Wednesday, March 26, 2014

Biskut Butter (Butter Cookies)

It was a fun day... kami beraktiviti masak-memasak atau dengan lebih tepat lagi aktiviti bakar-membakar.

Aira and Aisya were super excited. Biskut ini sangat mudah dan sangat sesuai dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Rasa biskut ni pun simple je, kanak-kanak memang suka.

Saya suka beraktiviti bersama anak dara saya di dapur. Pada saya, biarlah bersepah dan masa memasak jadi lebih panjang berbanding kalau mereka asyik leka dengan gadget ( TV, tablet, game) masing-masing.

Walaupun masa saya seharian memang penuh dengan aktiviti-aktiviti sendiri, melayan baby kecil (Alya) dan baby besar (hubby), tapi sekali-sekala buat sepah macam ni adakalanya bagus untuk break the monotony. Anak saya pun masih ada tablet dan tengok TV. Kami hanya jalankan aktiviti bersepah ni sebulan sekali atau pada cuti sekolah.

Untuk biskut butter ni kami menggunakan resepi dari buku  "Mummy and Me Cookbook" oleh Annabel Karmel. Buku ini adalah hadiah daripada Aira dan Aisya sempena Mothers Day tahun 2012.


Resepi Biskut Butter
Bakar pada suhu 180 C/350 F/ Gas tanda 4

Bahan-bahan:

250 gram butter / mentega ( suhu bilik )
140 gram gula caster
1 biji telur kuning
2 sudu kecil esen vanilla
300 gram tepung gandum
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat:

1. Kacaukan butter, gula, telur kuning dan esen vanilla di dalam bekas sehingga rata.


Aira tekun mengadun bahan-bahan

\

2. Ayak tepung dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacaukan lagi sehingga rata.

3.  Gunakan teknik meramas untuk mengacau adunan tadi dan bentukkan adunan kepada bentuk bola besar.

Ini masanya untuk comotkan tangan!. Aira dan Aisya paling suka part ni.

4. Sejukkan adunan untuk 30 minit di dalam peti sejuk.

5. Ratakan adunan diantara kertas pembakar yang dilipat dua. Ratakan sehingga tebal agak-agak dalam 5mm.


Sila ambil giliran untuk ratakan adunan.


Ini pun kesukaan anak-anak saya.. masanya untuk  meningkatkan skill psychomotor masing-masing.

6. Potong adunan menggunakan pemotong biskut yang pelbagai bentuk. Tekan pemotong biskut dengan kuat dan pastikan bahagian cutter yang tajam berada di bawah.


Aisya tetap dengan semyuman manisnya.


Support their effort and creativity..Biarkan bentuk yang anak-anak buat walaupun tak cantik. They'll appreciate it even more.

7. Angkat adunan yang telah dibentuk menggunakan pisau nipis dan susun diatas non stick tray pembakar.


Sambil buat kuih, sambil main. Aisya tolong jagakan Alya.

8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 14 minit.


Mmmm.. Freshly baked cookies!!!






No comments:

Post a Comment