Assalamualaikum,
Sewing makes me happy!!!
Made with Love,
Nadia
Apa yang paling seronok bila dapat jahit baju anak-anak?
Pada saya, keseronokan dan kepuasan menjahit baju anak-anak adalah apabila anak-anak gembira dapat melihat sendiri proses baju itu dijahit dan dapat pakai dengan bangganya.
Yang paling seronok sekali pada saya ialah apabila baju itu dapat diguna pakai bukan hanya sekali sahaja tapi dapat digunakan pula untuk adik-adik!!
Pada tahun 2011, saya jahitkan RUFFLE TOP KUNING ini untuk Aisya. Ruffle top ini adalah daripada tutorial Kelly "Sewing in no mans land". Pada masa ini, saya baru sahaja belajar dan berjinak-jinak untuk menjahit.
Saya masih ingat betapa susahnya saya nak memahami pattern baju ini dan terkial-kial nak handle mesin jahit saya. Tersangkut tu memang tak boleh nak kira rasanya, memang banyak kali asyik tersangkut. Tapi segala susah tu berbaloi bila baju tu dapat siap walaupun tak berapa sempurna jahitannya.
Hati saya berbunga-bunga kembali pada hari ini apabila tengok Alya pula yang dapat menggayakan baju ini...Yeay!!
Alhamdulillah, Alya suka sangat dapat baju ini. Berkali-kali Alya cakap "tik!!" sambil pengang baju... "Tik" tu cantik dalam bahasa Alya.
Aisya juga suka bila nampak adiknya pakai baju lamanya. Dulu Aisya juga suka sangat dengan baju ni.
Sewing makes me happy!!!
Made with Love,
Nadia
bila la sy nak hebat cam nadia nii.. jeles..
ReplyDeleteAlaaa Ayu Zan apa kurangnya..takpe, banyak masa lagi untuk practise..lama-lama nanti Ayu pun akan terkejut dengan kemampuan sendiri, terutamanya bila tengok balik hasil-hasil kerja.. All the best for you!! :)
Delete