Monday, May 26, 2014

Jalan-jalan Cari Kedai Mesin Jahit di Dakar


Selepas apa yang terjadi kepada mesin jahit kesayangan saya minggu lepas pada 13 Mei (cerita mesin jahit saya ada DISINI ), saya dan suami saya bercadang untuk mencari kedai mesin jahit Singer yang ada di Dakar. Mana tahu, mungkin ada yang boleh betulkan mesin jahit saya...huhu.

Menurut kata salah seorang staff di office encik suami, ada satu kedai mesin jahit jenama Singer yang besar di Dakar. Katanya kedai tu adalah kedai yang paling besar menjual mesin jahit jenama Singer berserta sekolah menjahit. 

Kami pun pergi ke kedai yang dikatakan oleh beliau yang terletak di Medina. Medina, the most populated district in Dakar. Kalau time weekdays, jangan harap dapat masuk sini...memang jalan jem gile!

Berbalik kepada kedai mesin jahit Singer ni. Rupanya-rupanya kedai tu sudah tutup dan berpindah ke kedai yang lebih kecil. Sekolah menjahit pun sudah tutup. Mungkin sekolah menjahit ini sudah tidak mendapat sambutan lagi di kalangan golongan muda. Mungkin kini ramai golongan wanita yang sudah berpelajaran dan menyambungkan pelajaran ke universiti tempatan. 

(Saya sedang berdiri di depan kedai Mbay Singer yang baru)

Saya sudah mula seronok bila dah nampak kedai Mbay Singer ni. Tapi rupa-rupanya kedai ini kosong. Yang ada cuma dua mesin jahit Industri dan beberapa biji peti sejuk. Kedai ini dah jadi macam store untuk simpan barang. Lelaki yang menjaga kedai tu kata, kalau nak tengok dan beli mesin jahit, kami terpaksa ke kedai mereka yang terletak di tempat lain. Katanya, semua mesin jahit ada di situ. Hai...rasa macam treasure hunt pulak melompat dari kedai ke kedai yang lain.

Kami pun meneruskan perjalanan kami untuk mencari kedai yang dimaksudkan itu. Tak jauh pun, dekat je rupanya.

(Saya di depan kedai)

Tapi bila dah sampai, haha..saya rasa macam tak nak turun kereta! Takut tengok kawasan kedai tu. Saya terus terfikir, boleh ke nak tinggalkan mesin jahit kesayangan saya kat sini? Risau saya. Tapi selepas Encik Suami pujuk, saya pun rasa apa salahnya saya cuba turun dulu dan tengok apa yang mereka ada. 

Kedai ni kecil sahaja, tapi penuh dengan mesin jahit lama, antik  dan mesin jahit industri. Saya lihat ada pekerja yang sedang membetulkan mesin  jahit.

Silap-silap, kedai ni boleh dijadikan muzium. Ingatkan kebanyakkan mesin yang ada dalam kedai ni mesin jahit yang rosak dan tak digunakan. Tapi, rupa-rupanya mesin-mesin lama ini masih lagi di jual (second hand).


Mesin jahit industri yang ada dalam kedai ini.


Macam-macam model ada kat sini. Ini kali pertama saya jumpa mesin jahit jenama Vigorelli. Saya di maklumkan bahawa mesin jahit ni adalah jenama dari Italy.


Menurut tuan kedai, mesin jahit antik Bernina ini adalah dari tahun 70an. Pada ketika itu, ia merupakan antara mesin jahit premium dan hanya mampu dibeli oleh golongan kaya sahaja.

Kita dapat lihat daripada gambar diatas, walaupun mesin jahit ini dah lama tetapi masih kelihatan kukuh. Malah warna hijau badannya masih cantik lagi.


Saya tertarik dengan mesin Brothers yang warna putih sebelah kanan tu. Menurut kata tuan kedai, ini adalah mesin jahit embroidery profesional keluaran tahun 80an. Saya sungguh tertarik dengan mesin jahit ni, saya cuba bertanya berapa harganya. Malangnya, harga yang ditawarkan oleh tuan kedai mahal sangat, lebih kurang RM3000. 

Selain mesin jahit second hand, mereka masih lagi jual mesin jahit baru jenama Singer. Malangnya, model yang ada semuanya model lama. Ada dua pilihan....pertama, mesin jahit tangan dan kedua mesin jahit kaki. Mereka juga berikan perkhidmatan percuma untuk tambah motor untuk mesin jahit tersebut.

Model yang mereka nak jual tu, lebih kurang sama dengan mesin jahit arwah nenek saya dulu..hehe...Malangnya,saya tak sempat nak ambil gambar mesin jahit tersebut.



Selain daripada mesin jahit lama, saya juga terjumpa tapak mesin dan kotak jarum mesin lama.

Setelah melihat keadaan mesin-mesin jahit yang ada dalam kedai ni, memang comfirm saya tak boleh hantar mesin jahit saya untuk dibaiki disini. Tapi apa-apa pun saya tetap rasa happy, saya dapat menimba pengalaman yang tak mungkin saya alami kalau mesin jahit saya tak rosak di Dakar ni.

Berikut ada beberapa gambar sepanjang perjalanan ke kedai tersebut. Ada macam-macam kedai yang ada disini. Dan saya dapat lihat banyak kedai material ( kain PVC) yang sesuai untuk buat kerusi (maaf, tak ada gambar).






1 comment: