Showing posts with label weekdays... Show all posts
Showing posts with label weekdays... Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

Tingkatkan Keyakinan Diri Anak: Baking playdate

Assalamualaikum,

Minggu lepas, Aira dan Aisya adakan playdate beramai-ramai untuk kawan-kawan kelas mereka. Untuk kali ini, mereke menjemput 3 orang dari kelas Aira dan 3 orang dari kelas Aisya.

Untuk playdate ini, saya cadangkan kepada Aira dan Aisya untuk adakan "Baking Playdate". Ini adalah peluang mereka untuk bermain sambil membakar biskut choc chip dan decorate cupcake. Playdate adalah dari 3.30pm hingga 5.30pm. Mereka pulang dari sekolah bersama-sama dan terus datang ke rumah kami. Ibubapa masing-masing akan mengambil mereka pada 5.30 petang.



Untuk aktiviti menghias cupcake, saya sediakan bermacam-macam sprinkle toping dan letakkan di dalam tray cupcake supaya mudah untuk mereka menggunakan sprinkle.


Biskut Chocolate chip, saya gunakan resepi daripada blogger Azlita. Saya gunakan resepi Chewy Choc Chip ala Subway daripada blog Azlita masam manis. Saya telah sediakan adunan biskut pada malam sebelumnya dan disimpan di dalam peti sejuk.

Untuk cupcake pula, saya gunakan resepi daripada blog Azie Kitchen. Ia adalah resepi Chocolate Cupcakes Martha Stewarts. Saya bakar cupcake pada hari sebelumnya.


Sebelum memulakan aktiviti membaking, saya sediakan pizza untuk mereka makan. Pulang daripada sekolah, semuanya lapar. Sekelip mata, pizza semuanya lesap!!!


Selepas makan pizza, kami memula aktiviti baking. Mula-mula, mereka semua perlu membakar choc chip bersama-sama. Satu tray untuk kawan-kawan Aisya, dan lagi satu tray untuk kawan-kawan Aira. Masing-masing ikut giliran.


Sambil membakar choc chip cookies, aktiviti di teruskan dengan menghias cupcakes. Saya sediakan buttercream pelbagai warna. Saya menggunakan resepi butter cream daripada blog mas-dapurmas.blogspot. Butter cream ini sedap!!!

Selain butter cream yang dibuat sendiri, saya juga sediakan buttercream yang dibeli.




Mereka bukan sahaja seronok menghias cupcake, malah mereka seronok dapat makan semua sprinkle dan buttercream yang ada.


Selepas selesai menghias cupcakes masing-masing, saya kumpulkan cupcake dan biskut masing-masing di dalam bekas aluminium foil.




Mereka tandakan bekas masing-masing dengan nama mereka. Ibu bapa mereka datang mengambil anak-anak masing-masing pada 5.30pm. Masing-masing dapat membawa pulang cupcake dan juga choc chip cookies.

Alhamdulillah, baking playdate ini telah berjaya. Tiada buttercream dan sprinkle yang bersepah-sepah. Semuanya hanya comot di atas meja sahaja. Semua pun happy termasuk juga Aira, Aisya dan Alya...Yeay!!!

Mereka bukan sahaja berseronok bersama, malah dapat belajar sesuatu yang baru. Mereka dapat berkongsi cupcake dan biskut yang mereka hias bersama dengan keluarga mereka di rumah.

Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan self esteem anak-anak. Meningkatkan cara bergaul sambil belajar benda baru dan juga seronok dapat menjemput rakan kelas ke rumah.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Monday, August 24, 2015

Menu bekal anak ke sekolah : Sardin Roll

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi menu bekal anak ke sekolah. Menu hari ini adalah Sardin Roll. Menu ini lengkap dengan daging, ikan dan juga sayur. Saya gunakan daging sosej untuk tutorial ini, kalau nak tukarkan daging sosej dengan ayam rebus pun boleh juga.

Bahan-bahan:

Mentega/ butter
Ikan sardin tin (sos tidak gunakan)
Salad
Tomato
Bawang besar yang dipotong dadu
Daging sosej
Roti Tortillas
Cheese



Cara memasak:

1. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan ikan sardin serta hancurkan ikan tadi dan kacau rata hingga sedikit kering.

2. Masak daging sosej digoreng ataupun direbus. Potong daging sosej memanjang seperti dalam gambar di bawah.



3. Panaskan roti tortilla di dalam kuali leper. Sekejap sahaja, tanpa minyak.



4. Susun roti, salad, cheese, ikan sardin yang telah masak, serta tomato seperti dalam gambar di bawah. 


5. Gulungkan roti. Kalau roti sedikit panas, cheese akan cair dah akan melekat apabila di gulung. Sekiranya takut gulungan terbuka, bolehlah diikat dengan sayur kucai ataupun daun bawang.


Sedia untuk bekal anak-anak.

Biasanya saya akan bekalkan anak-anak saya bersama dengan potongan buah.


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Sehingga kita berjumpa di post yang akan datang.


Makanan dari rumah adalah yang terbaik!

Selamat Mencuba!

Wednesday, April 30, 2014

World Cultural Month: Malaysia Truly Asia

Alhamdulillah, bulan ini pihak sekolah anak saya menganjurkan "Cultural Month". Sepanjang satu bulan ini pelbagai aktiviti telah mereka jalankan. Anak-anak dapat belajar dengan lebih mendalam tentang budaya Senegal dan juga budaya negara-negara lain yang terlibat.


 Saya bergambar dengan Ambassador Malaysia.

Untuk majlis penutup Cultural Month ini, mereka telah meminta ibu bapa untuk membuka booth untuk memperkenalkan budaya daripada negara masing-masing. Oleh itu, saya dan suami menawarkan diri kami untuk mewakili Malaysia.

In merupakan kali pertama kami terlibat secara langsung untuk buka booth Malaysia di sekolah. Selama ini kami selalu tolong kawan-kawan sahaja. Kali ini giliran kami pula. Maklumlah anak dah makin besar, maka terpaksalah kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Selain berbangga dengan negara sendiri, saya pun nak anak-anak berbangga bila tengok mama dan papa terlibat dengan aktiviti sekolah.

Kami tak ada banyak barang Malaysia yang boleh digunakan untuk pameran ini memandangkan kami cross posting dari Bahrain. Tak dapat nak beli dan bawa banyak barang-barang yang sesuai untuk acara seperti ini. Walaubagaimanapun, sepatutnya kami perlu lebih bersedia dari awal. Ini adalah pengajaran buat kami untuk masa akan datang.



Kami juga kekurangan masa untuk menyediakan barangan untuk display. Ini kan tahun pertama kami di sini, tak cukup pengalaman. Saya sibuk dengan baby, suami pula sibuk dengan kerja di office. Alhamdulillah ada seorang lagi Malaysian, Gina yang datang membantu kami meskipun dengan booth Australia (suami beliau orang Australia). Gina banyak membantu kami di waktu yang paling sibuk iaitu lawatan daripada Elementary section. Terima Kasih Gina!!!


Untuk menyelesaikan masalah kekurangan barang untuk kami pamerkan di booth kami, saya  terfikir idea untuk memperkenalkan mainan tradisional kita iaitu "Batu Seremban". Alhamdulillah, idea batu seremban saya mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar. Ramai yang berminat untuk belajar bermain batu seremban. Batu seremban yang kami pamerkan adalah hasil dari batu seremban INI.




Ada juga pelajar-pelajar yang nak membeli batu seremban ini. Paling lucu bila ada seorang budak ni terus keluar duit dari poket nak beli. Tak sangka mainan mudah seperti batu seremban ini masih mendapat sambutan di kalangan generasi IT ni.


Selain daripada batu seremban, kami juga adakan aktiviti mari belajar bahasa Malaysia. Encik suami menyediakan carta Malay Phrases yang kami tampal pada display board. Idea ini sangat menarik dan juga mendapat sambutan. Bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah suka dengan crash course ni, malah para ibu bapa dan guru pun suka bila dapat belajar bahasa Malaysia.


Kami juga letakkan kain batik, kain pelekat dan kain songket untuk dijadikan bahan pameran.


Untuk makanan dari Malaysia, saya sediakan kuih muih. Saya masak kuih lapis dan juga kuih pandan bakar. Selain dari dua jenis kuih itu, kami bernasib baik kerana ada kawan yang baik hati untuk masakkan kuih kacang ataupun sesetengah orang namakan ia kuih kasturi ataupun kuih rengas. Selain itu, ada juga karipap dan kuih cucur badak. Alhamdulillah semua kuih habis.



Selepas makan tengahari, acara penutup diteruskan dengan pertunjukkan oleh para pelajar. Mainan gendang Afrika, pantomin tarian oleh guru dan pelajar serta persembahan nyanyian oleh band tempatan. 




Akhir sekali adalah acara kemuncak, fashion show parade oleh ibu bapa dan juga pelajar-pelajar!



Masing-masing pun sibuk nak memperagakan pakaian tradisional dari negara mereka. Seronok tengok bila semua kanak-kanak ni berbangga dengan pakaian mereka. Pelbagai warna dan pelbagai jenis.


Aira dan Aisya pun nak join. Asalnya, saya yang akan temankan mereka untuk naik ke pentas, tapi last minit pelan asal terpaksa ditukar. Papa yang temankan Aira dan Aisya naik ke pentas.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah tahun hadapan kami akan sertai lagi...



Malaysia Boleh!!!



Wednesday, April 23, 2014

Musical picnic

Assalamualaikum semua...

Ingat tak baju onesie yang saya tukarkan kepada bubble skirt untuk Alya dalam post lepas? (DI SINI) Fabrik untuk skirt Alya adalah fabrik yang sama yang saya gunakan untuk skirt Kakak dan Kak Aisya tahun lepas. Mereka bertiga pakai skirt yang sama semasa kami meyertai Musical Picnic di sekolah baru-baru ini.



Musical Picnic ni ala-ala talent show...Semua murid dari elementary class yang ingin menunjukkan bakat masing-masing boleh persembahkan talent mereka pada hari Musical Picnic ini. Ibu bapa dijemput hadir dan masing-masing perlu membawa picnic blanket (kita panggil tikar je) dan makanan untuk dinikmati sambil tengok persembahan. Picnic besar-besaran ini dijalankan ditengah padang sekolah.




Kalau ikutkan saya, takde la beria sangat nak join picnic ni, tapi Aira yang nak sangat join sebab dia nak bagi support kat kawan kelas (Claire) yang ada buat persembahan petang tu.... So ikutkan je...


Alya pun seronok dapat keluar rumah dan baring di tengah-tengah padang (ataupun sebenarnya Alya tak kisah pun apa yang jadi kat sekeliling). Alya sibuk nak gigit kepala monster selimut dia je...haha.

Selimut monster ni saya hanya tambahkan crochet detail untuk kepala, tangan dan kaki. Gambar full selimut ni saya ada share dalam instagram.




Saya hanya sediakan chocolate cinnamon roll, buah oren mandarin, kacang dan air Vimto.

Tak banyak yang boleh saya nak ceritakan aktiviti petang tu... So, ini adalah koleksi gambar yang saya nak share pada semua....











Alya Nur 4 months old.


Bestnye gigit kepala monster ni kan Alya...nomnomnom...


That's all......