Tuesday, March 18, 2014

Aira's 7th birthday

Alhamdulillah, 8 March 2014, Aira genap 7 tahun. Tak sangka dah 7 tahun anak dara mama ni... Teringat lagi 7 tahun lepas masa Aira lahir ke dunia ni. Sungguh cepat masa berlalu. 

I'm still trying to digest how fast the time has gone....huhuhu.

Tahun ini, tiada jamuan besar-besaran untuk Aira. Aira meraikan harijadinya sehari awal di sekolah, sebab 8 March jatuh pada hari Sabtu. 

Aira request nak bawa special treat untuk kawan-kawan di sekolah pada hari Jumaat. 

Sempena jamuan kecil di sekolah, kami bake Chocolate Muffin!!!




Circle time.. khas buat ucapan dan nyanyian lagu harijadi untuk Aira dalam 3 bahasa, bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Perancis (Mama ikut nyanyi 2 lagu je. Yang last tu mumble mumble je...hehe)




Aira serving the cupcakes.



Mama helping Aira to serve the muffins.



Bergambar beramai-ramai

Crazy faces time!!!




Kad terima kasih untuk Mama serta hadiah istimewa khas daripada Aira. Aira kait Finger Knitting Bracelet khas untuk Mama. Tersentuh rasa hati dengan cara Aira beri hadiah ini pada mama. Aira terjaga tengah malam dan kejutkan mama nak ke toilet. Bila sampai toilet, kat cermin sinki ada kad dan hadiah untuk mama. Erm, memang anak papa ni, suka surprise orang...




Aira kesejukan, mama terlupa nak bawa jaket atau shawl. Terpaksa pinjam kain napkin Alya.

Rupa-rupanya Aira nak demam. Cadangan asalnya kami nak main bowling lepas makan kek, tapi Aira dah mengadu sakit kepala dan seram sejuk. Bowling terpaksa ditangguhkan... Kesian birthday girl demam.



Say Tiramisu!! Kek kegemaran Aira.



Aisya dan kek coklat....tak dapat dipisahkan.



Semua orang menikmati kek dengan sedapnya termasuklah Alya. Dia sedap makan tangan sendiri.




Badan Aira sudah terasa seram sejuk, tapi tetap senyum. Nasib baik ada kain napkin Alya boleh buat selimut Aira.





Nampak gayanya Alya yang geram tengok kek tu. 




No comments:

Post a Comment