About Me

My photo

Wandering across continents with four rugrats in tow. Rediscovering myself through crochet, sewing, baking, cooking and smothering my family with lots of love!

Thursday, June 4, 2015

Aisya's 6th Birthday

Happy Birthday My Darling Aisya Nisa!!!


Alhamdulillah pada 30 Mei 2015 Aisya Nisa genap berumur 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Masih teringat lagi 6 tahun lepas semasa doktor pecahkan air ketuban dan terkejut yang Aisya dah buang air besar dalam perut mama.. :-)


Pada hari jadi Aisya kali ini, Aisya pakai birthday dress made with love from mama. Alhamdulillah, saya sempat siapkan party dress untuk Aisya. Pattern dress ini adalah free pattern daripada The Cottage Mama. Ini adalah kali kedua saya gunakan pattern ini. Ia mudah dan versatile. Apa pun, yang penting Aisya happy dengan dress ni.




Tahun ini, Aisya raikan harijadi bersama kawan kelas Aisya di Zippyland.




Birthday Party ni simple sahaja. Tapi Aisya dah kawan-kawan kelasnya enjoy dapat bermain bersama.


Aisya happy sangat sebab ini adalah kali pertama Aisya ada birthday party bersama kawan-kawan Aisya.


Zippyland menyediakan ruang untuk bermain outdoors dan indoors. Tempat ini selesa dan mainan yang disediakan selamat untuk kanak-kanak bermain. Pekerja yang membantu untuk menjaga kanak-kanak di sini juga sangat membantu dan pandai handle kanak-kanak.



Semua makanan serta kek disediakan oleh pihak Zippyland. Kami hanya sediakan goodie cup untuk kawan-kawan Aisya. Goodie cup ni simple sahaja. Saya letakkan pensel, pemadam, wisel serta chocolate M&M dan bungkuskan dengan plastik. InsyaAllah, saya akan berkongsi cara-cara untuk buat goodie cup ini dalam post yang akan datang.



Makanan yang dihidangkan adalah crepe nutella, popcorn, mini pizza, chocolate chip cookies, mini muffin serta pelbagai jenis jus. Selain itu, Zippyland juga menyediakan maskot khas untuk Aisya iaitu Bugs Bunny!



The birthday cake....YEAY!!!


Permandangan dari tingkat atas.

Pada birthday Aisya yang ke-enam kali ni, mama nak mengingati apa yang Aisya suka pada saat ini:

1. When Aisya grows up Aisya wants to be a successful teacher.

2. Aisya masih suka main "Pretend".

3. Aisya sangat suka main dengan mainan-mainan bersaiz kecil. Aisya ada banyak collection miniature toys. Kali ni, Aisya ada teman baru untuk bermain. Alya suka sangat main minature toys dngan Aisya.

4. Aisya rajin tolong mama jagakan Alya dan juga Mahathir. 

5. Aisya rajin bercakap dengan Mahathir yang baru berusia 4 bulan. Kalau Mahathir dengar sahaja suara Aisya, pasti Mahathir akan menoleh cari Aisya.

6. Aisya suka makan nasi lemak dengan sambal terutamanya nasi lemak bungkus. Aisya juga suka makan laksa, pulut kuning dengan rendang.

7. Pada birthday Aisya tahun ini, Aisya have your first wiggly tooth. Aisya takut sangat nak goyangkan gigi tu sampai gigi yang baru sudah mula tumbuh di belakang. Mama terpaksa tarik gigi Aisya 2 hari selepas birthday Aisya. Yeay!!! Aisya nangis sikit je!!

8. Aisya mula pandai baca buku sendiri. 

9. Aisya pandai tulis dan pandai buat buku. Aisya buatkan buku "I Love you Mama" untuk hadiah mama sempena birthday Aisya tahun ini.

10. Aisya seorang yang peramah dan sweet. Aisya ada ramai kawan di sekolah. Disebabkan sifat peramah dan pandai berkawan, Aisya dapat join group "First Friend" di sekolah.

11. Aisya rajin tolong mama masak kek dan biskut dan Aisya boleh ingat setiap bahan serta steps!! hebat!!

12. Aisya rajin temankan mama pergi grocery shooping dan Aisya tak akan minta belikan apa-apa utuk Aisya selagi mama tak tanya "Aisya nak apa?"

We Love you soooo much Aisya!! Semoga Aisya menjadi anak yang baik dan solehah.





No comments:

Post a Comment