Thursday, July 19, 2012

Cara saya untuk memupuk minat anak pada baju kurung

Anak-anak dara saya sangat suka pakai baju dress, skirt. Ini semua atas pengaruh barbie, princess dan kartun.

Saya cuba nak buatkan dia tertarik dengan baju kebangsaan kita. Errmm, susah jugak kan? Lagi-lagi bila kta tinggal di luar negara.  Dia asyik tertarik dengan apa yang kawan-kawan pakai.

Untuk memupuk minat mereka, ini cara yang telah saya cuba:

1. Saya tambahkan bunga atau reben atau manik bling-bling pada baju kurung mereka.

2. Buat aksesori yang sedondon dengan material baju kurung. Contohnya, saya buat headband guna kain yang sama dengan baju kurung.

Setakat ini, teknik ni agak berjaya. Harap-harap boleh bertahan lama la yer..

; )



Headband bunga



Baju kurung jahit sendiri.... :-)

Thursday, June 21, 2012

Bowling 3 negara

Last Monday, ladies diplomatic corps dari 3 bush negara iaitu Malaysia, Brunei Dan Indonesia main bowling di Bowling Planet Bahrain City Center.

Bukan tournament, tapi suka-suka.

Lepas bowling kami ke food court menikmati pizza yang panjang Nya 1 meter dengan 4 perisa.. nyum nyum!!!

Harap-harap next time dapat main lagi bersama Dan maybe boleh tambah from other country pulak.






Tuesday, June 19, 2012

Polka dot dress..

Alhamdulillah, siap pun dress ni.. Punyala lama, asyik kene potong dengan baju lain jer.

Hampir sama, bolehla..
Saya ikut pattern dari The Pop Look pink polka dot. Pop Look punye guna Lycra, saya guna fabric lain. Cotton satin.

Like it!


Juice

Benda wajib yang perlu ada dalam peti sejuk.

Jus oren ni memang sedap and harganya tak semahal mana.

Kat sini, jus dan susu memang murah.

Tuesday, June 12, 2012

Missing all my friends

Huhuhu....tiba-tiba terasa sedih and sayu. Teringat kawan-kawan di Malaysia.

Padahal Kalau kat Malaysia tak jumpa pun. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Tapi entah tak tau kenapa, terasa rindu sangat and terasa nak sangat jumpa dan borak-borak.

Maybe Saya homesick Malaysia kot.

Be happy Nadia! Be strong!

Monday, June 11, 2012

Senaman ok

Well, sudah beberapa minggu lepas memang dah start senaman guna apps dalam phone ni and buat senamtari ...

But I need more!

So, just start yoga this week...  Dengan harapan dapat lose some weight yang berlebih ni.. Huhu