Monday, May 19, 2014

Crochet Stool Cover Beserta Tutorial Mini Crochet Square

Assalamualaikum... Bonjour to all crocheters...



Hari ini saya ingin berkongsi hasil projek crochet saya. Sebenarnya projek crochet ini telah lama saya mulakan, tapi hasilnya lambat sikit daripada perancangan asal. 

Untuk menyiapkan projek ini, saya telah membawa projek ini kemana sahaja saya pergi. Setiap kali saya keluar rumah ia tetap akan ikut saya..hehe.. Tak kira sama ada keluar minum petang, excersice pagi dengan anak-anak, makan tengahari, kemana saya pergi saya pasti akan bawa projek ini.





 Alhamdulillah.... Akhirnya, stool tempat letak kaki rocking chair saya ni dapat cover baru. Saya gunakan kombinasi warna-warna pelangi untuk cover ini. Pereka pattern untuk cover ini adalah Aira. Aira yang pilihkan warna dan menyusun warna cover ini. Aira adalah penasihat utama saya untuk projek kali ini..hehe.. terima kasih Aira.

Untuk hasilkan cover kerusi kecil ini, saya gabungkan mini crochet square dari pelbagai warna. Proses dan pattern yang saya gunakan mudah sahaja. Jika anda ada basic crochet, pasti mudah untuk hasilkan apa sahaja menggunakan pattern ini.


Material yang saya gunakan adalah cotton yarn. Cotton yarn ini saya beli daripada kedai tempatan yang ada di Dakar. Size hook yang saya gunakan adalah 3.5 mm.

Untuk crochet square ini adalah daripada pattern asal granny square cuma mini square ini lebih padat (solid granny square) daripada granny square yang biasa.

Tutorial Mini Crochet Square

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana saya hasilkan mini square ini. Ada pelbagai cara di luar sana, tapi ini adalah cara yang saya gunakan untuk menghasilkan cover kerusi saya ini.


1. Mula dengan Magic ring, chain 2, 11 double crochet ke dalam ring. Tarik dan tutup ring, slip stich kedalam bahagian atas permulaan chain 2 tadi.


2. Chain 2, 1 double crochet ke dalam dc pertama, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (1st corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch yang seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (2nd corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (3rd corner). 1 double crochet ke dalam 2 stitch seterusnya, 5 double crochet ke dalam stitch seterusnya (4th corner).

3. Slip stitch pada permulaan chain.


4. Mini square siap.



Untuk menghasilkan crochet cover stool saya ini, saya mencantum semua mini crochet square saya menggunakan teknik  "Crochet as you go".  Teknik ini mudah dan cepat. Sesuai untuk saya yang suka hasil projek siap dengan cepat.



Saya cantumkan kesemua mini square dan pinkan selama satu malam untuk menghasilkan hasil yang lebih kemas.


Setelah selesai mencantum semua mini square dan pinkan untuk satu malam, saya teruskan dengan crochet basic granny square di sekeliling dan decrese stitch untuk menghasilkan kesan grip pada hujung stool.


Saya sangat suka dengan hasil projek crochet saya ini. Alya pun suka juga. Alya tertarik dengan kombinasi warna pada cover ini. Saya gunakan rocking chair ini untuk menyusukan Alya dan bila selesai menyusu, saya akan luangkan masa untuk mempekenalkan warna-warna ini kepada Alya. Mata Alya akan terbuka luas bila melihat warna-warna terang pada crochet cover ni.



Sekarang, crochet cushion saya yang saya letak pada kerusi ini sudah mempunyai teman baru, alhamdulillah...bertambah lagi koleksi crochet saya.


4 comments:

  1. ko buat aku rasa nak belajar je... tapi tangan aku kaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..mana ada tangan ko kaku?..aku rasa ko lagi kreatif dari aku irma..you can do it!! : )

      Delete
  2. kalau ikutkan hati nak juga kak aifa ber crochet... tengok Nadia buat cam senang je... tapi mata dah tak boleh nak tenung lama-lama... nak potong or kopek bawang pun kena pakai spec... ini kan pula nak ber crochet... :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, nasib baik saya ni memang dah sedia kala pakai spec..:D

      Delete