Assalamualaikum semua,
Pada bulan November lepas, kami jalan-jalan Senegal ke Lac Rose ataupun juga dikenali sebagai Pink Lake. Lac Rose merupakan salah satu daya tarikan pelancong yang ada di Senegal. Lac Rose diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site. Ia juga merupakan titik penamat Rali Paris-Dakar sehingga tahun 2009.
Tasik ini terletak kira-kira 30km. Perjalanan daripada bandar Dakar ke sana mengambil masa selama 3 jam menggunakan kereta.
Lac Rose merupakan sebuah tasik masin. Ia berwarna pink!!! Ye, pink!! Cantik kan?
Fenomena tasik berwarna pink ini adalah disebabkan oleh aktiviti alga Dunaliella Salina di dalam tasik berkenaan. Alga ini menghasilkan pigment merah yang bertindakbalas dengan cahaya matahari dan menghasilkan warna pink pada air tasik.
Ini adalah buih-buih garam daripada tasik. Tasik ini mempunyai nisbah garam yang tinggi iaitu hampir 40 peratus!
Lebih 60 peratus daripada sumber garam di Senegal diperolehi dari tasik ini. Gambar di atas menunjukkan timbunan garam sebelum diproses. Garam-garam ini akan dihantar ke kilang untuk ditambah iodin.
Pemandu pelancong ni menunjukkan cara mereka mengambil garam dari dasar tasik. Kandungan garam yang tinggi dalam tasik boleh merosakkan kulit para pekerja. Oleh itu mereka perlu melumurkan badan dengan beurre de Karite yang diperolehi daripada pokok Karite (Shea).
Tasik ini hanya akan nampak berwarna pink ketika cuaca panas. Jika hujan, tasik akan kelihatan keruh dan kurang warna pinknya. Masa terbaik untuk melihat tasik ini berwarna pink adalah antara bulan November ke Jun.
Ada banyak sampan-sampan di tepi tasik. Pengunjung yang berminat boleh juga naik sampan untuk mengelilingi tasik. Tapi...errr, saya tak berani, hehe. Angin pada hari itu agak kuat, saya takut nak naik sampan.
Buih-buih garam.
Kunjungan kali ini, kami hanya berempat sahaja. Alya dan Mahathir tak ikut, mereka tinggal di rumah. Sorry ye dua orang baby Mama. Insya Allah nanti Mahathir dan Kak Alya boleh ikut kalau ada rezeki... : )
Aira pun sibuk nak ambil gambar menggunakan kamera sendiri.
Garam!!
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menyaksikan salah satu keindahan ciptaan Allah ni.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
LAC ROSE (PINK LAKE) we love you!!!