Thursday, July 19, 2012

Cara saya untuk memupuk minat anak pada baju kurung

Anak-anak dara saya sangat suka pakai baju dress, skirt. Ini semua atas pengaruh barbie, princess dan kartun.

Saya cuba nak buatkan dia tertarik dengan baju kebangsaan kita. Errmm, susah jugak kan? Lagi-lagi bila kta tinggal di luar negara.  Dia asyik tertarik dengan apa yang kawan-kawan pakai.

Untuk memupuk minat mereka, ini cara yang telah saya cuba:

1. Saya tambahkan bunga atau reben atau manik bling-bling pada baju kurung mereka.

2. Buat aksesori yang sedondon dengan material baju kurung. Contohnya, saya buat headband guna kain yang sama dengan baju kurung.

Setakat ini, teknik ni agak berjaya. Harap-harap boleh bertahan lama la yer..

; )



Headband bunga



Baju kurung jahit sendiri.... :-)

No comments:

Post a Comment