.. :-)


2 comments:

  1. nad, aku dh lame carik buku ni....x jumpe2....huhuhuhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke kyun..aku pun auntie aku yang bagi buku ni...: )

      Delete