Monday, August 17, 2015

Casino Supermaket

Assalamualaikum

Di Dakar, Senegal kami sekeluarga membeli-belah barang-barang dapur di Casino Supermarket.

Antara barang-barang yang terdapat di supermarket ini.


Pelbagai jenis nutella dan pelbagai jenis jenama untuk nutella. Bukan itu sahaja, ia juga di jual dalam pelbagai size. Ada size besar!



Biskut-biskut 



 Nescafe classic di dalam tin.


Di sini terdapat banyak kopi untuk coffee maker. Ada macam-macam jenis jenama dan pelbagai perisa.



Pelbagai jenis kopi, tapi pilihan saya adalah Nescafe Special Filter Decaffeinated.

Ada banyak jenis candy-candy yang menarik. Tapi malangnya semua chewy candy yang ada di sini tak boleh dimakan kerana semuanya ada pork based gelatin seperi dalam gambar di bawah.


Di sini juga terdapat macam-macam jenis coklat.



Air kelapa dalam tin serta taugeh dalam tin. Di Dakar ni susah nak dapat taugeh fresh. Kalau ada pun ikut musim, 


InsyaAllah, saya akan berkongsi lagi barang-barang yang dijual di Dakar, Senegal ini.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca blog saya.

Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, August 12, 2015

First day of School 2015

Assalamualaikum,

Sessi persekolahan 2015/2016 bermula hari ini. Aira akan masuk 3rd grade dan Aisya pula 1st grade.

Ya Allah, mana perginya masa setahun ni? Rasanya baru 2 bulan lepas hantar Aira dan Aisya pergi sekolah untuk hari pertama diorang ni tahun lepas!! Macam baru sedar daripada koma / tidur yang panjang je! Tup, tup harini dah masuk gred baru. Cepat sungguh masa berlalu sampai tak sedar anak-anak makin membesar. Stop growing pleeeease girls!!

Seperti tahun lepas, kami akan bergambar hari pertama persekolahan sambil masing-masing memegang tanda gred. Seperti dalam post "Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (5): First day of school" 

Aira dan Aisya sungguh teruja untuk memulakan sesi persekolahan tahun ini. Tak sabar nak bersama kawan-kawan masing-masing di dalam kelas dan guru yang baru.




Aira happy dan excited nak mula 3rd gred.

Aisya pula terasa sungguh seronok kerana untuk murid 1st grade, mereka dapat pindah ke playground yang sama dengan Kak Aira. Sebelum ini, Aisya bermain di playground yang berasingan semasa Pre-K dan Kindergarten. Aisya juga dapat masa rehat lunch break yang sama dengan Kak Aira.


Semestinya Aira dan Aisya happy dapat pergi sekolah selepas cuti yang panjang, Alya pula sebaliknya. Kesian Alya kene tinggal di rumah bersama dengan Mahathir. Lepas ni, Alya pasti akan tercari-cari kakak-kakak dan tak sabar menanti kakak pulang dari sekolah.

Rutin lunch pack, after school snack semuanya akan bermula kembali.

Dan semestinya, bila sesi sekolah telah bermula Mama pula ada masa lebih untuk berCraft!! 

Maybe I should start a new project, hehe...

Seperti di dalam post "Tingkatkan Keyakinan Diri Anak (5): First day of school"  Keyakinan diri anak-anak akan meningkat di mana mereka akan lebih seronok dan bersemangat untuk memulakan hari pertama sekolah.  

Terima kasih kerana sudi singgah membaca blog saya.

Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.

Happy Back to School!!


Wednesday, August 5, 2015

Polkadot blanket

Assalamualaikum,

Projek crochet saya buat masa ini adalah "Polkadot Blanket". Saya mula polkadot blanket ini sebelum bulan Ramadhan lagi iaitu pada 10 Mei 2015. Ini adalah projek blanket size besar saya yang pertama. Sebelum ini, saya hanya crochet baby blanket sahaja.


Pattern asal saya ambil daripada buku "100 Colorful Granny Squares to Crochet" oleh Leonie Morgan. Buku ini telah saya beli di MPH Malaysia. Pattern asalnya telah saya olah sedikit dengan menukarkan warna serta saiz.




Saya gunakan benang Drops Safran Combed Cotton. Benang ini saya beli semasa kami sekeluarga bercuti di London pada tahun lepas. Kerana terlalu sayangkan benang-benang ini, lama saya simpan, Akhirnya saya guna juga benang-benang ini untuk crochet projek yang besar. Selimut ini saya namakan "Polkadot Blanket". Progress selimut ini selalunya saya kongsikan di Instagram.

+

Kerana sibuk dengan anak-anak serta projek menjahit, progress selimut ini sedikit lambat. Saya hanya mampu untuk crochet hanya 3-4 keping square sahaja setiap hari. Saya hanya dapat crochet projek ini sahaja buat masa ini, saya tak mampu nak buat projek crochet lain. Mungkin bila Mahathir dan Alya besar sikit, mungkin saya dapat crochet dengan lebih banyak projek...Insya Allah.


Sepanjang bulan Ramadhan, saya terpaksa menjalanai terapi physio kerana masalah lutut. Semasa menjalani terapi berkenaan saya ambil kesempatan untuk crochet polkadot blanket ini. Oleh itu, kotak projek polkadot blanket ini saya akan sentiasa letak di dalam beg.

Ini adalah lakaran-lakaran design polkadot blanket saya. Option yang saya pilih adalah option ketiga memerlukan 30 polkadot bagi setiap warna. GO NADIA!!!


Projek Polkadot Blanket ini banyak mengajar saya untuk bersabar. Kebiasaanya sebelum ini, selagi projek tak siap saya tak dapat nak tidur lena. Tapi dengan Polkadot Blanket ini, saya dapat mengajar diri saya untuk bersabar dan bekerja dengan mengikut kadar yang saya mampu.

Saya berharap polkadot blanket ini dapat siap sepenuh sebelum berakhirnya tahun 2015.

Wish me Luck!!


Terima kasih kerana sudi singgah membaca blog saya.

Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.




Friday, July 31, 2015

Koleksi benang crochet saya.

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang koleksi benang crochet saya.


Saya suka mengasingkan jenis-jenis benang mengikut projek yang berbeza. Tidak semua benang boleh diguna pakai sesuka hati untuk semua projek.

Contohnya untuk amigurumi saya akan guna benang yang berbeza dengan doily dan juga selimut. Saya juga membezakan jenis benang yang saya gunakan untuk selimut baby dengan selimut biasa. Untuk selimut baby saya suka gunakan "Baby Yarn" yang khas untuk baby.

Selain itu, saya juga gemar mengumpul benang dari setiap tempat yang pernah saya lawati. Koleksi benang yang saya ada sekarang ini saya kumpul dari pelbagai tempat. Ada yang saya beli di Malaysia, Bahrain, London, New York dan juga Senegal.

Di Malaysia, banyak benang saya beli adalah benang jenama Minlon. Benang Minlon murah dan senang untuk didapati sesuai digunakan untuk belajar dan berlatih.

Di Bahrain pula saya banyak kumpul benang jenis wool untuk crochet amigrumi. Sepanjang 3 tahun berada di Bahrain, saya telah mengambil peluang untuk mengumpul pelbagai jenama dan jenis wool yarn.

Di Bahrain juga saya mula crochet menggunakan "cotton thread". Tapi saya tak berkesempatan untuk membeli banyak warna benang jenis cotton thread ini. Dulu saya tak pandai sangat  crochet guna benang halus ni. Pada ketika itu, saya sangka kita hanya boleh crochet doily sahaja menggunakan benang halus. Apabila dah sampai Senegal barulah saya belajar untuk crochet applique dan saya suka hasil applique menggunakan benang halus.


Di Senegal pula, saya jumpa "cotton thread ball" yang lebih tebal berbanding di Bahrain. Saya bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Kali ini bila jumpa saja benang yang saya berkenan, saya borong beli berkotak-kotak..hehehe.


Dsebabkan di Senegal susah untuk mendapatkan bekalan benang crochet, semasa bercuti di London tahun lepas saya tidak lepaskan peluang untuk membeli benang "Cotton Yarn" yang lama saya inginkan. Lama juga saya simpan benang ni sebab sayang nak guna. Tapi akhirnya, saya gunakan benang ini untuk dijadikan selimut. Benang jenis ini sangat lembut. Agak susah untuk crochet gunakan benang ini. Oleh sebab itu, saya perlu lebih cermat dan berhati-hati.

Semasa melawat Encik Suami di New York pada bulan Oktober yang lepas, saya juga sempat untuk membeli benang wool acrylic jenama "Vanna's Choice" daripada Lion Brand. Satu kotak jugalah saya borong. Selain itu, Encik Suami saya juga dengan baik hatinya membelikan untuk saya benang "Sugar & Cream" dan "Bernat Cotton De Lux".


Saya juga suka untuk susun semua benang-benang saya mengikut klasifikasi masing-masing.

Setakat ini, saya ada :



1. "Cotton Crochet Thread" :  Saya gunakan benang jenis ini untuk crochet doily, applique untuk
   dilekatkan pada baju, topi, ataupun beg.


2. "Cotton Yarn" :  Saya gunakan benang jenis cotton ini untuk selimut, granny square dan kadang-kadang untuk amigurumi.


3. "Wool Yarn" :  Saya gunakan benang jenis ini untuk pelbagai guna. Jenis benang ini sangat senang untuk diurus. Sekiranya saya baru belajar teknik crochet yang baru, saya biasanya akan gunakan benang ini kerana ianya sangat mudah diurus berbanding dengan "cotton yarn". Projek-projek yang saya buat menggunakan benang ini adalah seperti granny square, amigurumi dan crochet cushion cover dan Amigurumi.


4. "Baby Yarn": Saya suka gunakan benang jenis ini untuk selimut dan barang-barang baby seperti booties.



Selain koleksi benang, saya juga ada beberapa buah buku crochet yang saya kumpul. Buku-buku saya ada yang saya beli di Bahrain dan Malaysia. Ada juga buka yang Encik Suami belikan di New York. Selain buku, di Senegal ni senang nak dapat majalah crochet. Cuma semua majalah yang dijual adalah dalam bahasa Perancis. Tapi dengan bantuan diagram crochet, dapatlah saya guna juga majalah crochet yang dibeli di sini. 

Selain buku dan majalah, saya juga suka untuk print dan simpan pattern daripada internet. Saya kumpulkan pattern yang saya suka di dalam folder biru polkadot. Ada juga pattern yang saya tak print cuma simpan didalam folder email dan rujuk ipad apabila hendak crochet.

Setakat ini sahaja koleksi buat masa ini. Saya harap dapat mengembangkan lagi koleksi saya ini pada masa akan datang. Cuma satu masalah yang perlu saya fikirkan....mana saya nak letak semua benang-benang ni nanti? Oleh itu saya perlu berusaha lebih untuk crochet.

Let's get ready to crochet!!


Monday, July 27, 2015

Projek "Charity Shorts and Skirts"

Assalamualaikum,

Pada post yang lepas (Juadah Ramadan : Puding Jagung), saya ada menceritakan tentang projek bulan Ramadhan bersama Aira dan Aisya. Projek "Charity Shorts and Skirts for the Homeless". Idea asalnya adalah daripada Aira.

Sejak datang ke Senegal, Aira dan Aisya lebih prihatin dengan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik. Berbeza dari persekitaran yang selesa dan cantik di Bahrain, persekitaran di Dakar, Senegal jauh lebih daif. Kos hidup di sini amat tinggi. Kadar penganguran pula mencecah hampir 50 peratus.

Aira dan Aisya cukup terkesan dengan persekitaran ini. Setiap kali keluar rumah memang akan nampak ramai kanak-kanak kecil yang berkeliaran. Ada yang minta sedekah dan ada yang bermain di tepi-tepi jalan menemani ibu dan bapa mereka bekerja. Kanak-kanak ni pakaian mereka selalunya buruk, kotor dan mereka selalunya berhingus.

Aira selalu nampak saya menjahit baju-baju untuk Aira dan adik-adik. Oleh itu, dia ingin buatkan sesuatu untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Untuk menyokong idea Aira, saya pun selongkar semua koleksi pattern yang saya ada. Saya cuba untuk mencari pattern yang mudah supaya kami dapat buat sesuatu dengan cepat dan kuantiti yang banyak sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pattern yang saya pilih juga perlulah sesuai untuk Aira dan Aisya bantu. Oleh itu, saya pilih pattern Basic Pants dan Simple Skirt daripada blog Dana.



Skirt yang telah siap.



Seluar- seluar yang telah siap.

Aira dan Aisya membantu saya untuk menggunting pattern pada kertas dan lekatkan pattern, gunting getah dan juga gunting label. Dan sudah pastinya tugas Mama adalah untuk menjahit semua seluar-seluar dan skirt. Ini adalah pertama kali saya menjahit sesuatu dalam jumlah yang banyak. Disebabkan tak biasa, saya terpaksa memakai mask menutup hidung kerana hidung saya mula untuk merasa gatal-gatal kerana habuk kain yang banyak. Fuhhhh!! Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan 14 skirt dan 11 seluar sebelum Aidilfitri.


Aira membantu untuk memasukkan getah ke dalam seluar dan Aisya pula bantu saya untuk menajamkan jarum peniti supaya mudah untuk digunakan.


Seluar dan skirt yang sedia untuk dihantar kepada orang-orang miskin di sekitar rumah kami.


Meskipun negara tempat kerja Encik Suami kali ini tidak seindah tempat sebelum ini, namun saya sangat bersyukur dengan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah. Anak-anak saya dapat belajar bahawa hidup ini tidak sama rata. Namun ini adalah supaya kita sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. 

Semoga Aira dan Aisya akan terus menjadi anak-anak yang sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Amiin.

Tuesday, July 21, 2015

Aidilfitri di Senegal

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua.


Ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga beraya di Senegal. Sama seperti tahun lepas, Aidilfitri di Senegal disambut secara sederhana. Kuih raya tahun ini semuanya homemade; honey cornflakes, chocolate chip cookies dan kuih kegemaran Aira, kuih sarang semut. Saya cukup bertuah kerana tahun ini kedua-dua pembantu khas saya, Aira dan Aisya cukup rajin menghulurkan bantuan. Tahun ini juga ada 'pengacau raya' iaitu Alya. Berkecah dapur dibuatnya. 

Selain kuih raya, kami juga buat cupcake raya. Buttercream untuk cupcakes ini agak comot, almaklum lah banyak tangan yang membuatnya.



Tahun ini juga saya gembira sebab dapat menjahit baju raya anak-anak. Buat pertama kalinya saya berjaya eksperimen baju kurung peplum untuk anak-anak dara saya. Selain itu saya juga turut berjaya jahit baju melayu rompers untuk anak teruna saya, Mahathir. 

Ini adalah kali pertama saya menjahit baju untuk anak lelaki. Alhamdulillah, ada yang baik hati berkongsi pattern baju melayu rompers ni di group Dunia Jahitan & Buku Jahitan (Facebook).



Bergambar sebelum solat raya.

Adakah ini tahun terakhir kami beraya di Senegal? Allah juga Maha Mengetahui.

Selamat hari raya minal aidil walfaizin.

Sunday, July 12, 2015

Juadah Ramadan : Puding Jagung

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Ramadan Kareem kepada kawan-kawan semua. Selamat Menyambut Bulan Puasa dari kami sekeluarga.

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini saya tidak berkesempatan untuk menulis blog. Kesibukan melayan anak-anak serta beribadah di bulan Ramadan ini membantutkan tempo penulisan blog saya. 

Sebahagian besar kesibukan ini adalah kerana tahun ini merupakan tahun pertama Aisya mula untuk belajar berpuasa. Bulan puasa pada tahun ini jatuh pada cuti Summer Holiday. Melayan anak-anak menjadi tugas utama. Tambahan pula, Alya juga semakin lasak dan Mahathir makin kuat menyusu.

Pada minggu pertama berpuasa, susu badan saya kurang secara tiba-tiba. Susah hati juga saya, Mahathir asyik merengek. Saya cuba berusaha dengan makan lebih dan menambah intake vitamin. Alhamdulillah susu semakin bertambah dan Mahathir pun kurang merengek.

Selain dengan sibuk dengan anak-anak kecil dan anak-anak yang baru belajar berpuasa, saya juga sedang sibuk dengan projek Ramadan bersama Aira dan Aisya iaitu "Charity Shorts and Skirts for the Homeless". Projek ini sebenarnya diilham oleh Aira. Dia selalu melihat kanak-kanak yang berpakaian compang-camping di sekitar kawasan rumah kami, Oleh itu, Aira berhasrat untuk mendermakan seluar pendek dan skirt kepada mereka. Aira dan Aisya sungguh gigih membantu saya menggunting pattern. InsyaAllah saya akan ceritakan kisah ini dalam post yang lain nanti.

Ok, kembali kepada tujuan utama post saya hari ini. Saya ingin berkongsi resepi puding kegemaran Encik Suami...Puding jagung!

Bermacam-macam resepi sudah saya cuba, akhirnya resepi dari blog Puan Madihaa juga yang membuatkan saya berjaya. Sebelum ini, saya cuba buat tapi tidak pernah menjadi. Adalakalanya keras ataupun lembik dan kadang-kadang tidak masak. Tapi dengan merujuk blog Dari Dapur Madihaa akhirnya puding jagung saya menjadi...yeay!!! Terima Kasih Madihaa.







PUDING JAGUNG


Bahan-bahan:

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair 

3 cawan air 

1 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan tin yang sama dengan jagung)

1 1/2 cawan tepung kastad  (saya gunakan tin yang sama dengan jagung)

Cara- cara memasak:

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata.

2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hinggalah masak (kental & berkilat). 

3. Masukkan ke dalam loyang atau talam. 

4. Bila sejuk masukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.


Kami sekeluarga makan puding jagung ini dengan buah strawbery. Musim buah strawbery hampir habis di Senegal ni. Alhamdulillah kami sempat beli dan dapat makan bersama puding jagung ni.


Selamat Mencuba!!