Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Cara menggunakan mesin jahit tepi Singer Pro Finish Serger (Video tutorial)

Assalamualaikum,

Dah lama sebenarnya saya ada mesin jahit tepi jenama Singer ni. Saya beli mesin jahit tepi 4 benang ini masa di Bahrain. Selama ini, saya guna dengan kaedah cuba jaya (try and error). 

Kalau saya tertukar tension je, mulalah saya serabut nak membetulkan tension. Inilah jadinya bila gunakan mesin tanpa sebarang ilmu. Memang saya dapat siapkan projek-projek saya, tapi ia akan mengambil masa yang agak panjang daripada yang sepatutnya. 

Semalam, saya merajinkan diri saya untuk mencari cara menggunakan mesin jahit tepi Singer saya ini dalam Youtube. Saya terjumpa video tutorial ini daripada strikemyfancy. Tutorial ini sangat lengkap dan tersusun. Kini, saya sudah faham bagaimana mesin ini berfungsi. 

Video tutorial ini terbahagi dalam 4 bahagian.

Pengenalan

Bahagian 1

Bahagian 2


Bahagian 3



Saya kini rasa lebih yakin menggunakan mesin jahit tepi ini. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda juga. 


Happy Sewing!! Selamat Mencuba!!

Thursday, April 23, 2015

Tips travel dengan anak kecil

Assalamualaikum.

Saya suka travel. Kalau tak suka pun, kerjaya En Suami sememangnya membuatkan kami sekeluarga terpaksa travel. Sejak lima tahun yang lepas, kami sekeluarga telah merantau merentasi beberapa benua. Mulanya di Asia Barat, dan kini di Afrika Barat. Dalam masa yag sama, saiz keluarga kami juga semakin membesar (Alhamdulillah!).

London (2014)

Bagi saya, keselesaan anak-anak adalah faktor paling utama semasa travel. Ini kerana, apabila anak-anak berasa selesa, kita juga akan berasa tenang dan kurang stress. Ini seterusnya akan mengurangkan keletihan serta memberi kita lebih banyak tenaga untuk menikmati pemandangan dan suasana sepanjang perjalanan.

Saya masih ingat betapa kelam-kabutnya kami semasa mula-mula travel ke Bahrain dulu walaupun masa itu cuma ada dua orang anak sahaja. Namun, selepas beberapa kali melalui pengalaman yang sama, kami telahpun cuba untuk menambahbaik perancangan sedia ada bagi memastikan kami dapat travel dengan lancar dan selesa. Saya harap perkongsian ini akan dapat memberi anda idea untuk merancang perjalanan anda juga.

TIP 1: Pastikan anak-anak memakai pakaian yang selesa dan sesuai

Pakaian merupakan antara faktor utama untuk memastikan keselesaan anak-anak. Pakaian perlukan tidak ketat dan sesuai dengan keadaan. Pastikan juga pakaian tersebut sesuai dengan cuaca. Misalnya, sekiranya kami travel pada waktu malam, saya akan pakaikan anak-anak saya pyjamas kerana ia selesa. Anak-anak saya pun biasanya suka sebab saya khaskan pyjamas yang cantik khas untuk travel. Selain itu, jika cuaca sejuk pula, saya pastikan mereka memakai jaket yang sesuai.

Seperti didalam blog post saya "Travel in Pyjamas"

Travel dari Bahrain ke Malaysia dengan baju tidur (2012)

Travel dari Senegal ke Paris (2014)

TIPS 2: Sediakan sepasang pakaian persalinan

Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku semasa kita travel. Adakalanya anak kita mugkin akan tertumpahkan makanan atau air ke atas pakaian mereka. Ataupun lebih teruk lagi sekiranya mereka muntah. Pakaian persalinan ini akan untuk menghadapi situasi sebegini.

Dari Bahrain ke Madinah (2013)


TIPS 3: Bawa tisu basah (wet tissue/wet wipes) 




Tisu basah memang keperluan yang wajib bagi yang ada anak kecil. Bukan sahaja baby yang perlu tisu basah malah anak-anak yang sudah besar pun masih perlukan. Dengan adanya tisu basah, kerja membersih jadi lebih mudah. Kalau tak larat nak bawa tisu basah yang size besar, boleh bawa tisu basah saiz kecil ataupun nak mudah boleh juga letakkan sejumlah tisu basah yang anda rasa perlu ke dalam plastik bag zip lock.

TIPS 4: Bawa buku nota kecil dan juga pensel warna

Supaya anak-anak tidak boring dalam perjalanan ataupun menunggu, saya suka sediakan buku nota kecil setiap seorang bersertakan satu kotak warna atapun crayon. Walaupun kita boleh beri mereka telephone/tablet ataupun iPad, adakalanya gadget elektronik seperti ini boleh kehabisan bateri. Anak-anak akan terhibur dengan hanya ada kertas dan warna untuk seketika walaupun bukan untuk sepanjang jalan.

Perjalanan London ke Paris (2014) : Aisya melukis permandangan dari dalam Eurostar.

Aira menulis dan lukis journal sepanjang perjalanan

Aisya leka dengan buku nota kecil dan pensel  sementara menunggu flight pulang ke Malaysia.


TIPS 5: Bekalkan snack dan air minuman untuk anak-anak


Rasa lapar juga boleh membuatkan anak-anak meragam dan memberontak. Untuk travel, seelok-eloknya bawa biskut tawar dalam beg. Biskut jenis ini tidak mengotorkan baju. Mungkin dalam keadaan biasa, biskut tawar tidaklah sesedap mana. Tapi bila tak ada benda lain nak makan, biasanya anak-anak makan juga. Pengalaman saya, kadang-kadang sampai berebut-rebut. Kalau di rumah memang tak laku biskut jenis ni..hehe. Anak-anak saya juga suka makan buah apple. Kadang-kadang saya suka potongkan buah apple dan bawa dalam plastik zip lock.


TIPS 6: Persediaan Mental (Prepare for the Worst, Hope for the Best)

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Ada perkara-perkara di luar jangkaan dan kawalan kita. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam mungkin boleh jadi 12 jam disebabkan oleh kesesakan lalulintas, kenderaaan rosak ataupun flight delay. Yang pastinya, kita perlu pada awalnya bersedia secara mental untuk menghadapi situasi-situasi sebegini. Sentiasa fokus kepada apa yang boleh kita kawal dan cuba lakukan yang terbaik. InsyaAllah, perjalanan kita akan jadi lebih selesa dan lancar serta memberi peluang kepada kita untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Umrah (2013)


New York (2014)

(Senegal 2015)

All the best!!!

Nadia.

Tuesday, September 2, 2014

Tips travel dengan anak kecil: Travel in pyjamas!

Assalamualaikum semua, hari ini saya nak berkongsi tips saya saya dapat daripada teman baik saya semasa di Bahrain. Saya sudah mencuba tips ini dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya...Alhamdulillah.

Tips ini sesuai untuk penerbangan yang jauh dan mengambil masa yang lama dan waktu penerbangan adalah pada malam hari. Terutamanya bila waktu penerbangan yang mengganggu waktu tidur anak-anak.

Travel dengan baju tidur!!!


Tips ini untuk anak-anak je yer...bukan untuk orang dewasa!

Pada cuti sekolah musim panas yang lepas, kami sekeluarga bercuti di luar Senegal. Kami sekeluarga mengambil keputusan  untuk bercuti ke negara Eropah. Kami ke France dan juga UK. Waktu penerbangan kami adalah malam dan tempoh masa dari Dakar ke Paris adalah lebih kurang 6 jam.

Kalau di Bahrain dulu, saya akan pakaikan anak-anak saya dengan pakaian cantik (baju jalan) untuk ke airport dan bila betul-betul nak naik kapal terbang baru saya tukarkan baju tidur mereka.

Tapi di Dakar ni saya tukar sedikit cara saya. Mungkin sebab dah bertambah anak, saya tak nak kelam kabut, maka saya siapkan anak dara saya dengan baju tidur sejak dari rumah lagi. Lagipun, airport Dakar ni kecil sahaja, susah nak guna toilet untuk tukar baju.

Anak-anak lebih selesa bila berbaju tidur. Memandangkan waktu perjalanan dah clash dengan waktu tidur mereka, lebih baik saya biarkan mereka selesa tidur dengan baju tidur. Kalau takut sejuk, ibu-ibu jangan lupa pakaikan baju tidur yang tebal ataupun sediakan baju sejuk. Anak dara saya ni tahan sejuk.



Bila anak-anak selesa dan tidur nyenyak walaupun bertukar tempat (bukan di atas katil), mama dan papa pun bolehlah berehat dan tidur juga.

Kami tiba di Paris pagi pada jam 5.30 pagi. Kalau nak tukarkan baju anak dalam kapal terbang pun boleh, tapi disebabkan saya tak cukup tangan nak handle 3 orang anak, saya hanya tukarkan baju mereka bila sudah sampai airport dan tukarkan di toilet. Kawasan toilet lebih besar dan selesa, masing-masing bolehlah gosok gigi dengan tenang.