Saturday, May 16, 2015

Free Pattern : Crochet Cupcake (It's my birthday!!!!)

Assalamualaikum,


Bulan Mei adalah bulan birthday bagi saya..Banyak sangat birthday party dalam bulan ini. Dalam keluarga kami sahaja ada 2 birthday iaitu birthday saya dan juga Aisya.

Happy birthday to Aisya and Mama!!!

Selain itu, terlalu banyak jemputan birthday party daripada kawan-kawan sekolah Aira dan Aisya. Hampir setiap minggu ada jemputan. Pheww!! Jenuh juga nak ready kan hadiah.

Saya suka "handmade present". Kalau ada masa memang saya akan buatkan "handmade present" untuk kawan-kawan sekolah Aira dan Aisya.

Untuk 'handmade present' kali ini, saya buatkan cupcake crochet.




Cupcake ini memang popular di sekolah Aira dan Aisya. Kalau ada birthday party je, saya akan buatkan cupcake ini. Sampai ada kawan Aisya yang memang minta nak hadiah ini bila birthday nya akan datang... hehe.



Oleh itu, sempena hari jadi saya hari ini saya hadiahkan pattern ini secara percuma..yeay.

Free Pattern!!




Cupcake ini bersaiz kecil. Saya namakan "Cute Cupcake". Saya gunakan benang minlon dan hook size 3.5mm untuk projek ini. Warna pula, terpulang kepada selera masing-masing. Biasanya saya gunakan lebihan benang-benang memandangkan projek ini tak perlu menggunakan benang yang dalam kuantiti yang banyak.

Ini adalah projek mudah. Jika sesiapa ada skill crochet asas pun boleh buat cupcake ini.

Ada banyak cara di luar sana. Tapi ini adalah cara saya crochet cupcake comel ini.

Kita perlukan:

1. Benang Minlon pelbagai warna
2. Isi Polyester (Seperti dalam bantal ataupun soft toy)
3. Jarum embroidery yang tumpul (jarum cross stitch)

Terminologi

Sc: Single crochet
Dc: Double crochet
Dec: Decrease
slst: Slip stitch
st: Stitch
sts: Stitches
stitch marker: Penanda (boleh juga gunakan serpihan benang yang berlainan warna sebagai penanda)
Magic Ring: Sesiapa yang tidak pandai buat magic ring, bolehlah cuba belajar menggunakan you tube dan search "Magic Ring Crochet".

Cake
(R1-R6 - work in round, do not slip stitch)

R1- 6 Sc into magic ring, close ring. (6 sts)

R2- 2 Sc into st, put stitch marker at the end. (12 sts)

R3- *1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch marker at the end. (18 sts)

R4- *1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch marker at the end. (24 sts)

R5- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around, put stitch at the end. (30 sts)

R6- Sc into back loops of each st, chain 1. (30 sts)

(R7- R11)- Sc into every st, slst at the end of every round. (30 sts)

R12- chain 1 * Sc into next 4 st, 2 Sc* all around, slst at the end of the round. (36 sts)

R13- chain 1, Sc into every st, slst at the end of the round. (36 sts)

R14- chain 1, *Sc into next 4 st, 1 dec st*, slst at the end of the round.

Break yarn.

Frosting 
(Works all around, do not slst)

R1- 6 Sc into magic ring. (6 sts)

R2- 2 Sc into all st. (12 sts)

R3- *1 Sc, 2 Sc* all around. (18 sts)

R4- *1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (24 sts)

R5- Sc into every st around. (24 sts)

R6- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (30 sts)

R7- *1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 1 Sc, 2 Sc* all around. (36 sts)

(R8- R10)- Sc into every st. (36 sts)

R11- Skip one st, 5 dc into next st, skip one st, slst* all around.

Break yarn, leave a long tail to sew with.

Memasang cupcake:

1. Jahitkan "sprinkle" pada bahagian frosting cake menggunakan jarum besar yang tumpul dengan benang pelbagai warna.

2. Masukkan isi Polyester ke dalam cake dan jahitkan frosting kepada bahagian kek. Jahit pada bahagian dalam "scalloped edge".

Happy Baking your cupcakes!!

Selamat Mencuba!


Nadia.

No comments:

Post a Comment