Alhamdulillah, bulan ini pihak sekolah anak saya menganjurkan "Cultural Month". Sepanjang satu bulan ini pelbagai aktiviti telah mereka jalankan. Anak-anak dapat belajar dengan lebih mendalam tentang budaya Senegal dan juga budaya negara-negara lain yang terlibat.
Saya bergambar dengan Ambassador Malaysia.
Untuk majlis penutup Cultural Month ini, mereka telah meminta ibu bapa untuk membuka booth untuk memperkenalkan budaya daripada negara masing-masing. Oleh itu, saya dan suami menawarkan diri kami untuk mewakili Malaysia.
In merupakan kali pertama kami terlibat secara langsung untuk buka booth Malaysia di sekolah. Selama ini kami selalu tolong kawan-kawan sahaja. Kali ini giliran kami pula. Maklumlah anak dah makin besar, maka terpaksalah kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh yang baik. Selain berbangga dengan negara sendiri, saya pun nak anak-anak berbangga bila tengok mama dan papa terlibat dengan aktiviti sekolah.
Kami tak ada banyak barang Malaysia yang boleh digunakan untuk pameran ini memandangkan kami cross posting dari Bahrain. Tak dapat nak beli dan bawa banyak barang-barang yang sesuai untuk acara seperti ini. Walaubagaimanapun, sepatutnya kami perlu lebih bersedia dari awal. Ini adalah pengajaran buat kami untuk masa akan datang.
Kami juga kekurangan masa untuk menyediakan barangan untuk display. Ini kan tahun pertama kami di sini, tak cukup pengalaman. Saya sibuk dengan baby, suami pula sibuk dengan kerja di office. Alhamdulillah ada seorang lagi Malaysian, Gina yang datang membantu kami meskipun dengan booth Australia (suami beliau orang Australia). Gina banyak membantu kami di waktu yang paling sibuk iaitu lawatan daripada Elementary section. Terima Kasih Gina!!!
Untuk menyelesaikan masalah kekurangan barang untuk kami pamerkan di booth kami, saya terfikir idea untuk memperkenalkan mainan tradisional kita iaitu "Batu Seremban". Alhamdulillah, idea batu seremban saya mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar. Ramai yang berminat untuk belajar bermain batu seremban. Batu seremban yang kami pamerkan adalah hasil dari batu seremban INI.
Selain daripada batu seremban, kami juga adakan aktiviti mari belajar bahasa Malaysia. Encik suami menyediakan carta Malay Phrases yang kami tampal pada display board. Idea ini sangat menarik dan juga mendapat sambutan. Bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah suka dengan crash course ni, malah para ibu bapa dan guru pun suka bila dapat belajar bahasa Malaysia.
Untuk makanan dari Malaysia, saya sediakan kuih muih. Saya masak kuih lapis dan juga kuih pandan bakar. Selain dari dua jenis kuih itu, kami bernasib baik kerana ada kawan yang baik hati untuk masakkan kuih kacang ataupun sesetengah orang namakan ia kuih kasturi ataupun kuih rengas. Selain itu, ada juga karipap dan kuih cucur badak. Alhamdulillah semua kuih habis.
Masing-masing pun sibuk nak memperagakan pakaian tradisional dari negara mereka. Seronok tengok bila semua kanak-kanak ni berbangga dengan pakaian mereka. Pelbagai warna dan pelbagai jenis.
Aira dan Aisya pun nak join. Asalnya, saya yang akan temankan mereka untuk naik ke pentas, tapi last minit pelan asal terpaksa ditukar. Papa yang temankan Aira dan Aisya naik ke pentas.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah tahun hadapan kami akan sertai lagi...
Malaysia Boleh!!!