Alhamdulillah pada 21 January 2016 Mahathir genap berumur 1 tahun. Happy Birthday my handsome boy!!
Mama love you so much...
Mahathir sambut harijadi pertama di Malaysia bersama ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, pada harijadi setahun Mahathir dapat disambut bersama ahli keluarga yang lain. Opah, nenek, tokwan dan atok cukup seronok kerana sudah hampir setahun tak berjumpa dengan Mahathir.
Pada harijadi Mahathir yang setahun ini, mama nak mengingati Mahathir pada saat ini:
1. Mahathir masih belum tumbuh gigi walaupun sebatang. Namun, meskipun masih belum ada gigi, Mahathir sudah mula mengigit ketika sedang menyusu. Mahathir juga suka gigit Mama, Papa, dan kakak-kakak.
2. Mahathir masih belum berjalan tetapi sudah mula hendak mencuba berdiri tanpa memenggang apa-apa. Go Mahathir!!
3. Mahathir merangkak laju hingga berbunyi-bunyi tapak tangan menepuk lantai.
4. Mahathir sungguh pemalu orangnya. Dia akan menyorokkan muka di badan Mama jika orang yang tidak dikenali menegur ataupun melihat. Bukan dengan orang asing sahaja, dengan Atok, Tokwan, Nenek dan Opah pun Mahathir malu.
5. Mahathir tak berapa suka makanan yang manis.
6. Mahathir tak boleh makan pisang. Jika Mahathir makan pisang, pasti akan muntah semula.
7. Mahathir suka bermain dengan Kakak, Kak Aisya dan juga Kak Alya.
8. Mahathir suka sangat dengan Papa!! Kalau nampak Papa balik dari office terus nak melompat ke Papa.
9. Mahathir suka menyanyi lagu "Happy Birthday" dan "Twinkle twinkle little star". Kalau nyanyi lagu ni mesti tepuk-tepuk tangan.
10. Mahathir sangat suka senyum. Mama sangat suka dengan senyuman Mahathir yang menawan.
Semoga Mahathir menjadi anak yang soleh, baik dan mendengar kata. We love you so much!! I will never forget the day that you made me a Mommy to a baby boy! Happy birthday to my baby boy!