Wednesday, March 12, 2014

Bienvenue a' Dakar!



Our new home is in Senegal, West Africa. Sebelum ini saya tak pernah tahu di mana letaknya negara Senegal ni. Ini masanya untuk kita tengok peta Africa. 

Senegal, officially the Republic of Senegal, is a country in West Africa. It is the western most country in the mainland and owes its name to the Senegal river that borders it to the east and north. Senegal is externally bounded by the Atlantic Ocean to the west, Mauritania to the north, Mali to the east, and Guinea and Guinea-Bissau to the south; internally it almost completely surrounds the Gambia, namely on the north, east and south, except for Gambia's short Atlantic coastline (source: Wikipedia)






Bahasa pengantar dan bahasa rasmi di sini adalah Bahasa Perancis. 94 peratus penduduk Senegal beragama Islam. Iklimnya pula adalah tropika. 


Permandangan kami di sini ; lautan Atlantik yang terbentang luas.



Ombak rindu?


Alya's first outing!



Remaja Dakar berlatih gusti (wrestling)


Trafik di Dakar


Aerial view of Dakar

Tuesday, March 11, 2014

Saya kembali!!

Saya kembali!!

Assalamualaikum, apa khabar? 

Setelah lama menghilangkan diri dari mana-mana nadia, kini saya kembali. I'm aware that I have been lagging behind for quite sometime. I have not posted anything last year. I know, I should...

Kenapa saya selama ini? Banyak sebabnya. Satu demi satu membuatkan banyak post yang tertangguh.

Sebab paling utama adalah "Pregnancy!!" Mulalah kurangnya masa duduk di depan komputer. Alahan dan kurang tenaga. Pengalaman yang amat berbeza berbanding waktu mengandungkan Aira dan Aisya. I was so energetic back then dan tak ada masalah alahan. 
Tapi kali ni memang berbeza... badan cepat penat dan lemah bila menjelang petang.

Keduanya, pada bulan Mei 2013 suami terima arahan untuk bertukar ke Dakar, Senegal. Dalam keadaan mengandung yang asal petang je lemah, kami terpaksa berkemas dan bersiap sedia untuk berpindah. 

Encik suami menghantar saya dan anak-anak pulang ke Malaysia untuk bersalin dan encik suami akan terus ke Senegal tanpa kami....sob-sob. Keadaan semakin kelam-kabut dan sedih meninggalkan Bahrain, membuatkan blog ini tertinggal jauh.



Sebab ketiganya, 5 bulan sepanjang kami anak beranak tinggal di Malaysia tanpa encik suami tercinta, mood untuk  update blog bertambah jauh ditinggalkan. Kami anak-beranak masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dan kami bagaikan hidup dalam beg. Saya menunggu masa untuk melahirkan anak, berpantang dan terus bersiap sedia pindah ke tempat baru.

Kini saya kembali lagi. With a new life, new adventures ahead us in a new place. Africa, here we come!!


These are some pictures that we took along the way to our new home. Travelling with kids, its took 7 hours KL- Dubai with transit of 17 hours in Dubai and Dubai- Dakar for 9 1/2 hours (total travelling time 33 1/2 hours...pheeew!).



Aisya with her new baby sister on our way to KLIA




Traveling with my babies

At the Dubai Airport early in the morning for our flight to Senegal



Thursday, December 20, 2012

Princesses 👸

Remember this garland? I made this last March for Aira 5th birthday party. But it is only now that I got the chance to hang it in their playroom. What a busy mama..hehehe.

Now the room is well decorated for my sweet princesses ...; )

Sunday, December 16, 2012

Picnic in the garden

We were supposed to go for picnic (jom pergi beach!!!)... Ermmn, tiba-tiba rasa malas pulak nak drive pagi-pagi ni.

Ok, Kita picnic kat garden rumah je ye...8.00 am siap masak bihun, bentang tikar, air teh panas, pinggan... checked.

Best jugak rupanya santai-santai macam ni. Dapat dengar bunyi burung. Anak-anak pun seronok dapat berlari.. Kalau tidak, asyik terbaring depan TV jer...huhuhu

Sedang seronok berpicnic, hujan pulak turun.. drizzle..; )

Apapun, Alhamdulillah....we had fun!!!









Saturday, December 15, 2012

Hajj 1433H ( Part 1)

Alhamdulillah , kami selamat menunaikan rukun Islam yang kelima tahun ini.

Kami bertolak ke kota Madinah dari Bahrain dengan bas. Memang mencabar jugak. Ye la, first time betul-betul bersama dengan orang local Bahrain.. Ada yang langsung tak boleh cakap English.

Ambil masa satu hari satu malam jugak from Bahrain. Sampai Madinah keesokan hari waktu Asar.
Alhamdulillah... Memang cantik sangat.. Ini first time kami menjejakkan kaki ke Kota Madinah. Sebelum ni masa buat umrah kami straight dari Jeddah ke Mekah je.

Gambar perjalanan serta gambar sekitar Madinah.

Agaknya bila la dapat pergi lagi ek.. InsyaAllah...











Friday, July 20, 2012

Baju uniform raya!

Alhamdulillah.... Sebenarnya dari tahun lepas lagi memang niat nak buatkan baju untuk bibik ni tapi tak berkesempatan. Tahun ni berjaya juga akhirnya.

Saya buatkan baju macam baju kurung tapi lengan pendek skit supaya mudah untuk membasuh pinggan. Kainnya pula saya covert kepada seluar.

Ini pertama kali  la jahit seluar. Alhamdulillah....menjadi. Dari pagi bangun sahur 2.30am subuh 3.15am (musim panas Subuh awal) terus sambung jahit baju and seluar. Break sekejap untuk masak for Aira and Aisya dan bakar kuih bakar pandan, sambung jahit seluar.

Tepat jam 4pm siap. Yeay!

Thursday, July 19, 2012

Cara saya untuk memupuk minat anak pada baju kurung

Anak-anak dara saya sangat suka pakai baju dress, skirt. Ini semua atas pengaruh barbie, princess dan kartun.

Saya cuba nak buatkan dia tertarik dengan baju kebangsaan kita. Errmm, susah jugak kan? Lagi-lagi bila kta tinggal di luar negara.  Dia asyik tertarik dengan apa yang kawan-kawan pakai.

Untuk memupuk minat mereka, ini cara yang telah saya cuba:

1. Saya tambahkan bunga atau reben atau manik bling-bling pada baju kurung mereka.

2. Buat aksesori yang sedondon dengan material baju kurung. Contohnya, saya buat headband guna kain yang sama dengan baju kurung.

Setakat ini, teknik ni agak berjaya. Harap-harap boleh bertahan lama la yer..

; )



Headband bunga



Baju kurung jahit sendiri.... :-)