Thursday, October 1, 2015

Throwback: Jalan-jalan New York 2014 (Fun at the park)


Assalamualaikum,

Pada bulan Oktober tahun lepas saya dan anak-anak telah berkunjung ke New York untuk melawat Encik Suami yang sedang bekerja di sana. Saya dan anak-anak telah pergi ke New York hanya untuk 3 minggu sahaja.

Favoutite Aisya...Chocolate Donut! Sepanjang kami di New York, memang mabuk Dunkin Donut!

Sepanjang di New York, Encik Suami terlalu sibuk dengan kerja. Kurang ada masa untuk bersama-sama dengan kami. Saya pula sedang sarat mengandungkan Mahathir ketika itu. Alya pula baru nak belajar berjalan, Alya baru je masuk 1 tahun pada masa tu.

Oleh itu, kami banyak menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar midtown Manhattan sahaja pada hari-hari bekerja sementara menunggu Encik Suami cuti pada hujung minggu.

Saya dan anak-anak hiburkankan hati kami dengan berjalan dekat-dekat dengan kawasan apartment yang kami tinggal. Dengan adanya stroller untuk menolak Alya, kami dapat mengisikan masa lapang kami dengan pergi bermain di taman kecil yang ada disitu. Nama taman saya dah lupa.


Setiap hari, sama ada selepas ataupun sebelum makan tengahari, kami akan ke taman. Di situ, dapatlah anak dara saya berlari-lari. Maklumlah, apartment yang kami tinggal tu kecil, nak lari-lari dan bising tak boleh. Oleh itu, anak dara saya memang suka sangat kalau kami ke taman ini.



Aira pretend nak jadi squairrel. Kat sini, squirrelnya sangat besar.

Dalam gambar ni, squirrel ni tengah makan bangkai burung.

Masing-masing ponteng sekolah sebab nak berjalan di New York. Namun demikian, saya telah berjumpa dengan cikgu-cikgu mereka untuk dapatkan homework yang perlu dibuat sepanjang 3 minggu berkenaan. Bila dah selesai buat homework, barulah kami bertolak ke taman.

Selain kami berjalan ke taman, kami juga ada pergi ke library dan juga tak ketinggalan untuk teman saya bershooping. Tapi Aira tak suka shooping : ( 

Kalau pergi library dan park dia memang suka sangat. Pelik anak dara ni! (Ok, kekalkan tabiat ini ye Aira!)

Aira sedang menyiapkan homework. Menulis journal sepanjang trip ke New York.



Dalam perjalanan ke taman, kami akan lalu dengan bermacam-macam jenis cart yang menjual makanan tengahari. Ini adalah antara makanan kesukaan saya. Nasi dan tilapia goreng. Harganya sekitar USD6 agak berpatutan. Selalunya saya akan bungkus dan makan dengan anak-anak di bilik ataupun kami akan berpiknik makan di taman bersama-sama.


Aira akan meluangkan masa untuk bermain "monkey bar". Ini memang favourite Aira!


 Alya pula baru nak practise berjalan. Aisya memang rajin melayan adik.


Pada bulan Oktober, New York tehpun berada dalam musim luruh. Jadi cuaca emakin hari semakin sejuk. Oleh itu, masing-masing pakai topi yang saya crochet sebelum berangkat ke New York. Semasa berjalan di sana, ada yang tegur dan tanya mana beli topi ni. Dan saya pun dengan bangganya jawab yang topi tu saya yang crochet...: ) Pattern topi ini adalah "Little Sister Hat".





Dalam perjalanan kami ke taman tu, akan sentiasa ada pegawai polis yang menjaga jalan kat situ. Aira pun ambil kesempatan untuk bergambar. Di sebelah taman itu juga dekat dengan banggunan United Nation. Disebabkan kami dengan Alya yang masih kecil, kami tak berkesempatan untuk melawat ke dalam banggunan itu.


Alya yang lasak. Umur setahun dan masih bulat!!



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post yang akan datang.

Friday, September 25, 2015

Tabaski di Dakar 2015

Assalamualaikum semua,

Tabaski di Dakar tahun 2015. Mungkin ada yang bertanya "Apa itu Tabaski?"

Tabaski adalah Hari Raya Aidiladha dalam bahasa Wolof, bahasa tempatan di Senegal. 

Pada tahun ini kami sekeluarga dapat merayakan Hari Raya Aidiladha bersama-sama. Pada tahun lepas, encik suami terpaksa bekerja di New york. Saya dan anak-anak terpaksa beraya tanpa beliau : (


Alhamdulillah tahun ini, kami sekeluarga beraya dengan memakai pakaian tempatan Senegal. 

Pada mulanya, saya nak jahit sendiri baju kami sekeluarga. Tapi, akhirnya saya menukar fikiran bila timbul keinginan untuk mencuba tukang jahit tempatan yang banyak ada di sini. 


Saya bergambar dengan Madam Fall, si tukang jahit.



Nama baju yang dipakai oleh anak-anak dara saya dan juga saya dikenali sebagai "Robe". Ia adalah dress panjang menggunakan kain yang dipanggil "Embroid". Dress ini dijahit dengan lining penuh untuk baju dan juga bahagian skirt. 

Bunga-bunga pada dress ini dijahit sulam menggunakan tangan. Kalau nak diikutkan, untuk orang perempuan Senegal, kebiasaanya mereka akan memakai kain lilit di bahagian kepala yang dipanggil "Foula". Malangnya, saya tak sempat hendak menempah Foula kerana dimaklumkan oleh tukang jahit bahawa kain yang hendak digunakan sudah tidak mencukupi.

Baju Aira dan juga Alya menggunakan kain "Embroid". Baju Aisya pula menggunakan kain "Banzin" putih yang digabungkan bersama kain "Embroid".




Untuk baju Encik Suami dan juga Mahathir pula dikenali sebagai "Boubou". Baju untuk lelaki adalah seperti baju melayu iaitu terdiri daripada baju dan seluar. Pada bahagian leher dan hujung tangan pula disulam dengan mesin. Kain yang digunakan untuk baju Encik Suami dan juga Mahathir adalah jenis "Swiss Cotton".


Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami sekeluarga di Senegal.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Bon Fete Tabaski!

Tuesday, September 22, 2015

Jalan-jalan Dakar: Presidential Palace

Assalamualaikum,

Ini adalah post yang tersimpan lama (terlalu sibuk dengan projek-projek menjahit sampai terlupa dengan post ini).

Pada bulan Jun yang lepas, kami telah meluangkan masa untuk bersiar-siar sekitar kota Dakar. 

Kami telah berkunjung ke Presidential Palace. Presidential Palace ini adalah antara "top attraction" di kota Dakar, Senegal.



Kami bergambar bersama guard di hadapan Presidential Palace. Terasa macam bergambar di hadapan Buckingham Palace pulak, hehe.





Bonjour from Dakar, Senegal!


 Bergambar ala-ala tourist.



Kak Aira dan Kak Aisya seronok dengan dress baru yang mama jahitkan. Saya ada cerita tentang dress ini di dalam blog baru saya jahitbynadia.blogspot (Click sini)






 Akhirnya, ada juga gambar hero saya. Hi, saya Mahathir! Masa ni, Mahathir baru nak masuk 5 bulan...Bulat!!!



Dan Alya di photo bomb oleh Kak Aisya.




Terima kasih sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Insya Allah..: )

Monday, August 31, 2015

My Favourite Five

Assalamualaikum semua,

Saya suka crochet. Tapi, malangnya saya macam tak cukup masa untuk bercrochet. Masa yang saya ada banyak dihabiskan untuk melayan 4 orang si kecil yang banyak kerenahnya di rumah ni.

Untuk mengisi masa saya dan memenuhi keperluan kreativiti otak saya, saya suka meninjau akaun-akaun Instagram beberapa orang yang sentiasa memberikan saya inspirasi crochet yang menarik dan cantik. Dengan meninjau akaun-akaun mereka ini, saya rasa seronok sangat. Ia bagaikan terapi warna untuk saya. Bukan itu sahaja, mereka juga memberikan idea-idea baru kepada saya untuk crochet.

Ada banyak sebenarnya akaun Instagram yang saya follow. Tapi untuk hari ini saya akan kongsikan 5 akaun crochet instagram yang saya suka follow.





Saya suka lihat semua hasil Susan nonahujan. Semuanya cantik-cantik dan menarik. Saya suka idea Susan apabila dia menggabungkan hand embroidery dengan hasil crochet. Selimut-selimut yang dihasilkan oleh Susan pun sangat comel! 

Kombinasi warna yang digunakan juga sangat menarik perhatian dan cantik. Ia bagaikan terapi warna untuk saya sekiranya bosan dan memerlukan idea baru untuk meningkatkan semangat saya untuk berkraf.

2. annaboos_house




Akaun Instagram Sarah Shrimpton daripada annaboos_house ini memberikan inspirasi crochet yang sangat menarik. Segala apa yang Sarah crochet sangat comel. Setiap kali melihat hasil kerja tangan Sarah tangan saya rasa gatal untuk crochet...hehe. 

Selepas melihat banyak hasil kerja Sarah yang menggunakan cotton yarn jugalah membuatkan saya menjinakkan diri untuk crochet menggunakan cotton yarn walaupun benang jenis ini agak sukar untuk di handle. Sarah juga adalah crochet designer yang menjual pattern crochet.

3. meramiriam




Miriam Nordgren berasal dari Stockholm, Sweden. Melihat akaun Instagram Miriam sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk crochet projek yang besar. Cuba jenguk ke Instagram Miriam, kita akan dapat lihat proses bagaimana proses crochet blanket daripada saiz kecil hinggalah menjadi saiz yang besar.




Sarah Zimmerman dari repeatcrafterme telah memperkenalkan saya kepada pixel art. Saya teringin mencuba graphan. Kesemua crochet blanket yang dikait oleh Sarah saya suka! Sesiapa yang ingin mencuba crochet graphan bolehlah belajar daripada blog Sarah.






Apa sahaja yang dihasilkan oleh Mira membuatkan saya teringin untuk crochet. Hasil crochet oleh Mira sangat kemas!! Mira adalah satu-satunya crocheter dari Malaysia  dalam list Top Five akaun Instagram kesukaan saya.

Sekian perkongsian saya buat kali ini. Mungkin anda juga boleh cadangkan akaun-akaun Intstagram yang lain samada yang sama ataupun yang lebih menarik.

Sharing is Caring.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di dalam post akan datang.

Monday, August 24, 2015

Menu bekal anak ke sekolah : Sardin Roll

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi menu bekal anak ke sekolah. Menu hari ini adalah Sardin Roll. Menu ini lengkap dengan daging, ikan dan juga sayur. Saya gunakan daging sosej untuk tutorial ini, kalau nak tukarkan daging sosej dengan ayam rebus pun boleh juga.

Bahan-bahan:

Mentega/ butter
Ikan sardin tin (sos tidak gunakan)
Salad
Tomato
Bawang besar yang dipotong dadu
Daging sosej
Roti Tortillas
Cheese



Cara memasak:

1. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan ikan sardin serta hancurkan ikan tadi dan kacau rata hingga sedikit kering.

2. Masak daging sosej digoreng ataupun direbus. Potong daging sosej memanjang seperti dalam gambar di bawah.



3. Panaskan roti tortilla di dalam kuali leper. Sekejap sahaja, tanpa minyak.



4. Susun roti, salad, cheese, ikan sardin yang telah masak, serta tomato seperti dalam gambar di bawah. 


5. Gulungkan roti. Kalau roti sedikit panas, cheese akan cair dah akan melekat apabila di gulung. Sekiranya takut gulungan terbuka, bolehlah diikat dengan sayur kucai ataupun daun bawang.


Sedia untuk bekal anak-anak.

Biasanya saya akan bekalkan anak-anak saya bersama dengan potongan buah.


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Sehingga kita berjumpa di post yang akan datang.


Makanan dari rumah adalah yang terbaik!

Selamat Mencuba!

Monday, August 17, 2015

Casino Supermaket

Assalamualaikum

Di Dakar, Senegal kami sekeluarga membeli-belah barang-barang dapur di Casino Supermarket.

Antara barang-barang yang terdapat di supermarket ini.


Pelbagai jenis nutella dan pelbagai jenis jenama untuk nutella. Bukan itu sahaja, ia juga di jual dalam pelbagai size. Ada size besar!



Biskut-biskut 



 Nescafe classic di dalam tin.


Di sini terdapat banyak kopi untuk coffee maker. Ada macam-macam jenis jenama dan pelbagai perisa.



Pelbagai jenis kopi, tapi pilihan saya adalah Nescafe Special Filter Decaffeinated.

Ada banyak jenis candy-candy yang menarik. Tapi malangnya semua chewy candy yang ada di sini tak boleh dimakan kerana semuanya ada pork based gelatin seperi dalam gambar di bawah.


Di sini juga terdapat macam-macam jenis coklat.



Air kelapa dalam tin serta taugeh dalam tin. Di Dakar ni susah nak dapat taugeh fresh. Kalau ada pun ikut musim, 


InsyaAllah, saya akan berkongsi lagi barang-barang yang dijual di Dakar, Senegal ini.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca blog saya.

Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.