Assalamualaikum
Sepertimana yang saya ceritakan dalam post sebelum ini, En Suami terpaksa berjauhan dengan kami selama 4 bulan kerana terpaksa bertugas di New York. Tapi Alhamdulillah kami berkesempatan untuk melawat En Suami dalam bulan Oktober. Boleh rujuk post TRAVEL KE NEW YORK untuk kisah travel kami.
Walaupun hampir sebulan kami di New York, peluang untuk bersiar-siar dengan En Suami hanya ada pada waktu hujung minggu lantaran jadual kerja yang agak ketat. Salah satu hujung minggu tersebut kami bercadang untuk ke Woodbury Commons untuk shopping!! Selain itu, En Suami juga mencadangkan kami pergi ke sebuah ladang epal di Warwick untuk memetik epal.
Perjalanan ke ladang epal ini mengambil masa selama sejam dari bandar New York. Kami keluar seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki kereta. Inilah kali pertama kami travel dalam jarak yang agak jauh sejak sampai ke New York. Anak-anak pun gembira melihat pemandangan sepanjang jalan.
Kami juga telah singgah di sebuah diner dalam perjalanan tersebut. Kami makan makanan separa vegetarian seperti omelette, egg sandwich, kentang. Aira suka minum hot chocolate!! And of course coffee for me!!!
Perjalanan kami teruskan melalui jalan pendalaman pula. Pada ketika ini, musim luruh sudah bermula. Jadi pemandangan kami telah disajikan dengan pemandangan dedaun yang sungguh cantik. Di samping itu, kami juga dapat melihat rumah-rumah yang cantik dan comel.
Apabila sampai di Masker Farm ini, kami terpegun melihat deretan pokok-pokok epal yang cukup banyak. Tak sangka rupanya ada pelbagai variasi epal yang berbeza dari sudut saiz, warna dan tekstur. Ada macam-macam nama epal juga!!
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke ladang epal ini. Kami dibekal dengan satu beg plastik besar dan bebas untuk memilih epal idaman hati. Kami boleh ambil sebanyak yang mungkin. Caj yang dikenakan adalah sebanyak USD27 setiap beg. Kalau tak silap saya, beg plastik yang diberikan boleh menampung berat sehingga 5kg.
Anak-nak cukup seronok dapat memilih epal. Kalau nak diikutkan, kami tak perlu petik pun sebab banyak epal sudahpun gugur dan boleh dipungut di sekeliling pokok.
Sambil memilih epal, kami juga makan epal-epal yang sungguh lazat ini. Epal-epal di sini sangat JUICY!!
Masker Farm juga menyediakan kawasan rehat untuk para pengunjung. Selain meja makan dan bangku rehat, mereka turut menyediakan tapak fun fair kecil di mana pengunjung boleh menunggang kuda.
No comments:
Post a Comment